This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Isnin, Mac 24, 2008

Bab 02 Bah 1 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA







Tersebutlah kisah Umar Umaiyah yang keluar dari dusun Wadi Damrah berjalan menuju Yaman. Setelah 50 hari berjalan sampailah ia ke Bab al Yaman iaitu pintu gerbang negeri Yaman. Maka dijual untanya dengan harga 100 dinar kemudian berjalanlah ia masuk kedalam negeri dan singgah ia pada sebuah kedai kopi. Maka ditanya kepada tuan punya kedai kopi itu “siapakah nama raja negeri ini?” Jawab tuan kedai “Adapun raja kami bernama Abrahah tersangat baik budi pekerti serta sangat menaruh kasih sayang akan musafir yang miskin2”. Setelah didengar oleh Umar Umaiyah perkataan tuan kedai itu maka tinggallah ia disana membuat khidmat pada tuan kedai itu, dan tuan kedai itupun kasihlah kepadanya.

Satu hari ketika Umar Umaiyah berjalan2 dipekan pesara negeri Yaman terjumpalah ia dengan seorang tua sedang membeli gandum lalu katanya “ Ya sheikh, biar kuangkat gandum mu itu, kerana kulihat badan engkau terlalu daif dan tak terlarat mengangkat gandum itu”. Sahut orang tua itu “ya anakku, tuhanlah memberi rahmat akan kamu, tolonglah bawa gandum ini kerumahku, adakah kamu tahu dimana rumahku?” Jawap Umar Umaiyah “ Hai bapaku, tidakkah kau kenal akan daku? Setiap kali aku pergi kerumahmu engkau beri makan roti dan kahwa, sebab mengenangkan kebaikanmu itulah maka aku hendak tolong mengangkat gandum itu”. Orang tua itu pun percayalah lalu disuruh Umar Umaiyah mengangkat gandum itu, maka digalas guni gandum itu lalu dibawa berjalan dengan pantas tiada dinanti2 lagi. Sebentar kemudian sampailah ia kekedai kopi itu lalu berkata pada tuan kedai “ ya sahib, ini hadiah untukmu, selama aku tinggal disini tiada apa pun kebajikan ku kepadamu, dan pada hari ini diberi tuhan akan daku nikmat gandum ini, maka ku hadiahkan kepadamu”.

Ditanya tuan kedai itu “dimana kau mendapat gandum ini?’ Sahut Umar Umaiyah “aku berjumpa dengan bapa saudaraku baru datang dari negeri Syam dan membawa banyak dagangan gandum. Aku minta seguni diberi padaku, dan aku bawa kemari beri kepadamu”. Tuan kedai itu pun percaya lalu mengambil gandum itu disimpan nya. Sesudah itu diperjamu Umar Umaiyah dengan makanan yang lazat seraya berkata “engkau ini saudaraku dunia akhirat, selama tinggal di Yaman ini janganlah kau tinggal ditempat lain”. Sahut Umar Umaiyah “niat hatiku pun begitulah, hendak menumpangkan diri kepadamu”.

Tersebutlah kisah orang tua empunya gandum itu, dengan gopoh gapah pulang kerumahnya lalu bertanya kepada bininya “ hai ibu Kasim, ada orang membawa gandum kerumah kita tadi?” Jawab bininya” hai bapa Kasim, kamu itu sudah tua lagi mau bermain2 dengan aku? Kemana kamu pergi bermain2 dan bersuka2 meminum minuman mabuk, setelah engkau mabuk kau datang kepadaku bertanya guni gandum. Mungkin kerana semasa berjalan dipasar kamu terlihat longgokan guni gandum lalu selalu teringat dalam hatimu lalu datang bertanya padaku. Orang tua seperti kamu memanglah lupa lupa ingat”. Maka jawab suaminya “ demi tuhan kita, sekali kali tiada aku berdusta dan aku tidak mabuk, aku berkata sebenarnya”.

Dalam pada itu datanglah pula pengawal raja kerumah orang tua itu lalu bertanya “kenapa kamu berdua bising berbebel bebel?” Maka diceritakan orang tua itu akan halnya. Kata pegawai itu “ tadi aku melihat seorang menggalas guni gandum masuk kedalam sebuah kedai dijalan anun itu”. Orang tua itu pun menyembah pegawai itu minta supaya ditunjukan kedai itu padanya. Kemudian pegawai dan orang tua itu pun pergilah kekedai kopi itu. Pada ketika itu Umar Umaiyah sudah keluar pergi kepenjuru jalan untuk melihat hal orang tua itu. Setelah Umar Umaiyah terlihat orang tua itu dan pegawai raja dengan tiada bertangguh ia pun berundur pergi berselindung diri kedalam kawasan jirat orang mati berhampiran disitu.

Pegawai dan orang itu pun pergilah kekedai lalu diperiksanya tuan kedai itu. Maka diceritakan akan segala hal bersabit gandum seguni itu. Pegawai itu pun menangkap tuan kedai itu dibawa pergi berjumpa hakim. Setelah diperiksa hakim, didapati tuan kedai itu bersalah dan dijatuhkan hukuman. Disuruh pulangkan seguni gandum kepada orang tua itu dan kemudian disuruh rampas segala harta benda maka dikerjakan oleh pegawai itu. Tuan kedai itu pun menyumpah seranah Umar Umaiyah dihadapan orang tua itu dan dia pun jatuh menjadi miskin.

Tiada sesiapapun melihat Umar Umaiyah berselindung dijirat orang mati itu dan 2 hari kemudian datanglah muwali (orang yang diwakilkan menjaga {kubur makam dsb}) dan dilihatnya Umar Umaiyah sedang berbaring antara dua kubur disitu. Diamati betul2 takut kalau2 jin atau syaitan. Dia pun tidak berani menghampiri lalu duduk berfikir dari jauh. Umar Umaiyah pun memerhati akan hal muwali itu dan dia pun tidak mahu bangun dari situ kemudian dikembang kempiskan perutnya itu. Muwali itupun menilik pada dirinya sendiri lalu berundur kebelakang, maka tahulah Umar Umaiyah yang muwali itu menyangkakan syaitan lalu dia pun berdehem dan berkata “bukan aku syaitan, aku ini insan jua”

Demi didengar oleh muwali maka ia pun berdiri tetap tiada menaruh syak lagi lalu bertanya “hai insan siapa kamu ini, mengapa berbaring disini?” Jawab Umar Umaiyah “ ya akhi (saudara) aku ini datang dari Syam menziarahi kubur bapaku. Telah 3 hari aku duduk disini lapar dan dahaga tiada seorang manusia memberi aku makan. Hari ini aku berjumpa kamu yang datang hendak menziarahi kabur bapamu , sedaplah sikit hatiku, berilah aku sedikit makanan agar segar anggota tubuhku”. Kata muwali “ hai musafir, aku ini muwali kubur ini. 40 hari sekali aku datang memeriksa jirat ini bukan datang menziarahi kubur. Jika kamu hendak makan datanglah kerumahku, bangunlah kamu dari situ.” Maka kata Umar Umaiyah “jika kamu hendak memberi aku makanan, tolonglah angkat aku dari tempat ini, aku tidak berdaya hendak bangun terlalu letih tubuh badankui”.

Muwali itu berasa kasihan lalu menyuruh Umar Umaiyah memegang sebelah tangan pada lehernya dan sebelah lagi pada pinggangnya. Umar Umaiyah pun memegang leher dan pinggang muwali itu sambil meraba2 mencari ikat pinggang muwali itu. Muwali itu berkata “mengapa kamu meraba tali ikat pinggangku? Aku suruh kamu dakap pinggangku” Sahut Umar Umaiyah “bukan aku meraba2, aku hanya cari tali ikat pinggangmu hendak ku pegang teguh2 tetapi tiada dapat.kerana kepalaku pening dan mataku kelam” Kata muwali itu “peganglah teguh2 aku hendak mengangkat kepalamu”

Umar Umaiyah pun memegang tali ikat pinggang itu dan terasalah olehnya didalam tempat isi duit tali ikat pinggang itu ada 2 dinar. Umar Umaiyah pun berfikir, jika hendak diambil segera tiada sempat, tetapi jika ia memberatkan dirinya dan mengeraskan badannya sempatlah diambil dinar itu. Kata Umar Umaiyah “ ya akhi, berhentilah sekejap kerana aku sangat letih”. Muwali itu pun berhentilah maka dengan cepat diambilnya rempagi (pisau cukur, pisau lipat) yang terkecil sekali dilekatkan pada ibujarinya setelah itu dia berkata “Ya akhi, marilah tolong angkat aku ini”. Muwali itupun percaya lalu memegang leher Umar Umaiyah, dan iapun memegang tali ikat pinggang muwali itu sambil menetas tempat duit berisi dinar itu. Walaupun muwali cuba diangkatnya Umar Umaiyah hingga berpeluh2 tidak berjaya kerana Umar Umayah mengeraskan dirinya. Setelah ia mendapat dinar itu ia pun berkata “ Ya Tuhanku, demi kebesaranmu, perbangkitkanlah hamba ini” lalu ia pun bangunlah sambil diperhati muwali itu. Baru ia berdiri tiba2 hendak rebah, segera dipegang tangannya oleh muwali itu dibawa berjalan perlahan2 hingga sampai kerumahnya.

......SEBELUM


Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn