This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Isnin, September 14, 2009

Mencontohi solat Rasullullah SAW

http://www.syedazahar.com



Mencontohi solat Rasulullah S.A.W.












Sam Kai Cheong

Isnin, September 07, 2009

Bab 04 Bah 1 - Perdana Menteri mencuri kasut Umar Umaiyah


http://www.syedazahar.com/


Alkisah duduklah Umar Umaiyah dengan sukaria nya menjadi kadhi didalam negeri Yaman dan tiada khali ia dari masuk mengadap Raja Abrahah. Raja Abrahah pun menaruh kasih akan dia, hingga bebaslah ia tiada siapa yang berani menahan dari masuk keluar istana baginda itu. Bahawa adalah adat Umar Umaiyah ini setiap pagi ia berjalan bersiar siar dihalaman istana melihat hal sekeliling kawasan halaman istana. Apabila berjumpa dengan pengawal istana dia akan bertanya sesuatu yang tiada betul dihatinya. Maka berkata katalah mereka itu sesama sendiri “Wah datuk kadhi ini tiada lain pekerjaan nya melainkan hanya datang untuk memeriksa kerja kerja kita. Jika ada apa apa kerja yang khilaf kita buat akan dimaklumkan kepada raja, kerana itu terlebih baiklah kita menjaga diri kita masing masing. Ada pun datuk kadhi ini harapan raja kita. Akan perkataan mereka itu terdengar kepada Umar Umaiyah tetapi berpura pura ia berbuat seperti tidak terdengar olehnya.

Pada satu pagi tatkala bersiar siar seperti kebiasaannya dihalaman istana itu maka Umar Umaiyah pergi ketempat perhimpunan kuda Raja Abrahah. Dilihatnya ramai gembala sedang bekerja menggosok dan mengurut urut kuda. Setelah ia melihat gembala gembala kuda itu menggosok dan mengurut kuda itu, maka Umar Umaiyah pun membongkok dan mengambil seketul tahi kuda, lalu pura pura dicium dan pura pura diletakan pada mulutnya. Sesudah itu dihulurkannya tangan yang memegang tahi kuda itu sambil jarinya diacu acukan tiga kali berturut turut pada dahi kuda itu, maka ketika itu kuda itu pun mengangguk anggukan kepalanya. Kemudian sambil mengurut misainya maka dimasukan tahi kuda itu didalam bokcanya, lalu ia pun pulanglah kerumah.

Setelah Umar Umaiyah balik itu maka berkata katalah segala gembala kuda itu sesama sendiri. “Wahai kali ini matilah kita dibunuh raja, kerana rahsia kita mencuri kacang kuda itu telah diketahui oleh datuk kadhi. Betapa kita hendak melepaskan diri kita ini?”. Maka kata setengah dari mereka itu “Sebelum kita kena hukum, terlebih baiklah kita pergi berjumpa tok kadhi itu, kita berkhabar perkara yang sebenar kepadanya, mudah-mudahan ia menaruh belas kasihan dan memaafkan kesalahan kita”.

Setelah sudah putus muafakat segala gembala kuda itu, lalu pergilah mereka mengadap Umar Umaiyah. Demi dilihat oleh Umar Umaiyah, maka diketahuinyalah bahawa segala gembala kuda itu telah terkena jeratnya. Setelah mereka berhimpun dihadapannya maka berkatalah Umar Umaiyah dengan marahnya “Hei kamu sekelian, engkau semua ini dari orang derhaka, adakah patut engkau semua membuat pekerjaan derhaka kebawah duli Syah Alam. Baginda berharap dan percaya kepada kamu, tetapi tiba-tiba kamu putuskan harapan baginda itu. Baiklah, esok hari aku akan mengadap baginda untuk mempersembahkan hal perbuatan kamu semua, tak dapat tiada nescaya dibunuh baginda akan kamu sekelian ini”. Maka berkatalah seorang gembala kuda yang tertua daripada yang lain dengan suara menggeletar “ Ya Tuk Kadhi, daripada hari ini tiadalah hamba sekelian ini mencuri lagi kacang kuda baginda itu, Tuk Kadhi sajalah yang dapat melepaskan kami semua dari murka baginda itu”. Maka ujar Umar Umaiyah sambil menghentak-hentakan kakinya serta menggoncang gocangkan kepala dan mengurut misai katanya “Sekiranya sesaat jua kamu sekelian tidak datang berkhabar dengan sebenarnya kepada aku, nescaya matilah kamu sekelian dibunuh oleh baginda. Sekarang ini, hendaklah kamu bawa seperti yang kamu sekelian maklum dan beri kepadaku, supaya aku lenyapkan rahsia kamu ini”.

Maka sekelian gembala kuda itu pun berlari-larilah pulang kerumah masing masing mengambil dinar, dan yang tidak mempunyai dinar menggadai barang anak isteri mereka. Demikianlah halnya mereka itu semua membawa dinar beri kepada Umar Umaiyah. Maka diterima oleh Umar Umaiyah, seraya berkata kepada segala gembala kuda itu, “Baiklah, aku maafkan kamu sekelian, tetapi hendaklah kamu ceritakan kepada siapa kamu menjual kacang kuda itu? Khabarkan kepadaku supaya supaya aku tahu siapa yang membelinya. Hal itu sekadar aku hendak tahu sahaja”. Maka diceritakan oleh segala gembala kuda itu kepada Umar Umaiyah saudagar yang membeli itu, dan diketahuilah oleh Umar Umaiyah akan tempat kedai saudagar itu. Setelah itu Umar Umaiyah berkata kepada semua gembala kuda “ Baik baiklah kamu semua membela kuda baginda itu, dan janganlah kamu mencuri lagi”. Kemudian semua gembala itu pun baliklah dengan sukacita dan tidak menaruh bimbang lagi. Umar Umaiyah pun duduklah mencari akal apa yang hendak dibuatnya nanti.

Tiga hari kemudian Umar Umaiyah pun pergi kesebuah kedai, diambilnya sejemput kacang kuda dari kedai itu, digenggamnya lalu dibawa pergi kegedung saudagar yang membeli kacang kuda dari gembala gembala kuda Raja Abrahah. Setelah masuk kedalam gedung itu ia pun pergilah kekarung yang berisi kacang kuda. Maka ia pun membanding bandingkanya kacang yang dipegangnya dengan kacang yang ada dalam karung saudagar itu. Kemudian dipandang kacang yang ada dalam karung itu dan menggeleng gelengkan kepalanya sambil berkata seorang diri “ Wahai, lamalah sudah kau mengghaibkan diri dari tuanmu, sekarang ini barulah kau menunjukan dirimu. Pada esok hari kelaklah kau akan beroleh kesakitan dari tuanmu. Duduklah engkau pada tempat ini, jangan engkau bergerak. Sebentar lagi datanglah tuanmu itu”. Setelah ia berkata kata demikian keluarlah ia dari gedung saudagar itu.

Segala perkataan Umar Umaiyah itu didengar oleh saudagar itu dan berdebar debarlah hatinya seraya berkata “ Wahai, sudah diketahuilah oleh kadhi itu akan halku bermuafakat dengan gembala kuda raja membeli kacang kuda ini. Sebab kadhi ini sudah tahulah maka ia datang memeriksa, dibanding bandingkannya kacang digudangku dengan kacang baginda. Jika diketahui baginda nescaya dirampas segala hartaku dan dibunuhnya aku. Jika demikian terlebih baiklah pada malam ini aku pergi mengadap datuk kadhi itu, aku maklumkan padanya akan halku, supaya terlepas aku dari bala yang datang keatasku”

Setelah malam hari saudagar itu mengambil pundi-pundi berisi dinar dan dibawa pergi sertanya kerumah Umar Umaiyah. Apabila saudagar itu sampai Umar Umaiyah pun mempersilakan masuk kerumahnya. Saudagar itu pun duduklah dihadapan Umar Umaiyah dengan hormat takzimnya dan pundi-pundi berisi dinar diletakan disisinya. Setelah itu ditanya akan Umar Umaiyah “Ya Datuk saudagar, apakah khabar yang syak maka datuk saudagar datang kerumah pada malam hari ini?”. Maka sahut saudagar itu “Ya Datuk Kadhi, akan hamba ini memperoleh sedikit kesusahan, sebab itulah hamba datang kemari hendak minta datuk kadhi maafkan akan hamba ini”. Umar Umaiyah pun bertanya “Apa kesusahan tuan?” sambil memandang pada pundi-pundi berisi dinar itu. Kata saudagar itu “Adapun kesusahan hamba ini salah membeli kacang kuda Raja Abrahah daripada gembala kuda baginda. Akan rahsia ini tiada siapa yang tahu kecuali tuan hamba juga yang tahu. Sekarang ini hamba memohon pada khadam tuanhamba, kiranya dapat melepaskan hamba dari bala ini”. Maka Umar Umaiyah pun memandang pada saudagar itu sambil berkata “Ya datuk saudagar, janganlah menaruh dukacita, pasal melepaskan datuk dari bala itu tertanggunglah atas hamba. Pulanglah datuk kerumah, duduk berdiam diri dengan sukacita”. Maka saudagar itu pun menghulurkan pundi-pundi dinar pada Umar Umaiyah sambil berkata “Ini adalah nazar hamba, silalah datuk kadhi ambil akan pundi-pundi ini”. Maka diambillah Umar Umaiyah pundi-pundi itu. Maka saudagar itu pun baliklah kerumahnya lalu bersumpahlah ia tidak mahu membuat pekerjaan yang demikian itu lagi. Maka Umar Umaiyah pun duduklah seorang diri mengira ngira dinar yang dikeluarkan dari pundi-pundi itu.

Syahadan, pada satu malam bulan terang Umar Umaiyah pun keluar berjalan-jalan keluar kota lalu bertemu dengan dua orang pencuri duduk dibawah sepohon kayu. Keduanya sedang berbantah antara satu sama lain. Lalu diketahuilah Umar Umaiyah hal keduanya berbantah fasal pembahagian harta yang dicuri, lalu Umar Umaiyah berdehem sambil berkata “Telah ku ketahuilah akan hal pekerjaan kamu berdua ini, terlebih baiklah kalau kamu mengikut nasihatku ini”. Demi didengar oleh kedua pencuri itu lalu mereka berpandangan sesama sendiri, memikirkan siapa yang datang pada tengah malam itu. Bisik seorang dari pencuri itu “Ini jin agaknya, mari kita lari”. Maka kata seorang lagi “Ah, bukannya jin, dia itu manusia, datang bermain-main bulan terang”. Dalam masa kedua duanya berkata-kata Umar Umaiyah pun hampirlah ketempat keduanya lalu berkata “Wahai sahabatku, lamalah sudah aku mencari kamu berdua ini, rindu sangat ingin bertemu, sudah bertahun tahun ku cari, pada malam inilah baru berjumpa dengan kamu. Tidakkah kamu kenal akan aku ini? Bukankah aku ini sahabatmu yang muqarrabin? Kerana aku ini sudah menjadi miskin tiada engkau perdulikan aku. Sebab kamu berdua memperoleh banyak dinarkah pada malam ini maka engkau lupa akan aku ini?. Tuhanlah yang memberi rahmat akan kamu berdua ini”.

Demi didengar kedua pencuri itu hairan tercengang-cengang tiada terkata-kata lagi. Keduanya merenung Umar Umaiyah, diamat-amati tiada juga dikenal, hendak ditanya tiada terhemat hati keduanya bertanya melainkan memandang muka Umar Umaiyah sahaja. Maka kata Umar Umaiyah “Hai sahabat berdua, janganlah menaruh walang didalam hati, jika tiada kenal akan aku yang miskin ini tidak mengapalah!. Pada esok harilah hamba pergi kerumah tuanhamba untuk berjumpa. Pada ketika itu bolehlah tuan hamba kenal akan hamba, tapi pada malam ini hamba hendak juga membuat kebajikan pada tuanhamba supaya kenang akan hamba. Ada pun hamba ini pandai ilmu hisab, sekiranya tuan hamba redha, boleh hamba hisabkan dinar yang ada diberi sama banyak supaya tidak ada seorang pun teraniaya”. Maka kata kedua pencuri itu “Kami pun memerlukan ahlil hisab, sekarang tuanhamba datang kemari, tersangatlah baik”.


Sam Kai Cheong

Sabtu, September 05, 2009

Money, Power, Respect ;- Dont forget the poor

Salam Ramadhan
http://www.syedazahar.com/













Dont forget the poor

Sam Kai Cheong

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn