This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Memaparkan catatan dengan label flowers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label flowers. Papar semua catatan

Selasa, Mei 26, 2009

Eksplorasi Kemensah, Hulu Kelang




Semasa mengembara (kunun nya lah) dapatlah saya rakamkan sedikit gambar dan saya upload kat sini. Rasanya tepi2 sungai macam ni, tanah nya dah pun dimiliki oleh pemaju hartanah atau mungkin oleh pembesar-pembesar (besar mana?) atau yang banyak duit. Sekarang area ni dah penuh dengan chalet dan dah ada macam2. Datanglah beramai2. Enjoy



Ada lagi satu, kalau tanya anak2 saya, siapa kah ini, maka mereka akan beritahu inilah kawan ayahanda



Sam Kai Cheong

Rabu, Mac 04, 2009

Koleksi kecil bunga di Australia


Gambar ni semua dirakam sambil lalu saja semasa kat Brisbane dan Gold Coast. Kalau pergi taman bunga mungkin lagi banyak yang dapat dirakam. Bagaimana pun saya tertarik dengan pokok macam mengkuang buahnya pun sama tapi lebih besar dari Malaysia punya. Apasal Mesia punya kecik mat salleh punya besar hah?
Klik gambar untuk besarkan

















Coolie Version

Isnin, Februari 18, 2008

Lagi orkid liar



Ini ada satu lagi spesis oirkid liar. Saya dah korek balik beberapa pokok dan tanam kat halaman rumah. Sampai hari ni elok saja, rajin pulak berbunga.

Khamis, Februari 07, 2008

Bunga pagar



Bunga ni tak tau apa pulak namanya. Warna biru garang jenis menjalar. Ambik jer gambar ni kat Gelang Patah, Johor.

Khamis, Januari 31, 2008

Orkid



Lokasi : Gelang Patah

Orkid liar ini banyak boleh ditemui di sepanjang lebuhraya diJohor. Negeri lain pun ada jugak. Sempat jugak ambik serumpun dan ditanam di halaman rumah. Bunga hari2 tak putus.

Selasa, Oktober 23, 2007

Kaki Lipan



Kaki lipan atau mata lipan atau ntah apa nama lagi agak serupa juga bentuknya macam mata gergaji (gambar bawah) tapi tang membezakan nya ialah kelopak daun yang lebih tebal serta juntaian daun nya yg boleh berjuntai sepanjang 20 kaki jika digantung tinggi.
Mata gergaji pula bersaiz agak kecil sedikit dan juntaian nya pun tak panjang sangat. Ending juntaian adalah macam benang kasar lebihkurang tiga empat lima helai.

Isnin, Oktober 22, 2007

Daun Pandan Serani

Ini ialah daun pandan wangi, yang biasa digunakan untuk wangikan nasi lemak atau pengat yang dimasak. Selain tu boleh juga dibuat bunga rampai untuk majlis kawin dsb, manakala gambar
ini ialah Daun Pandan Serani. Pokok ini biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan luar rumah dan boleh juga dijadikan hiasan dalaman macam gambar ni. Tapi daun pandan ini tidaklah berbau wangi. Boleh kata tak ada bau. Daun pandan serani boleh juga digunakan dalam masakan. Jika kita membuat sekaya (makan ngan pulut) daun ini akan ditumbuk dan diambil patinya yang hijau pekat kemudian disebatikan dengan adunan sekaya tersebut sebelum dimasak. Jika kita menggunakan pati daun pandan wangi tidak sesuai kerana daun pandan wangi berasa pahit sedangkan daun pandan serani memang manis dan boleh dimakan begitu saja. Kalau tak percaya kunyahlah daun tu apa rasa?

Khamis, Oktober 18, 2007

Mengkuang



Pokok mengkuang dan buahnya.
Lokasi: Kemaman

Pokok mengkuang boleh dianyam menjadi barangan kraftangan seperti tikar, tudung saji, bakul dan macam2 lagi. Buah mengkuang pula boleh dimakan tapi manusia tak makan.

Selasa, Oktober 16, 2007

Bonsai



Lokasi:- Sepang
Lokasi:- Bt Pahat
Lokasi:- Sg Buloh

Antara koleksi gambar bonsai. Gambar yang paling atas tu ialah bonsai saya punya.

Bidara



Inilah pohon bidara yang lebat dengan buahnya. Buah bidara ni sedap jugak kalau makan, ada rasa macam epal pulak. Kalau nak makan cari yang dah kuning sikit, jangan yang hijau tak sedap, tapi awas, kadang2 ada ulat. Sebenarnya ulat tu memang kita boleh makan, kalau tak percaya makanlah ulat tu. (Klik gambar untuk besarkan)

Lokasi: Alor Star, Kedah

Isnin, Oktober 15, 2007

KECUBONG



Pokok dan close up buah kecubong. Kemungkinan buah kecubong ni beracun dan ada yang kata boleh buat ubat. Tapi ubat apa tak tau lah. Ada orang tua yang bercerita, pada zaman komunis dulu buah kecubong ni dimasak buat lauk dan diberi makan kepada anggota komunis. Komunis ni kemudian mabuk dan tertidur, selepas tu barulah komunis tersebut dapat ditangkap. Ni cerita orang, mungkin kes terpencil. Bagaimana pun idea ni elok sangat. Kalau ada yang kaki stim bolehlah pekena buah kecubong ni bagi gantikan dadah atau arak. Selain boleh dimasak buat lauk, boleh juga dibuat minuman juice. Polis pun tak boleh tangkap, ada berani mau test?

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Lokasi: Paritt Kemang

UPDATED:- Link keracunan kecubong


Cincin Batu Kecubong

Selain dari nama pokok, nama batu yang berwarna ungu ini juga dipanggil kecubong. Kata orang kalau orang lelaki memakai cincin batu kecubong, orang perempuan akan sayang. Pasal tu lah aku pun pakai satu. Hasil nya... aku aje yang tau.

Khamis, Oktober 04, 2007

Mata gergaji



Nama saja mata gergaji tapi tak boleh potong apa2. Buat masa ni nama mata gergaji saja yang aku tahu. Kalau ada info aku update nanti.

Tanduk Rusa & Tanduk Kijang




Paku Tanduk Rusa (Paltycerium coronarium) ialah pokok jenis eficit (tumpang pokok lain). Cantik sebagai tanaman hiasan. Ada yang kata boleh buat ubat kuat.

Tanduk Rusa mempunyai juntaian daun yang menjulur kebawah berupa seakan tanduk.

Paku Tanduk Kijang agak serupa dengan Tanduk Rusa, perbezaan ketara ialah mempunyai daun berupa tanduk dan menegak keatas, tidak terjurai kebawah.

Gandingan Tanduk Rusa dan Tanduk Kijang

2 spesis tanduk rusa, yg kecil tu ada yang kata 'siam' punya, yang daun menegak tu
Tanduk Kijang

Paku Tanduk Kijang.

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn