This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Selasa, April 01, 2008

Bab 02 Bah 4 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA






Setelah setengah bulan Umar Umaiyah pun ingin mengetahui perihal anak saudagar itu lalu memakai pakaian cara darwish (Orang fakir yg sentaiasa hidup miskin untuk mencari kesempurnaan jiwa) dan berkata kepada semua fakir anak muridnya “janganlah kamu semua kemana2 kerana aku hendak pergi mengadap raja”. Setelah ia berpesan masuklah ia kedalam negeri dengan mata seperti kilat memancar liar memandang kesana kemari. Sewaktu tengahari sampailahlah ia dipintu rumah anak saudagar itu lalu singgah dibawah cucur atap rumah itu sambil berseru2 “ ya ahlul bait, berilah aku segelas air kerana aku dahaga dan datang dari negeri jauh” Seruan itu terdengar kepada anak saudagar itu lalu disuruh khadam memberi air kemudian Umar Umaiyah pun minum lalu memuji2 dengan perkataan yang sangat sedap2. Segala puji2 itu terdengar pada anak saudagar itu lalu disuruh khadam membawa masuk darwish itu. Umar Umaiyah pun masuk dan duduk disatu ceruk sambil tunduk memberi hormat takzim tetapi dalam pada itu matanya liar memandang keserata tempat dalam rumah itu lalu hatinya berkata “ Selagi aku belum mencapai barang dalam rumah ini belumlah puas hatiku” Dalam pada duduk itu terpandanglah sepasang kasut emas anak saudagar itu maka berdirilah bulu romanya sambil menarik nafas dan mengurut2 janggutnya.

Tidak berapa lama kemudian berkatalah anak saudagar itu, hai darwish, bolehkah engkau melihat dalam nujum kamu, siapakah yang mengambil barang2 ku yang hilang itu?” Setelah mendengar Umar Umaiyah pun berdehem2 sambil bertanya “berapa lamakah hartamu telah hilang?” jawab anak saudagar “ada lebihkurang setengah bulan”. Kata Umar Umaiyah “ jika hendak cuba, bolehlah lihat dalam nujum hamba ini” sambil mengeluarkan dari bokcanya satu suratan dibuka dilihatnya sambil membilang dua jarinya kemudian dia pun membaca suratan itu “ satu merah dan satu puteh, keduanya tidak akan diperolehi” Kemudian ia menupang kepala dengan kedua tangan sambil berkata “sudah lenyap benda itu tersangat jauh perginya, disambar jin dan hantu dibawa kemana tidak tahu”

Setelah mendengarnya anak saudagar itu pun tunduk terdiam tidak berkata2 lagi . Umar Umaiyah pun bangkit berdiri lalu meminta izin untuk pulang dan anak saudagar itu pun masuklah kebiliknya. Umar Umaiyah pun menhampiri pintu itu dicapainya kasut emas dimasukan dalam bokcanya, lalu berjalanlah ia dengan tiada menoleh kekiri kanan lagi lalu pulang ketempatnya.

Ketika Umar Umaiyah tiada, seorang dari fakir anak muridnya telah masuk kedalam bilik tidur Umar Umaiyah. Dibuka bungkusan Umar Umaiyah lalu diambil 10 dinar emas ditanam dibawah sepohon pokok dalam kawasan jirat itu kemudian duduk berdiam diri seperti orang baik2. Setelah Umar Umaiyah balik didapati bungkusannya terbuka lalu diperiksa dan terkejutlah ia kerana wang sebanyak 10 dinar itu telah hilang dan merungut2 ia “ tiada siapa pun makhluk yang ambil dinarku melainkan fakir murid2 ini juga. Aku sangka tiada yang terlebih pandai dariku tetapi sekarang ada pula iyar (pencuri yang bijak) yang lebih pandai dariku. Setelah merungut2 ia pun berdiam diri seakan tiada kehilangan apa2.

Adalah menjadi kebiasaan fakir2 ini setiap pagi mereka pergi kada hajat (buang air besar) pada tempat masing2. Adapun Umar Umaiyah setiap pagi ia mengintai perihal mereka itu. Ada seorang fakir yang mencuri dinar Umar Umaiyah, sebelum kada hajat ia pergi kebawah pokok tempat menanam dinar yang dicuri itu, setelah melihat2 tempat itu barulah ia pergi kada hajat seperti kebiasaannya. Setelah diperhatikan oleh Umar Umaiyah lalu tahulah ia siapa yang mengambil dinarnya itu. Setelah itu fakir2 itu pun duduklah ditempat masing2. Umar Umaiyah pun memanggil fakir yang mencuri dinarnya disuruh kepekan pesara membeli daging. Setelah fakir itu pergi Umar Umaiyah pun pergilah kebawah pokok tempat dinar itu tertanam dan didapati ada seketul batu besar diangkatnya batu itu didapati ada dinarnya lalu diambil. Setelah itu ia pun kada hajat didalam lubang itu dikambusnya baik2 kemudian dikatupnya dengan batu itu. Setelah selesai ia pun baliklah duduk ditempatnya berdiam diri.

Fakir yang disuruh pergi kepekan pesara pun kemudian pulanglah dan memberikan daging yang telah masak kepada Umar Umaiyah lalu ia pun makanlah. Kemudian berhimpunlah segala fakir dihadapannya lalu Umar Umaiyah berkata “ hai sekelian kamu, aku ini adalah gurumu, sekarang aku berniat hendak balik kenegeriku, sebelum aku balik, aku hendak minta doa dengan tuhan lata wa manat supaya menjauhkah dahsyat didalam hati kamu itu, marilah setiap orang pada aku ini” Maka datanglah seorang fakir lalu disapu dan dihembus oleh Umar Umaiyah kepalanya. Demikianlah diperbuatnya setiap fakir yang datang padanya hingga tiba giliran fakir yang mencuri dinarnya itu lalu disapu2nya dada fakir itu sambil berkata “wahai Lata wa manat inilah hambamu yang berhati dahsyat, perjauhilah dari cita2 buruk dan akal pencuri darinya dan berilah akal yang baik padanya” Sambil menyapu2 dada fakir yang mencuri dinarnya Umar Umaiyah pun berkata kepada fakir2 yang lain “ hai segala anak muridku, jangan sesekali mengkhianati gurumu, dan jangan menaruh hajat akan harta orang, jikalau engkau mengambil harta orang menjadi haram bagimu, tambahan pula jika mengambil harta gurumu, nescaya harta itu pada zahirnya bertukar menjadi tahi, najis, inilah saja wasiatku kepada kamu sekelian”. Setelah berpesan semua fakir pun baliklah ketempat masing2. Umar Umaiyah pun masuklah kedalam makam tempatnya sambil mengintai2 akan perihal fakir itu.

Beberapa hari kemudian fakir itu pun pergi kebawah pokok tempat ia menanam dinar itu. Umar Umaiyah mengintai hal fakir yang mengangkat batu penutup lubang itu lalu terkena tahi yang berlumuran dibawah batu pada jari2 dan tapak tangannya, diciumnya lalu terlekat sedikit tahi itu pada hujung hidungnya dan kerana terlalu busuk dan berasa jijik fakir itu pun bersegera lari ketelaga hendak membasuh najis itu. Umar Umaiyah pun melaung2 dan berseru2 “ Siapa yang berlari2 hendak terjun kedalam telaga, segeralah sekelian pergi menolong ia” Maka segala fakir2 yang lain pun terkejutlah lalu masing2 memandang ketelaga dan melihat fakir itu bergopoh lari ketelaga. Maka berlarianlah mereka untuk menghalang fakir pencuri dari terjun ketelaga. Apabila dilihat fakir pencuri akan fakir yang ramai datang menghambat dari belakang, timbullah perasaan takut dalam hatinya kerana menyangka semua fakir itu telah mengetahui rahsianya. Maka semakin pantaslah ia berlari keluar dari jirat itu, kasadnya hendak pergi membasuh tangan dan hidungnya ditempat lain.

Fakir2 yang lain pun terus mengejar dari belakang sambil melaung2 kepada orang yang diluar jirat itu “ hai tuan tuan sekelian, tolong tangkap fakir gila itu kerana ia hendak membuang dirinya kedalam telaga. Maka orang2 itu pun datang mengepung, lalu fakir itu berkata “ Aku tidak gila, aku hendak membasuh tanganku, jangan rapat denganku” Apabila didengar oleh orang2 itu mereka pun menaruh syak dan ada yang berkata “ kalau hendak basuh tangan kenapa ia lari, memang sungguhlah ia gila sebab itu ia berlari”. Maka dikejarlah mereka bersungguh2 hingga dapatlah dicapai oleh seorang dari mereka tangan fakir itu. Lalu terkenalah tahi pada tangan orang itu lalu berkata “cis!, aku pun sudah terkena tahi, aku tak mau lagi menangkap sigila ini kerana ia bermain2 dengan tahi”. Sesudah itu orang ramai pun tidak mahu mengejar lagi. Maka fakir2 itu pun pulanglah dan berceritalah mereka pada Umar Umaiyah perihal fakir pencuri itu telah jadi gila. Maka kata Umar Umaiyah “ bukankah sudah ku katakan menaruh dahsyat dalam hatinya sebab itulah ia menjadi gila, dan jikalau ia datang kemari halau akan dia”. Fakir pencuri itu dari sebab malunya tiadalah ia balik lagi kejirat itu.

Tersebutlah pula kisah anak saudagar itu, setelah Umar Umaiyah pergi, disuruhnya dayang2 pergi mengambil kasut emasnya disuruh simpan. Maka dayang2 pun pergilah berhampiran muka pintu hendak mengambil kasut lalu didapati telah tiada. Dayang itu berkata “ya syeikhah, dimanakah tuanhamba meletakan kasut itu? ia tiada disini”, maka kata anak saudagar itu “ hai dayang2, butakah matamu tidak dapat melihat kasut aku itu?”. Maka jawab dayang2 “ ya sheikhah, tiada kasut itu disini”. Anak saudagar itu pun datang melihat dan tiada kasut pada tempat yang diletaknya lalu katanya “ telah hilanglah pula kasutku dicuri oleh syaitan manusia yang menyerupai dirinya bagai orang yang saleh. Tiada sesiapa yang datang kerumahku melainkan darwish celaka itulah yang mengambil kasutku. Pada malam itu dia jugalah yang mengambil pinggan dan mangkuk ku dan hari ini datang mencuri kasutku, Dimana hendak kucari sicelaka ini?” Maka duduklah anak saudagar berdiam diri dalam kemasyghulannya, tiadalah terlintas dihatinya hendak belajar ilmu tarikat quraisy lagi.


Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn