Berbagai varieti anak benih padi yang di impot dari China ditahan dan perlu menjalani rawatan phytosanitari. Ini untuk memastikan ia bebas dari serangga luar dan penjagaan mutu biji benih.
Fumigasi dilakukan terlebih dahulu menggunakan metil beromida 100% pada kadar 32gm/m3 pada jangkamasa tempoh dedahan selama 2 jam sahaja. Penggunaan metil beromida 98% dan campuran 2% klorofikrin tidak dibenarkan memandangkan klorofikrin adalah phyto toxic dan boleh membunuh tumbuhan dan bijibenih. Tujuan fumigasi ialah membunuh serangga yang mungkin ada. 2 ekor tribolium berjaya dikesan. (Gambat tiada)
Selepas ventilasi fumigan dilakukan sampel udara didalam padi diambil untuk mengesan saki baki fumigan yang tertinggal. Untuk mendapat bacaan sehingga 0 ppm (kosong) ventilasi dilakukan selama beberapa kali memakan masa 90 minit.
Kemudian padi tersebut akan direndam kedalam air panas pada kepanasan 55° Celsius selama 15 minit. Suhu hendaklah dikawal supaya tetap tidak melebehi kepanasan atau terlalu rendah. Proses ini dilakukan untuk memastikan tiada penyakit bawaan bijibenih. Kaedah ini di panggil Hot Water Treatment. Ingat suhu mau maintain jangan kasi naik atau turun. Kalau turun mungkin rawatan tak berkesan tapi kalau panas sangat mungkin jadi bubur, sapa nak makan? Sapa yang masaklah makan.
Setelah direndam kedalam air panas benih padi ini dikeringkan dengan menghampar didalam petak yang telah ditanda dengan kod setiap bungkusan bersebelahan. (Jgn hilangkan atau tertukar tanda dan tag)
Setelah dikeringkan semalaman biji benih padi ini perlu ditimbang untuk mendapatkan beratnya kemudian dicampur dengan racun kulat benomyl pada kadar 0.3%. Pastikan biji benih benar-benar kering sebelum dicampurkan dengan racun kulat (fungicide)
Campuran benomyl dan padi ini kemudian dimasukan kedalam plastik besar dan digoncang perlahan-lahan sehingga semua campuran padi dan racun kulat sebati. Penggunaan bekas plastik dikhuatiri akan mematahkan hujung biji benih jika terhantuk agak kuat dalam balang atau bekas plastik.

Sesudah itu padi tersebut akan dimasukan semula kedalam uncangnya dan tag dilekatkan semula Kini biji benih padi ini bebas dari serangga, penyakit bawaan biji benih (seed borne disease) dan dapat menghalang serangan kulat. Biji benih ini kemudian akan dihantar kepusat penyelidikan untuk ujian akhir kemudian barulah akan ditanam disawah sebagai percubaan.
0 komen sini:
Catat Ulasan