This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Ahad, Mac 23, 2008

Bab 01 Bah 1 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH







ALKISAH, kata sahibul hikayat 10 tahun sebelum puteranya Muhamad SAW, Umar Umaiyah ni telahpun baligh, dan menjadi guru untuk orang muda2 yang jahil dari kaum Quraisy dan Bani Jarahim. Pada masa itu Saidina Hamzah r.a. pun baligh juga duduk mengaji ilmu bicara zaman dulu2. Tapi kita tak akan bercerita pasal Hamzah disini, hanya pasal Umar Umaiyah sahaja.

Bila Umar Umaiyah ini telah besar panjang maka dinikahkanlah bapanya kepada anak penghulu kaum Bani Jarahim yang duduk didusun antara Mekah dan Taif. Satu hari sedang ia duduk bersuka2 dengan isterinya teringatlah ia hendak pergi ke Yaman mencari nafkah. Maka ia pun muafakatlah dengan anak murid quraisy dan Bani Jarahim yang sepuluh orang tu dan mereka pun teringin sangatlah nak mengikut. Maka kata Umar Umaiyah jika sesiapa yang hendak ikut hendaklah mengikut segala arahan dan setiap orang dari anak murid kena beri 10 dirham untuk perbelanjaan semasa perjalanan. Kesemua anak muridnya pun bersetujulah. Kemudian mereka semua pun pulanglah kerumah masing2 mendapatkan dirham.

Selang beberapa hari kemudian datanglah 10 murid itu membawa dirham masing2 dan diberi pada Umar Umaiyah. Diambil dirham itu sambil berpesan kepada murid2 itu supaya berkumpul pada pagi sebelum naik matahari, kemudian barulah kenegeri Yaman. Sekelian murid2 itu pun pulanglah kerumah bersiap.

Pada malam itu Umar Umaiyah pun berpura-pura tidur. Apabila semua orang telah lena dia pun mengambil barang kemas isterinya dan ibu mentuanya. Pedang bapa mentuanya juga diambil. Dengan perlahanlahan beliau pun keluarlah dari rumah mentuanya berjalan menuju ke Mekah.

Bila sampai ke rumah bapanya di Mekah ia pun sujudlah dan memberitahu ibunya “Ya ibuku, dua tiga hari dulu ada Raja Yaman telah menghantar pegawai menjemputku kenegerinya, hajatnya nak mendengar syair lagu Mekah kerana ia mendengar pujian orang akan aku itulah dihantarnya pegawainya itu menjemput aku. Redalah kiranya ibu melepaskan aku pergi, jika ada hayat aku akan kembali bertemu ibu”. Ibunya pun merelakan pergi dan berpesan supaya tidak berbuat jenaka seperti dalam desanya, didalam negeri Yaman, takut dibunuh orang kelak. Umar Umaiyah pun berjanji tidak akan membuat jenaka dan membuaskan dirinya malah yakin dapat menolak mara bahaya. Umar Umaiyah pun meminta satu dirham buat berkat dari ibunya lalu diberi. Dijawat kadam ibunya dicium lalu meminta izin berjalan. Berjalanlah dia seorang diri dari Mekah menuju ke Madinah.

Syahadan tersebut kisah murid yang 10 itu. Setelah pagi, dengan kelengkapan dan bekalan untuk berjalan pun pergilah berjalan kerumah Umar Umaiyah.. Apabila sampai kerumah guru mereka tiba2 keluarlah mentua laki2 dan perempuan Umar Umaiyah sambil menyumpah nya dihadapan murid2 itu. Maka tercengang2lah mereka sambil berpandangan sesama sendiri.. Maka bertanya anak murid itu kenapa pagi2 telah marah akan menantunya. Disahut oleh mentua perempuan “ apa hendak dikata lagi? Dia itu menantuku dan juga guru kamu, Ilmu pencuri ada padanya dan ada pada kamu sekelian”.

Setelah murid mendengar mereka pun tertunduk tiada berkata apa2 kerana belum betul2 faham maksud yang dikatakan oleh mentua perempuan Umar Umaiyah. Kemudian mentua laki2 Umar pun berkata “ Kamu sekelian pun sama macam guru kamu, pura2 datang nak mencari rahsia dari aku. Biarlah aku beritahu Umar telah mencuri barang kemas isterinya dan juga emak mentuanya, itu tidak mengapa boleh aku halalkan, Tapi tolonglah beritahu Umar supaya memulangkan pedang aku itu kerana ia pedang keturunan datuk nenek ku, dia telah mengambil pedangku tanpa pengetahuanku”

Setelah murid2 Umar Umaiyah itu mendengar kedua mentua itu barulah mereka faham Umar telah mencuri barang kemas isteri dan mentuanya. Mereka pun berkata “ Ya sheikh, kami bukan anak murid Umar tapi sahabat2nya.. Kami telah berjanji akan keYaman bersama2 mencari makan. Dan telah kami berikan dirham kami kepadanya. Disuruh kami datang pagi kesini untuk pergi bersama.Sekarang putuslah harapan kami dan hilanglah dirham kami ditipunya. Setelah didengar akan mentua laki2 Umar maka disuruhlah mereka itu mencari Umar dirumah bapanya.

Maka pergilah mereka kerumah bapa Umar Umaiyah diceritakan semua hal mereka ditipu 100 dirham. Akan bapa Umar disuruh cari akan Umar supaya boleh dihukum cara adat Quraisy. Maka merekapun mencari Umar keserata tempat tiada dijumpai. Mereka pun baliklah duduk dirumah bersengap-sengap..

Arakian tersebutkaisah Umar Umaiyah, setelah bejalan beberapa hari dalam hutan rimba maka jumpalah ia pada satu dusun yang ramai dengan manusia. Ada pun dusun itu terletak 5 hari perjalanan ke Yaman. Umar Umaiyah pun sampailah kesebuah rumah seorang perempuan tua yang mempunyai anak perempuan berumur 10 tahun. Maka ditegur perempuan tua itu “ Hai musafir, siapa nama kamu, dari mana hendak kemana dan apakah hajat kamu?”. Maka Umar Umaiyah pun mengguling2kan kepalanya dan terkebil2 matanya dan menarik nafas seperti orang lelah. Kemudian dia berkata “ Ya tukku, namaku Mualim Damri, aku datang dari Mekah nak ke Yaman mencari makan. Dah 7 hari aku tak makan, berilah aku sedikit makanan dan tuhan akan merahmati kamu”

SAMBUNGAN ........

Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn