This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Isnin, Mac 24, 2008

Bab 02 Bah 1 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA







Tersebutlah kisah Umar Umaiyah yang keluar dari dusun Wadi Damrah berjalan menuju Yaman. Setelah 50 hari berjalan sampailah ia ke Bab al Yaman iaitu pintu gerbang negeri Yaman. Maka dijual untanya dengan harga 100 dinar kemudian berjalanlah ia masuk kedalam negeri dan singgah ia pada sebuah kedai kopi. Maka ditanya kepada tuan punya kedai kopi itu “siapakah nama raja negeri ini?” Jawab tuan kedai “Adapun raja kami bernama Abrahah tersangat baik budi pekerti serta sangat menaruh kasih sayang akan musafir yang miskin2”. Setelah didengar oleh Umar Umaiyah perkataan tuan kedai itu maka tinggallah ia disana membuat khidmat pada tuan kedai itu, dan tuan kedai itupun kasihlah kepadanya.

Satu hari ketika Umar Umaiyah berjalan2 dipekan pesara negeri Yaman terjumpalah ia dengan seorang tua sedang membeli gandum lalu katanya “ Ya sheikh, biar kuangkat gandum mu itu, kerana kulihat badan engkau terlalu daif dan tak terlarat mengangkat gandum itu”. Sahut orang tua itu “ya anakku, tuhanlah memberi rahmat akan kamu, tolonglah bawa gandum ini kerumahku, adakah kamu tahu dimana rumahku?” Jawap Umar Umaiyah “ Hai bapaku, tidakkah kau kenal akan daku? Setiap kali aku pergi kerumahmu engkau beri makan roti dan kahwa, sebab mengenangkan kebaikanmu itulah maka aku hendak tolong mengangkat gandum itu”. Orang tua itu pun percayalah lalu disuruh Umar Umaiyah mengangkat gandum itu, maka digalas guni gandum itu lalu dibawa berjalan dengan pantas tiada dinanti2 lagi. Sebentar kemudian sampailah ia kekedai kopi itu lalu berkata pada tuan kedai “ ya sahib, ini hadiah untukmu, selama aku tinggal disini tiada apa pun kebajikan ku kepadamu, dan pada hari ini diberi tuhan akan daku nikmat gandum ini, maka ku hadiahkan kepadamu”.

Ditanya tuan kedai itu “dimana kau mendapat gandum ini?’ Sahut Umar Umaiyah “aku berjumpa dengan bapa saudaraku baru datang dari negeri Syam dan membawa banyak dagangan gandum. Aku minta seguni diberi padaku, dan aku bawa kemari beri kepadamu”. Tuan kedai itu pun percaya lalu mengambil gandum itu disimpan nya. Sesudah itu diperjamu Umar Umaiyah dengan makanan yang lazat seraya berkata “engkau ini saudaraku dunia akhirat, selama tinggal di Yaman ini janganlah kau tinggal ditempat lain”. Sahut Umar Umaiyah “niat hatiku pun begitulah, hendak menumpangkan diri kepadamu”.

Tersebutlah kisah orang tua empunya gandum itu, dengan gopoh gapah pulang kerumahnya lalu bertanya kepada bininya “ hai ibu Kasim, ada orang membawa gandum kerumah kita tadi?” Jawab bininya” hai bapa Kasim, kamu itu sudah tua lagi mau bermain2 dengan aku? Kemana kamu pergi bermain2 dan bersuka2 meminum minuman mabuk, setelah engkau mabuk kau datang kepadaku bertanya guni gandum. Mungkin kerana semasa berjalan dipasar kamu terlihat longgokan guni gandum lalu selalu teringat dalam hatimu lalu datang bertanya padaku. Orang tua seperti kamu memanglah lupa lupa ingat”. Maka jawab suaminya “ demi tuhan kita, sekali kali tiada aku berdusta dan aku tidak mabuk, aku berkata sebenarnya”.

Dalam pada itu datanglah pula pengawal raja kerumah orang tua itu lalu bertanya “kenapa kamu berdua bising berbebel bebel?” Maka diceritakan orang tua itu akan halnya. Kata pegawai itu “ tadi aku melihat seorang menggalas guni gandum masuk kedalam sebuah kedai dijalan anun itu”. Orang tua itu pun menyembah pegawai itu minta supaya ditunjukan kedai itu padanya. Kemudian pegawai dan orang tua itu pun pergilah kekedai kopi itu. Pada ketika itu Umar Umaiyah sudah keluar pergi kepenjuru jalan untuk melihat hal orang tua itu. Setelah Umar Umaiyah terlihat orang tua itu dan pegawai raja dengan tiada bertangguh ia pun berundur pergi berselindung diri kedalam kawasan jirat orang mati berhampiran disitu.

Pegawai dan orang itu pun pergilah kekedai lalu diperiksanya tuan kedai itu. Maka diceritakan akan segala hal bersabit gandum seguni itu. Pegawai itu pun menangkap tuan kedai itu dibawa pergi berjumpa hakim. Setelah diperiksa hakim, didapati tuan kedai itu bersalah dan dijatuhkan hukuman. Disuruh pulangkan seguni gandum kepada orang tua itu dan kemudian disuruh rampas segala harta benda maka dikerjakan oleh pegawai itu. Tuan kedai itu pun menyumpah seranah Umar Umaiyah dihadapan orang tua itu dan dia pun jatuh menjadi miskin.

Tiada sesiapapun melihat Umar Umaiyah berselindung dijirat orang mati itu dan 2 hari kemudian datanglah muwali (orang yang diwakilkan menjaga {kubur makam dsb}) dan dilihatnya Umar Umaiyah sedang berbaring antara dua kubur disitu. Diamati betul2 takut kalau2 jin atau syaitan. Dia pun tidak berani menghampiri lalu duduk berfikir dari jauh. Umar Umaiyah pun memerhati akan hal muwali itu dan dia pun tidak mahu bangun dari situ kemudian dikembang kempiskan perutnya itu. Muwali itupun menilik pada dirinya sendiri lalu berundur kebelakang, maka tahulah Umar Umaiyah yang muwali itu menyangkakan syaitan lalu dia pun berdehem dan berkata “bukan aku syaitan, aku ini insan jua”

Demi didengar oleh muwali maka ia pun berdiri tetap tiada menaruh syak lagi lalu bertanya “hai insan siapa kamu ini, mengapa berbaring disini?” Jawab Umar Umaiyah “ ya akhi (saudara) aku ini datang dari Syam menziarahi kubur bapaku. Telah 3 hari aku duduk disini lapar dan dahaga tiada seorang manusia memberi aku makan. Hari ini aku berjumpa kamu yang datang hendak menziarahi kabur bapamu , sedaplah sikit hatiku, berilah aku sedikit makanan agar segar anggota tubuhku”. Kata muwali “ hai musafir, aku ini muwali kubur ini. 40 hari sekali aku datang memeriksa jirat ini bukan datang menziarahi kubur. Jika kamu hendak makan datanglah kerumahku, bangunlah kamu dari situ.” Maka kata Umar Umaiyah “jika kamu hendak memberi aku makanan, tolonglah angkat aku dari tempat ini, aku tidak berdaya hendak bangun terlalu letih tubuh badankui”.

Muwali itu berasa kasihan lalu menyuruh Umar Umaiyah memegang sebelah tangan pada lehernya dan sebelah lagi pada pinggangnya. Umar Umaiyah pun memegang leher dan pinggang muwali itu sambil meraba2 mencari ikat pinggang muwali itu. Muwali itu berkata “mengapa kamu meraba tali ikat pinggangku? Aku suruh kamu dakap pinggangku” Sahut Umar Umaiyah “bukan aku meraba2, aku hanya cari tali ikat pinggangmu hendak ku pegang teguh2 tetapi tiada dapat.kerana kepalaku pening dan mataku kelam” Kata muwali itu “peganglah teguh2 aku hendak mengangkat kepalamu”

Umar Umaiyah pun memegang tali ikat pinggang itu dan terasalah olehnya didalam tempat isi duit tali ikat pinggang itu ada 2 dinar. Umar Umaiyah pun berfikir, jika hendak diambil segera tiada sempat, tetapi jika ia memberatkan dirinya dan mengeraskan badannya sempatlah diambil dinar itu. Kata Umar Umaiyah “ ya akhi, berhentilah sekejap kerana aku sangat letih”. Muwali itu pun berhentilah maka dengan cepat diambilnya rempagi (pisau cukur, pisau lipat) yang terkecil sekali dilekatkan pada ibujarinya setelah itu dia berkata “Ya akhi, marilah tolong angkat aku ini”. Muwali itupun percaya lalu memegang leher Umar Umaiyah, dan iapun memegang tali ikat pinggang muwali itu sambil menetas tempat duit berisi dinar itu. Walaupun muwali cuba diangkatnya Umar Umaiyah hingga berpeluh2 tidak berjaya kerana Umar Umayah mengeraskan dirinya. Setelah ia mendapat dinar itu ia pun berkata “ Ya Tuhanku, demi kebesaranmu, perbangkitkanlah hamba ini” lalu ia pun bangunlah sambil diperhati muwali itu. Baru ia berdiri tiba2 hendak rebah, segera dipegang tangannya oleh muwali itu dibawa berjalan perlahan2 hingga sampai kerumahnya.

......SEBELUM


Coolie Version

Bab 01 Bah 3 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH







Arkian selang beberapa hari penyamun pun baliklah tanpa memperolehi barang suatu pun dan dilihat rumahnya habis terbakar menjadi abu maka bertambah dukacitalah ia. Hatinya berkata hajat hendak mencari harta, barang yang tinggal pun habis terbakar menjadi abu, ditampar2 kepalanya, dihempas dirinya kebumi dan rebah pengsanlah ia sampai esok pagi. Adapun Umar Umaiyah serta anak2 muridnya setiap pagi seperti kebiasaan berjalan melihat2 kesana kemari. Pagi itu ia pura2 dibawa anak2 muridnya berjalan kedusun rumah penyamun itu, maka terpandanglah rumah yang terbakar itu. Tanya Umar “rumah siapakah yang terbakar itu?” jawab anak2 muridnya “Itu rumah penghulu penyamun”, kata Umar lagi “sungguhkah?” Jawab anak muridnya “ benar ya sheikh”

Kemudian Umar Umaiyah pun masuk kedalam dusun itu dilihat seorang tua meriba penyamun itu dekat dengan rumah itu. Umar bertanya kenapa boleh menjadi begini dan orang tua itu memberitahu orang itu pengsan tidak sedar diri kerana susah hati rumahnya hangus terbakar. Kemudian Umar Umaiyah meminta air dari anak2 muridnya lalu diberi mereka. Umar Umaiyah pun pura2 menjampi dan menghembus air itu kemudian dipercikan kemuka ketua penyamun itu. Bila terkena air dirasai sejuk dan jagalah ia dari pengsan lalu dijawatnya kadam Umar Umaiyah dan berkata “ Apalah gerangan terjadi demikian, harta benda, rumahtangga habis binasa” Kata Umar Umaiyah “sabar dulu, jangan berdukacita nanti melarat menjadi sakit pula, katalah pada hatimu, harta dunia tinggal dalam dunia ini, jika ada hayat boleh dicari lain, adalah laki2 itu sifat bekalnya sebelum mati ialah dapat melakukan barang kehendaknya, ingatlah titis nasibmu jangan beri malu datuk nenekmu, segeralah bangun, urutlah misaimu, tampar lenganmu, serukan namamu itu supaya dipuji orang engkau ini anak laki2”.

Apabila penyamun itu mendengar kata Umar Umaiyah terasa segarlah anggotanya dan bangunlah ia dan dilakukan seperti ajaran Umar Umaiyah. Daripada hari itu lemahlah hatinya hendak menyamun, duduklah ia sebagai orang yang baik.

Syahdan Umar Umaiyah pun duduklah dirumah perempuan tua itu mengajar, didapati tiada beroleh faedah. Dia pun berkata kepada murid2nya itu “kamu sekelian tiada berapa boleh menerima ilmu quraisy, kerana kamu sekelian pemalas, esok aku akan belikan anak syaitan suruh ajar kamu. Bila diajarnya segeralah kamu peroleh ilmu itu”. Tanya murid2 itu “ dimana ada anak syaitan?” jawab Umar Umaiyah “ Ada dihujung dusun, esok aku akan bawa ia kemari”. Setelah itu disuruh murid2 itu pulang kerumah masing2 Maka ia pun menyediakan sebatang rotan halus, disapukan cat berwarna hitam putih berbelang2 disarungkan kedalam kain merah dan digantung pada penjuru balainya.

Keesokan paginya datanglah anak2 murid duduk mengaji. Kemudian Umar Umaiyah pun duduklah ditengah murid2 itu sambil berkata “ Kelmarin sudah aku belikan anak syaitan jika kamu hendak melihat bolehlah aku tunjukan”. Murid2 pun meminta supaya ditunjukan anak syaitan itu. Umar Umaiyah pun mengambil rotan itu dikeluarkan pada sarung dipegang nya sambil berkata “ Adapun anak syaitan ini sangatlah jahat hatinya, siapa yang culas mengaji akan dipalu hingga berdarah. Sesiapa yang beri ia makan dan menjamunya tiadalah dipalukan nya” Maka murid2 itu pun bertanya “apa penjamu nya sheikh?” Jawab Umar Umaiyah “Setiap jumaat satu dinar” Murid2 bertanya lagi “kalau tidak diperjamukan dia apa yang boleh dilakukannya?” Dijawab Umar Umaiyah “marahnya akan turun pada tangan aku disuruh aku pegang akan dia dan bawa pada siapa2 yang malas mengaji”. Maka kata seorang murid itu “ ya sheikh, cubalah lakukan seperti yang sheikh katakan itu.

Maka Umar Umaiyah pun membakar kemenyan dilayurkan pada rotan itu, dipegang rotan itu sambil digetar2kan tangannya dibawa jalan dekat dengan anak penghulu dusun itu itu dipalunya belikat anak penghulu dusun itu 3 kali berturut2 maka menjeritlah budak2 yang lain. “sudahlah, kami jamu akan dia”. Maka Umar Umaiyah pun merebahkan dirinya kelantai macam orang mati. Terkejutlah budak2 itu dan percayalah perbuatan guru mereka itu dan berkata sesama sendiri “ Jika begini kita perjamulah anak syaitan ini setiap jumaat seorang sedinar.” Semasa murid2 itu berkata terdengarlah pada Umar Umaiyah, maka sukacitalah hatinya dan ia pura2 mengangguk sambil bangun perlahan-lahan duduk menyapu peluh mukanya. Kemudian dengan suara tertahan-tahan dia bertanya “mana perginya anak syaitan itu?”. Jawab murid2 itu “ada pada tangan tuk syeikh”. Kata Umar Umaiyah “semoga ia tidak lari kalau tidak susahlah hendak mencarinya”. Semenjak hari itu pada setiap jumaat murid2 itu memberi seorang sedinar pada Umar Umaiyah. Demikianlah halnya telah berapa banyak dinar telah dihimpunkan tetapi budak2 itu tiada beroleh mengaji melainkan duduk dan bemain2 sahaja setiap hari.

Demikianlah Umar Umaiyah menjadi guru. Diajarnya budak2 itu segala perbuatan yang jahat2 hingga ada setengahnya menjadi pencuri ada yang jadi afrit ada yang menjadi pengecoh, bohong, dusta. Melihat yang demikian Umar Umaiyah pun marah dan bersiap2 hendak berangkat keluar dari dusun itu.

Satu hari ia berkata kepada murid2nya “carikan aku seekor unta kerana aku hendak pergi kedusun sana melihat temasya”. Kata anak penghulu dusun “Ya sheikh, bapaku ada menaruh banyak unta, boleh ku ambil seekor bawa kemari”. Maka budak itu pun pergilah mengambil unta bapanya diberikan pada Umar Umaiyah. Adapun unta itu unta kenaikan bapanya. Maka ditambatnya unta itu pada sisi rumahnya. Setelah malam hari Umar Umaiyah memuatkan harta bendanya dan harta penyamun yang ditanamnya dikorek diambilnya dimuatkan keatas unta itu. Tanpa pengetahuan sesiapa dia pun memacu unta itu keluar dari dusun itu lalu menuju jalan kenegeri Yaman.

Adalah tiga hari lamanya setelah keluar dari dusun itu barulah diketahui oleh isi dusun itu Mualim Damri sudah pindah. Penghulu dusun pun gemparlah kerana unta kesayangannya sudah hilang. Maka ditanya kepada anaknya dan jawab anaknya “ya bapaku, guruku telah meminjam unta itu dariku katanya nak bermain2 didusun sebelah sana” Setelah mendengar demikian penghulu pun marahlah kepada anaknya. Kemudian disuruh seorang pegawai pergi mencari unta itu didusun sebelah sana. Pergilah pegawai itu mencari, tiada berjumpa, baliklah ia berkhabar kepada tuannya telah puas dicari tiada juga berjumpa dengan unta itu. Maka dukacitalah penghulu dusun itu mengenangkan unta kesayangannya. Demikianlah halnya Umar Umaiyah memperdayakan isi dusun itu.

. . . . . SEBELUM

BERSAMBUNG.....

Coolie Version

Ahad, Mac 23, 2008

Bab 01 Bah 2 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH







Perempuan tua itu pun belas kasihan diberinya makan. Umar Umaiyah pun makan sekenyang2 perutnya. Selepas makan dia pura2 hendak tidur seketika kemudian dia pun bangunlah. Perempuan tua itu pun datang dan bertanya “ Ya Mualim Damri, bolehkah engkau mengajar anakku ilmu Quraisy Mekah itu?. “ Jika kamu reda, boleh aku ajat akan dia” kata Umar. Budak perempuan itupun diserah pada Umar, dan Umar pun tinggallah dirumah itu untuk mengajar.

Dalam sedikit masa mahsyurlah kepada seisi dusun itu nama Mualim Damri pandai mengajar Ilmu Quraisy. Maka masing2 membawa anak diserahkan pada Umar disuruh ajar mengaji ilmu Quraisy. Maka menjadi guru dan ulama yang besar didalam dusun itu. Sesiapa yang hendak bertanya hukum atau cara adat zaman dahulu hendaklah pergi kepada Umar dan bermaharajalela lah dia didalam dusun itu.

Satu hari penghulu dusun datang bertanya hukum quraisy kepada Umar “ Ya Mualim, adakah lulus pada hukum merampas dijalan akan hak harta kafilah itu?” Maka Umar pun menyuruh penghulu dusun itu membayar 10 dinar emas sebagai memenuhi nasihat gurunya. Penghulu dusun pun memberinya dinar tersebut. Setelah itu Umar Umaiyah berkata” Adalah hukum adat quraisy itu, apakala orang negeri asing membawa dagangan hendak berniaga didalam negeri, ambillah kamu sebahagian kecil hartanya, jika ia tiada mau beri, rampas olehmu akan nisab hartanya, jika tiada juga ia mau beri, bunuh akan dia dan rampas semua hartanya. Akan harta rampasan itu dibahagi empat bahagian, sebahagian disedekahkan pada fakir miskin dan perempuan tua, dan tiga bahagian pulang kepada raja negeri. Jika negeri tiada beraja, pulang pada penghulu dusun”. Akan penghulu dusun itupun maulah ia ikut ajaran Umar Umaiyah itu.

Kemudian datanglah pula seorang penyamun kepada Umar Umaiyah bertanya hukum “Bolehkah menyamun atau mencuri harta orang yang tinggal sama sedusun?” Umar bertanya “ Siapa engkau ini?” Maka dijawab “hamba ni ketua penyamun yang tinggal didusun ini. Sudah lama hamba menyamun diluar dusun, sekarang hamba dah tiada kuasa lagi nak berbuat demikian. Hamba bercadang hendak menyamun harta isi dusun ini”. Maka kata Umar Umaiyah “ Adalah hukum itu bolehlah menyamun dan mencuri tetapi ada sedikit musykilnya. Jika engkau dapat menanggung sabar atas musykil itu halal lah harta sedusun itu kepada kamu”. Ditanya penyamun itu “Apa musykilnya ya Mualim?” Maka ditanya Umar : Dapatkah engkau sabar jika hartamu dicuri?” Jawab penyamun “ Hamba dapat bersabar”. Maka kata Umar “ Jika engkau dapat sabar, kerjakanlah olehmu”. Penyamun itu pun sukalah hatinya, kerana mendapat petua yang baik dari Mualim Damri serta memuji2 ia akan mualim itu. Tiada disangkanya mualim itu terlebih pandai mencuri daripadanya.

Tidak lama kemudian ketua penyamun pun pergilah menyamun kedusun yang dekat dengan rumahnya. Khabar itu pun sampai kepada Umar Umayah yang penyamun itu tiada dirumahnya. Maka Umar pun menyamar dirinya sebagai penduduk dusun pergi kerumah ketua penyamun, ditepuk pintu rumah sambil berseru2 “ Ya Ahlul Bait, bukalah pintu ini supaya aku dapat sampaikan pesan dari sahabatku kepadamu”. Maka isteri penyamun itu pun segeralah buka pintu dan Umar Umaiyah pun masuklah kerumah dan mengkhabarkan pada isteri penyamun itu “ Suamimu ada menanti di dusun Indan, disuruh aku mengambil semua harta dalam peti kerana Raja Yaman hendak menangkap dia, dan engkau disuruh undur kerumah bapamu di dusun indan itu”. Apakala didengar olehnya, percayalah dia dan memberi semua hartanya pada Umar Umaiyah, kemudian dia pun mengunci pintu rumahnya dan membawa anak perempuannya kerumah bapanya pada malam itu juga. Maka Umar Umaiyah pun membawa harta itu pada suatu tempat ditanamnya, kemudian pulanglah ia kerumah mendiamkan diri.

Tidak berapa lama kemudian penyamun itu pun pulanglah dan bininya pun bercerita apa yang berlaku. Penyamun itu pun hairanlah tercengang2. Kemudian pergilah dia kepada mentuanya, begitulah juga dikhabarkan. Dia pun tunduk memikir seorang diri kemudian mengajak bininya balik kerumah duduk dengan kemasyghulan yang amat sangat.

Beberapa hari kemudian terdengarlah pada Umar Umaiyah penyamun itu sudah balik kerumahnya. Pada pagi2 lagi pergilah Umar kejalan arah rumah penyamun itu dan bertemu penyamun itu sedang duduk berlengung2 disebuah kedai. Maka ditanya Umar Umaiyah akan penyamun itu “ Bagaimana hal kau ya ketua kaum?” Kata penyamun itu “ Benarlah katamu Mualim” maka kata Umar “ Jika benar ceritakanlah padaku supaya kuketahui akannya” Penyamun itupun bercerita dari mula hingga akhir, kemudian Umar Umaiyah pun berkata “ Ya ketua kaum, sudah ku katakan padamu jikalau kau boleh bersabar kerjakanlah perbuatan mencuri itu, sekarang telah datang percubaan dari tuhan yang memberi petunjuk, dan engkau tak dapat menahan sabar dirimu, maka sekarang ini akan aku ajar kepadamu satu nikmat yang yang teramat baik sekali, cubalah kau amalkan nya”. Kata penyamun “apakah nasihat itu Mualim? “ Maka kata Umar Umaiyah “ Kita ini lelaki, kuasa kita berjalan mencari nafkah, Sekiranya satu benda hilang 10 kali ganda dapat kita cari. Benda yang haram pulang ke haram benda yang halal pulang ke halal. Benda2 kamu yang hilang itu adakah kamu beli akan nya? Dengan pandai kamu juga kamu memperolehinya. Sekarang cubalah kau cari jalan yang lain, pergilah bertandang pada desa negeri orang, pada ketika yang baik kau boleh mendapat berlipat kali ganda dari perolehanmu dahulu. Apa guna duduk dengan kemasyghulan , membuang masa sia2 terlebih baiklah kau mencari nafkah yang halal itu.

Demi didengar oleh penyamun itu maka naiklah berani hatinya dan berkata “ Benar ya Sheikh, baik sekali ajaran itu”. Penyamun itu pun pulanglah kerumahnya memakai segala senjatanya dan berpesan pada bininya “ Aku dapat satu pelajaran dari Mualim Damri, malam ni aku nak pergi menyamun dalam negeri Yaman. Baik2lah jaga anak kita ini. Siapapun yang datang janganlah kau tinggalkan rumah kita ini, bila aku balik nanti banyaklah harta yang akan aku bawa”. Selepas berpesan pada bininya maka berjalanlah ia menuju Yaman. 3 hari kemudian khabar ini terdengar pada Umar Umaiyah penyamun sudah keluar pergi mencuri. Umar pun memakai pakaian cara pencuri. Pada tengahmalam ketika orang semua lena tidur, pergilah ia ke dusun rumah penyamun itu, dinyalakan api dibakarnya rumah penyamun. Sesudah membakar ia pun baliklah kerumah berdiam diri. Gemparlah orang mengatakan rumah penyamun terbakar dan tergesa2lah orang datang menolong, tapi belum sempat dipadamkan sudah terbakar hangus, barang satu pun isi rumah tiada terlepas semuanya hangus. Hanya yang terlepas bini dan anak penyamun itu sahaja, maka menangislah keduanya dan pergilah duduk dirumah bapanya.

.................. SEBELUM
BERSAMBUNG..........

Coolie Version

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn