This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Ahad, Mac 23, 2008

Bab 01 Bah 2 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH







Perempuan tua itu pun belas kasihan diberinya makan. Umar Umaiyah pun makan sekenyang2 perutnya. Selepas makan dia pura2 hendak tidur seketika kemudian dia pun bangunlah. Perempuan tua itu pun datang dan bertanya “ Ya Mualim Damri, bolehkah engkau mengajar anakku ilmu Quraisy Mekah itu?. “ Jika kamu reda, boleh aku ajat akan dia” kata Umar. Budak perempuan itupun diserah pada Umar, dan Umar pun tinggallah dirumah itu untuk mengajar.

Dalam sedikit masa mahsyurlah kepada seisi dusun itu nama Mualim Damri pandai mengajar Ilmu Quraisy. Maka masing2 membawa anak diserahkan pada Umar disuruh ajar mengaji ilmu Quraisy. Maka menjadi guru dan ulama yang besar didalam dusun itu. Sesiapa yang hendak bertanya hukum atau cara adat zaman dahulu hendaklah pergi kepada Umar dan bermaharajalela lah dia didalam dusun itu.

Satu hari penghulu dusun datang bertanya hukum quraisy kepada Umar “ Ya Mualim, adakah lulus pada hukum merampas dijalan akan hak harta kafilah itu?” Maka Umar pun menyuruh penghulu dusun itu membayar 10 dinar emas sebagai memenuhi nasihat gurunya. Penghulu dusun pun memberinya dinar tersebut. Setelah itu Umar Umaiyah berkata” Adalah hukum adat quraisy itu, apakala orang negeri asing membawa dagangan hendak berniaga didalam negeri, ambillah kamu sebahagian kecil hartanya, jika ia tiada mau beri, rampas olehmu akan nisab hartanya, jika tiada juga ia mau beri, bunuh akan dia dan rampas semua hartanya. Akan harta rampasan itu dibahagi empat bahagian, sebahagian disedekahkan pada fakir miskin dan perempuan tua, dan tiga bahagian pulang kepada raja negeri. Jika negeri tiada beraja, pulang pada penghulu dusun”. Akan penghulu dusun itupun maulah ia ikut ajaran Umar Umaiyah itu.

Kemudian datanglah pula seorang penyamun kepada Umar Umaiyah bertanya hukum “Bolehkah menyamun atau mencuri harta orang yang tinggal sama sedusun?” Umar bertanya “ Siapa engkau ini?” Maka dijawab “hamba ni ketua penyamun yang tinggal didusun ini. Sudah lama hamba menyamun diluar dusun, sekarang hamba dah tiada kuasa lagi nak berbuat demikian. Hamba bercadang hendak menyamun harta isi dusun ini”. Maka kata Umar Umaiyah “ Adalah hukum itu bolehlah menyamun dan mencuri tetapi ada sedikit musykilnya. Jika engkau dapat menanggung sabar atas musykil itu halal lah harta sedusun itu kepada kamu”. Ditanya penyamun itu “Apa musykilnya ya Mualim?” Maka ditanya Umar : Dapatkah engkau sabar jika hartamu dicuri?” Jawab penyamun “ Hamba dapat bersabar”. Maka kata Umar “ Jika engkau dapat sabar, kerjakanlah olehmu”. Penyamun itu pun sukalah hatinya, kerana mendapat petua yang baik dari Mualim Damri serta memuji2 ia akan mualim itu. Tiada disangkanya mualim itu terlebih pandai mencuri daripadanya.

Tidak lama kemudian ketua penyamun pun pergilah menyamun kedusun yang dekat dengan rumahnya. Khabar itu pun sampai kepada Umar Umayah yang penyamun itu tiada dirumahnya. Maka Umar pun menyamar dirinya sebagai penduduk dusun pergi kerumah ketua penyamun, ditepuk pintu rumah sambil berseru2 “ Ya Ahlul Bait, bukalah pintu ini supaya aku dapat sampaikan pesan dari sahabatku kepadamu”. Maka isteri penyamun itu pun segeralah buka pintu dan Umar Umaiyah pun masuklah kerumah dan mengkhabarkan pada isteri penyamun itu “ Suamimu ada menanti di dusun Indan, disuruh aku mengambil semua harta dalam peti kerana Raja Yaman hendak menangkap dia, dan engkau disuruh undur kerumah bapamu di dusun indan itu”. Apakala didengar olehnya, percayalah dia dan memberi semua hartanya pada Umar Umaiyah, kemudian dia pun mengunci pintu rumahnya dan membawa anak perempuannya kerumah bapanya pada malam itu juga. Maka Umar Umaiyah pun membawa harta itu pada suatu tempat ditanamnya, kemudian pulanglah ia kerumah mendiamkan diri.

Tidak berapa lama kemudian penyamun itu pun pulanglah dan bininya pun bercerita apa yang berlaku. Penyamun itu pun hairanlah tercengang2. Kemudian pergilah dia kepada mentuanya, begitulah juga dikhabarkan. Dia pun tunduk memikir seorang diri kemudian mengajak bininya balik kerumah duduk dengan kemasyghulan yang amat sangat.

Beberapa hari kemudian terdengarlah pada Umar Umaiyah penyamun itu sudah balik kerumahnya. Pada pagi2 lagi pergilah Umar kejalan arah rumah penyamun itu dan bertemu penyamun itu sedang duduk berlengung2 disebuah kedai. Maka ditanya Umar Umaiyah akan penyamun itu “ Bagaimana hal kau ya ketua kaum?” Kata penyamun itu “ Benarlah katamu Mualim” maka kata Umar “ Jika benar ceritakanlah padaku supaya kuketahui akannya” Penyamun itupun bercerita dari mula hingga akhir, kemudian Umar Umaiyah pun berkata “ Ya ketua kaum, sudah ku katakan padamu jikalau kau boleh bersabar kerjakanlah perbuatan mencuri itu, sekarang telah datang percubaan dari tuhan yang memberi petunjuk, dan engkau tak dapat menahan sabar dirimu, maka sekarang ini akan aku ajar kepadamu satu nikmat yang yang teramat baik sekali, cubalah kau amalkan nya”. Kata penyamun “apakah nasihat itu Mualim? “ Maka kata Umar Umaiyah “ Kita ini lelaki, kuasa kita berjalan mencari nafkah, Sekiranya satu benda hilang 10 kali ganda dapat kita cari. Benda yang haram pulang ke haram benda yang halal pulang ke halal. Benda2 kamu yang hilang itu adakah kamu beli akan nya? Dengan pandai kamu juga kamu memperolehinya. Sekarang cubalah kau cari jalan yang lain, pergilah bertandang pada desa negeri orang, pada ketika yang baik kau boleh mendapat berlipat kali ganda dari perolehanmu dahulu. Apa guna duduk dengan kemasyghulan , membuang masa sia2 terlebih baiklah kau mencari nafkah yang halal itu.

Demi didengar oleh penyamun itu maka naiklah berani hatinya dan berkata “ Benar ya Sheikh, baik sekali ajaran itu”. Penyamun itu pun pulanglah kerumahnya memakai segala senjatanya dan berpesan pada bininya “ Aku dapat satu pelajaran dari Mualim Damri, malam ni aku nak pergi menyamun dalam negeri Yaman. Baik2lah jaga anak kita ini. Siapapun yang datang janganlah kau tinggalkan rumah kita ini, bila aku balik nanti banyaklah harta yang akan aku bawa”. Selepas berpesan pada bininya maka berjalanlah ia menuju Yaman. 3 hari kemudian khabar ini terdengar pada Umar Umaiyah penyamun sudah keluar pergi mencuri. Umar pun memakai pakaian cara pencuri. Pada tengahmalam ketika orang semua lena tidur, pergilah ia ke dusun rumah penyamun itu, dinyalakan api dibakarnya rumah penyamun. Sesudah membakar ia pun baliklah kerumah berdiam diri. Gemparlah orang mengatakan rumah penyamun terbakar dan tergesa2lah orang datang menolong, tapi belum sempat dipadamkan sudah terbakar hangus, barang satu pun isi rumah tiada terlepas semuanya hangus. Hanya yang terlepas bini dan anak penyamun itu sahaja, maka menangislah keduanya dan pergilah duduk dirumah bapanya.

.................. SEBELUM
BERSAMBUNG..........

Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn