This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Rabu, Mac 26, 2008

Bab 02 Bah 3 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA







Umar Umaiyah pun tunduk sujud kepada Raja Abrahah lalu pergi duduk dirumah muwali itu serta menggelarkan dirinya Ra’is al muwali iaitu penghulu segala muwali. Mana2 fakir miskin datang hendak menumpang duduk didalam makam jirat itu dihalaunya tidak diberi duduk, katanya “ nyahlah kamu dari sini, makam ini dikurniai raja kepadaku, sesiapa yang hendak menumpang duduk hendaklah membayar sewa kepadaku”. Fakir miskin itu pun menangislah lalu pergi mengadap raja kemudian raja menitahkan Umar Umaiyah datang mengadap lalu pergilah ia mengadap. Titah baginda “ hai Dam Dam, mengapa engkau halau segala fakir miskin dari makam jirat itu?”. Sembah Umar Umaiyah “ya Syah Alam, segala fakir miskin ini adalah mereka amat makar pada siang dan malam, sentiasa membuat kotor atas kubur yang mulia2 itu, berak dan kencing, langsung tiada hormat pada ahlil kubur itu, apalah gunanya ditaruh mereka didalam makam yang mulia itu”. Kemudian Raja Abrahah bertitah “ benar katamu, jangan beri sesiapa pun duduk dalam makam itu”. Maka sukacitalah Umar Umaiyah lalu pulang kerumahnya dijirat itu.

Kerana tiada tempat lagi hendak duduk fakir miskin itu semua pun bermuafakat lalu bersetuju membayar sewa kepada Ra’is al muwali kemudian pergilah mereka kerumah Umar Umaiyah lalu berkata “ya Ra’is al muwali, benarkan kami duduk didalam makam ini dan kami akan beri sebagaimana permintaanmu itu”. Kata Umar Umaiyah “Bayar setiap orang 1 dinar setiap bulan kepada aku”. Maka redalah segala fakir miskin itu. Kata Umar Umaiyah lagi “ Selain dari itu, setiap orang dari kamu setiap hari, hendaklah masakan makanan beri pada aku”. Segala kehendaknya pun disanggupi oleh fakir miskin dan duduklah mereka disitu membuat khidmat dan menurut segala kata Umar Umaiyah.

Satu hari ditanya Umar Umaiyah pada fakir2 itu “setiap hari kamu pergi kerumah2 meminta makan adakah kamu cam sesiapa yang empunya banyak harta didalam desa ini?”. Sahut mereka “ada seorang anak perempuan seorang saudagar tetapi telah kematian lakinya yang meninggalkan banyak harta, lagi pemurah hatinya, ia perempuan yang alim lagi beriman duduk dijalan anun. Kata Umar Umaiyah “sekiranya esok engkau kesana katakan kepadanya ada seorang mualim yang pandai ilmu tarikat quraisy. Jika ia mahu belajar boleh aku ajarkan padanya”.Maka sahu fakir itu “ya sheikh, esok kami akan pergi kerumahnya memberi tahu kepadanya”.

Keesokan pagi fakir pun pergilah kerumah anak saudagar itu meminta sedekah maka diberi kepadanya. Maka kata fakir “hamba ada ada hajat hendak dimaklumkan, itupun jika sudi mendengarnya”. Kata anak saudagar itu “hai fakir katakanlah hajatmu biar aku dengar”. Kata fakir itu “ada seorang sheikh yang sangat pandai mengajar ilmu tarikat quraisy, jika ingin belajar bolehlah hamba bawa ia kemari mengadap”. Kata anak saudagar itu “aku pun berhajat hendak keMekah belajar ilmu tarikat quraisy kerana mereka yang duduk di Mekah banyak ilmunya.Sekarang engkau berkata ada seorang sheikh yang pandai, bawalah ia kerumahku pada esok malam, aku hendak cuba bertanya padanya”. Setelah itu fakir itu pun balik memberitahu Umar Umaiyah maka ia pun sukacitalah dihatinya kerana beroleh tuah.

Setelah fakir itu balik, anak saudagar itu pun menyiap dan menghias rumahnya, disuruh khadam memasak makanan yang lazat2 kerana hendak menjamu tuan sheikh itu. Keesokan paginya fakir itu pergi berjumpa anak saudagar dan bertanya “sudahkah siap kerana malam ini hamba akan bawa tuan sheikh itu” Kata anak saudagar “aku telah siap, bawalah tuan sheikh itu kemari malam ini” Kemudian fakir itu balik memberitahu Umar Umaiyah. Bersiaplah Umar Umaiyah dengan memakai pakaian cara quraisy, diwarnakan janggutnya dengan warna hitam, putih dan dikenakan pada kepalanya ketopong hitam serta dipantis keningnya dengan dakwat hitam legam. Kemudian dihias fakir miskin itu dengan cara quraisy serta berpesan “ sesiapa yang bertanya kamu katakan kamu ini anak murid dan aku ini gurumu”

Setelah berpesan hari pun hampir petang. Umar Umaiyah dan segala fakir miskin pun berjalan menuju jalan raya. Sambil berjalan Umar Umaiyah tiada putus2 membilang biji tasbih dan sesiapa yang melihatnya berasa gerun kerana menyangka tuan sheikh itu dari orang yang saleh dan ramai anak muridnya. Segala yang melihat tertanya2 sesama sendiri “Dimana diamnya tuan sheikh ini tidak kita ketahui”. Segala perkataan terdengar kepada Umar Umaiyah dan semakinlah bergaya2 lagi lakunya membilang tasbih sambil berjalan.

Tiak berapa lama berjalan sampailah mereka kerumah anak saudagar itu dan dipersilakan masuk dengan pengikutnya dan duduk diatas hamparan yang indah2 dan mulia2. Air mawar pun disembur dan hidangan pun diangkat orang kehadapannya. Umar Umaiyah melihat pinggan mangkuk itu dari emas dan perak kemudian berkatalah ia didalam hatinya “ Sebelum aku ambil sebiji dua pinggan mangkuk ini tiadalah lena aku tidur” Kemudian ia memandang kekiri kanan sambil berkata “siapa yang memanggil aku hendak belajar ilmu quraisy marilah kehadapan supaya boleh aku ajar ia”. Maka sahut anak saudagar dari sebalik tirai “ya tuan sheikh, santaplah dulu makanan itu kemudian barulah tuan hamba ajar hamba ini”.

Umar Umaiyah pu makan sambil memegang mangkuk yang berisi makanan. Setelah selesai diangkat oranglah hidangan dari hadapannya. Dalam masa orang mengangkat bekas hidangan sebiji pinggan emas dan sebiji mangkuk perak telah dimasukan Umar Umaiyah kedalam bokca (uncang). Tanpa disedari siapa pun dengan pantas dikerjakan pekerjaan mencuri itu. Setelah itu ia pergi hampir dengan tirai anak saudagar itu dan berkata “dengarlah hamba ajarkan ilmu tarikat quraisy ini baik2” Kata anak saudagar “sila ajarkan ya sheikh”. Kata Umar Umaiyah “ Ya tuhanku berhala Lata wa Manat, jauhkan hak kami dari diambil oleh pencuri”. Setelah selesai diajarkan iapun berkata “ingatlah baik2 pengajaranku jangan lupa, siang dan malam amalkannya, supaya dipelihara tuhan kita Lata wa Manat itu”

Setelah itu Umar Umaiyah dengan anak murudnya pun baliklah ketempat mereka. Umar Umaiyah pun berpesan “Jangan sesiapa pun keluar dari sini selama 10 hari kerana aku dalam pantang, dan sesiapa yang datang bertanya kamu janganlah berkata2 dengannya takut dimurkai tuhan kita Lata wa Manat sebab aku sudah mengajar ilmuku kepada anak saudagar itu dan seperkara lagi janganlah kamu buka rahsia ini takut ada orang lain juga hendak belajar, sebab anak saudagar itu alim aku suka mengajarnya”. Maka kata fakir2 itu “jika ada orang datang bertanya kami akan diam diri tidak mahu menyahut”. Umar Umaiyah dan fakir2 itu pun duduklah dimakam jirat itu.

Tersebutlah kisah anak saudagar itu, maka pada pagi esok datanglah dayang memberitahu sebiji pinggan emas dan sebutir mangkuk perak telah lenyap dan tidak diketahui siapa yang mengambilnya. Setelah mendengar khabar itu berdebarlah hatinya dan berkata “Pinggan dan mangkuk itu adalah pusaka bundaku yang dikurnia padaku, sekarang sudah lenyap dari mataku, Hai dayang, suruhlah tafahus (selidik sungguh2) cari keserata tempat supaya jumpa hartaku itu”. Maka sembah mak inang , “ya tuan anakanda, jika tidak juga berjumpa pusaka bonda maka telah disambar iblis, pencuri, penyamun yang datang kesini iaitu tuan sheikh yang bijak bistari mengajar anakanda ilmu yang bahari dan harta benda yang dikasih pun habis dicuri. Sesungguhnya hamba syak tuan sheikh itu menyamar diri, kalau benar ia mufti, adakah namanya terkenal keserata negeri? Tiba2 datang sebagai guru menyamar diri, seperti orang berbudi pekerti”.

Sahut anak saudagar itu “ ya mak inang pengasuhku, janganlah dikata demikian kerana tuan sheikh itu daripada orang berilmu tentulah takut berbuat pekerjaan begitu”. Setelah berkata anak saudagar itu pun mennyuruh mak inang mencari keserata tempat dan ceruk tetapi tiada berjumpa ia, dan duduklah ia dalam kemasyghulan. Anak saudagar itu pun tidak menceritakan perihal itu pada sesiapa pun kerana ia anak orang kaya jika satu yang hilang sepuloh ada lagi.

Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn