This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Selasa, April 01, 2008

Bab 02 Bah 4 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA






Setelah setengah bulan Umar Umaiyah pun ingin mengetahui perihal anak saudagar itu lalu memakai pakaian cara darwish (Orang fakir yg sentaiasa hidup miskin untuk mencari kesempurnaan jiwa) dan berkata kepada semua fakir anak muridnya “janganlah kamu semua kemana2 kerana aku hendak pergi mengadap raja”. Setelah ia berpesan masuklah ia kedalam negeri dengan mata seperti kilat memancar liar memandang kesana kemari. Sewaktu tengahari sampailahlah ia dipintu rumah anak saudagar itu lalu singgah dibawah cucur atap rumah itu sambil berseru2 “ ya ahlul bait, berilah aku segelas air kerana aku dahaga dan datang dari negeri jauh” Seruan itu terdengar kepada anak saudagar itu lalu disuruh khadam memberi air kemudian Umar Umaiyah pun minum lalu memuji2 dengan perkataan yang sangat sedap2. Segala puji2 itu terdengar pada anak saudagar itu lalu disuruh khadam membawa masuk darwish itu. Umar Umaiyah pun masuk dan duduk disatu ceruk sambil tunduk memberi hormat takzim tetapi dalam pada itu matanya liar memandang keserata tempat dalam rumah itu lalu hatinya berkata “ Selagi aku belum mencapai barang dalam rumah ini belumlah puas hatiku” Dalam pada duduk itu terpandanglah sepasang kasut emas anak saudagar itu maka berdirilah bulu romanya sambil menarik nafas dan mengurut2 janggutnya.

Tidak berapa lama kemudian berkatalah anak saudagar itu, hai darwish, bolehkah engkau melihat dalam nujum kamu, siapakah yang mengambil barang2 ku yang hilang itu?” Setelah mendengar Umar Umaiyah pun berdehem2 sambil bertanya “berapa lamakah hartamu telah hilang?” jawab anak saudagar “ada lebihkurang setengah bulan”. Kata Umar Umaiyah “ jika hendak cuba, bolehlah lihat dalam nujum hamba ini” sambil mengeluarkan dari bokcanya satu suratan dibuka dilihatnya sambil membilang dua jarinya kemudian dia pun membaca suratan itu “ satu merah dan satu puteh, keduanya tidak akan diperolehi” Kemudian ia menupang kepala dengan kedua tangan sambil berkata “sudah lenyap benda itu tersangat jauh perginya, disambar jin dan hantu dibawa kemana tidak tahu”

Setelah mendengarnya anak saudagar itu pun tunduk terdiam tidak berkata2 lagi . Umar Umaiyah pun bangkit berdiri lalu meminta izin untuk pulang dan anak saudagar itu pun masuklah kebiliknya. Umar Umaiyah pun menhampiri pintu itu dicapainya kasut emas dimasukan dalam bokcanya, lalu berjalanlah ia dengan tiada menoleh kekiri kanan lagi lalu pulang ketempatnya.

Ketika Umar Umaiyah tiada, seorang dari fakir anak muridnya telah masuk kedalam bilik tidur Umar Umaiyah. Dibuka bungkusan Umar Umaiyah lalu diambil 10 dinar emas ditanam dibawah sepohon pokok dalam kawasan jirat itu kemudian duduk berdiam diri seperti orang baik2. Setelah Umar Umaiyah balik didapati bungkusannya terbuka lalu diperiksa dan terkejutlah ia kerana wang sebanyak 10 dinar itu telah hilang dan merungut2 ia “ tiada siapa pun makhluk yang ambil dinarku melainkan fakir murid2 ini juga. Aku sangka tiada yang terlebih pandai dariku tetapi sekarang ada pula iyar (pencuri yang bijak) yang lebih pandai dariku. Setelah merungut2 ia pun berdiam diri seakan tiada kehilangan apa2.

Adalah menjadi kebiasaan fakir2 ini setiap pagi mereka pergi kada hajat (buang air besar) pada tempat masing2. Adapun Umar Umaiyah setiap pagi ia mengintai perihal mereka itu. Ada seorang fakir yang mencuri dinar Umar Umaiyah, sebelum kada hajat ia pergi kebawah pokok tempat menanam dinar yang dicuri itu, setelah melihat2 tempat itu barulah ia pergi kada hajat seperti kebiasaannya. Setelah diperhatikan oleh Umar Umaiyah lalu tahulah ia siapa yang mengambil dinarnya itu. Setelah itu fakir2 itu pun duduklah ditempat masing2. Umar Umaiyah pun memanggil fakir yang mencuri dinarnya disuruh kepekan pesara membeli daging. Setelah fakir itu pergi Umar Umaiyah pun pergilah kebawah pokok tempat dinar itu tertanam dan didapati ada seketul batu besar diangkatnya batu itu didapati ada dinarnya lalu diambil. Setelah itu ia pun kada hajat didalam lubang itu dikambusnya baik2 kemudian dikatupnya dengan batu itu. Setelah selesai ia pun baliklah duduk ditempatnya berdiam diri.

Fakir yang disuruh pergi kepekan pesara pun kemudian pulanglah dan memberikan daging yang telah masak kepada Umar Umaiyah lalu ia pun makanlah. Kemudian berhimpunlah segala fakir dihadapannya lalu Umar Umaiyah berkata “ hai sekelian kamu, aku ini adalah gurumu, sekarang aku berniat hendak balik kenegeriku, sebelum aku balik, aku hendak minta doa dengan tuhan lata wa manat supaya menjauhkah dahsyat didalam hati kamu itu, marilah setiap orang pada aku ini” Maka datanglah seorang fakir lalu disapu dan dihembus oleh Umar Umaiyah kepalanya. Demikianlah diperbuatnya setiap fakir yang datang padanya hingga tiba giliran fakir yang mencuri dinarnya itu lalu disapu2nya dada fakir itu sambil berkata “wahai Lata wa manat inilah hambamu yang berhati dahsyat, perjauhilah dari cita2 buruk dan akal pencuri darinya dan berilah akal yang baik padanya” Sambil menyapu2 dada fakir yang mencuri dinarnya Umar Umaiyah pun berkata kepada fakir2 yang lain “ hai segala anak muridku, jangan sesekali mengkhianati gurumu, dan jangan menaruh hajat akan harta orang, jikalau engkau mengambil harta orang menjadi haram bagimu, tambahan pula jika mengambil harta gurumu, nescaya harta itu pada zahirnya bertukar menjadi tahi, najis, inilah saja wasiatku kepada kamu sekelian”. Setelah berpesan semua fakir pun baliklah ketempat masing2. Umar Umaiyah pun masuklah kedalam makam tempatnya sambil mengintai2 akan perihal fakir itu.

Beberapa hari kemudian fakir itu pun pergi kebawah pokok tempat ia menanam dinar itu. Umar Umaiyah mengintai hal fakir yang mengangkat batu penutup lubang itu lalu terkena tahi yang berlumuran dibawah batu pada jari2 dan tapak tangannya, diciumnya lalu terlekat sedikit tahi itu pada hujung hidungnya dan kerana terlalu busuk dan berasa jijik fakir itu pun bersegera lari ketelaga hendak membasuh najis itu. Umar Umaiyah pun melaung2 dan berseru2 “ Siapa yang berlari2 hendak terjun kedalam telaga, segeralah sekelian pergi menolong ia” Maka segala fakir2 yang lain pun terkejutlah lalu masing2 memandang ketelaga dan melihat fakir itu bergopoh lari ketelaga. Maka berlarianlah mereka untuk menghalang fakir pencuri dari terjun ketelaga. Apabila dilihat fakir pencuri akan fakir yang ramai datang menghambat dari belakang, timbullah perasaan takut dalam hatinya kerana menyangka semua fakir itu telah mengetahui rahsianya. Maka semakin pantaslah ia berlari keluar dari jirat itu, kasadnya hendak pergi membasuh tangan dan hidungnya ditempat lain.

Fakir2 yang lain pun terus mengejar dari belakang sambil melaung2 kepada orang yang diluar jirat itu “ hai tuan tuan sekelian, tolong tangkap fakir gila itu kerana ia hendak membuang dirinya kedalam telaga. Maka orang2 itu pun datang mengepung, lalu fakir itu berkata “ Aku tidak gila, aku hendak membasuh tanganku, jangan rapat denganku” Apabila didengar oleh orang2 itu mereka pun menaruh syak dan ada yang berkata “ kalau hendak basuh tangan kenapa ia lari, memang sungguhlah ia gila sebab itu ia berlari”. Maka dikejarlah mereka bersungguh2 hingga dapatlah dicapai oleh seorang dari mereka tangan fakir itu. Lalu terkenalah tahi pada tangan orang itu lalu berkata “cis!, aku pun sudah terkena tahi, aku tak mau lagi menangkap sigila ini kerana ia bermain2 dengan tahi”. Sesudah itu orang ramai pun tidak mahu mengejar lagi. Maka fakir2 itu pun pulanglah dan berceritalah mereka pada Umar Umaiyah perihal fakir pencuri itu telah jadi gila. Maka kata Umar Umaiyah “ bukankah sudah ku katakan menaruh dahsyat dalam hatinya sebab itulah ia menjadi gila, dan jikalau ia datang kemari halau akan dia”. Fakir pencuri itu dari sebab malunya tiadalah ia balik lagi kejirat itu.

Tersebutlah pula kisah anak saudagar itu, setelah Umar Umaiyah pergi, disuruhnya dayang2 pergi mengambil kasut emasnya disuruh simpan. Maka dayang2 pun pergilah berhampiran muka pintu hendak mengambil kasut lalu didapati telah tiada. Dayang itu berkata “ya syeikhah, dimanakah tuanhamba meletakan kasut itu? ia tiada disini”, maka kata anak saudagar itu “ hai dayang2, butakah matamu tidak dapat melihat kasut aku itu?”. Maka jawab dayang2 “ ya sheikhah, tiada kasut itu disini”. Anak saudagar itu pun datang melihat dan tiada kasut pada tempat yang diletaknya lalu katanya “ telah hilanglah pula kasutku dicuri oleh syaitan manusia yang menyerupai dirinya bagai orang yang saleh. Tiada sesiapa yang datang kerumahku melainkan darwish celaka itulah yang mengambil kasutku. Pada malam itu dia jugalah yang mengambil pinggan dan mangkuk ku dan hari ini datang mencuri kasutku, Dimana hendak kucari sicelaka ini?” Maka duduklah anak saudagar berdiam diri dalam kemasyghulannya, tiadalah terlintas dihatinya hendak belajar ilmu tarikat quraisy lagi.


Coolie Version

Rabu, Mac 26, 2008

Bab 02 Bah 3 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA







Umar Umaiyah pun tunduk sujud kepada Raja Abrahah lalu pergi duduk dirumah muwali itu serta menggelarkan dirinya Ra’is al muwali iaitu penghulu segala muwali. Mana2 fakir miskin datang hendak menumpang duduk didalam makam jirat itu dihalaunya tidak diberi duduk, katanya “ nyahlah kamu dari sini, makam ini dikurniai raja kepadaku, sesiapa yang hendak menumpang duduk hendaklah membayar sewa kepadaku”. Fakir miskin itu pun menangislah lalu pergi mengadap raja kemudian raja menitahkan Umar Umaiyah datang mengadap lalu pergilah ia mengadap. Titah baginda “ hai Dam Dam, mengapa engkau halau segala fakir miskin dari makam jirat itu?”. Sembah Umar Umaiyah “ya Syah Alam, segala fakir miskin ini adalah mereka amat makar pada siang dan malam, sentiasa membuat kotor atas kubur yang mulia2 itu, berak dan kencing, langsung tiada hormat pada ahlil kubur itu, apalah gunanya ditaruh mereka didalam makam yang mulia itu”. Kemudian Raja Abrahah bertitah “ benar katamu, jangan beri sesiapa pun duduk dalam makam itu”. Maka sukacitalah Umar Umaiyah lalu pulang kerumahnya dijirat itu.

Kerana tiada tempat lagi hendak duduk fakir miskin itu semua pun bermuafakat lalu bersetuju membayar sewa kepada Ra’is al muwali kemudian pergilah mereka kerumah Umar Umaiyah lalu berkata “ya Ra’is al muwali, benarkan kami duduk didalam makam ini dan kami akan beri sebagaimana permintaanmu itu”. Kata Umar Umaiyah “Bayar setiap orang 1 dinar setiap bulan kepada aku”. Maka redalah segala fakir miskin itu. Kata Umar Umaiyah lagi “ Selain dari itu, setiap orang dari kamu setiap hari, hendaklah masakan makanan beri pada aku”. Segala kehendaknya pun disanggupi oleh fakir miskin dan duduklah mereka disitu membuat khidmat dan menurut segala kata Umar Umaiyah.

Satu hari ditanya Umar Umaiyah pada fakir2 itu “setiap hari kamu pergi kerumah2 meminta makan adakah kamu cam sesiapa yang empunya banyak harta didalam desa ini?”. Sahut mereka “ada seorang anak perempuan seorang saudagar tetapi telah kematian lakinya yang meninggalkan banyak harta, lagi pemurah hatinya, ia perempuan yang alim lagi beriman duduk dijalan anun. Kata Umar Umaiyah “sekiranya esok engkau kesana katakan kepadanya ada seorang mualim yang pandai ilmu tarikat quraisy. Jika ia mahu belajar boleh aku ajarkan padanya”.Maka sahu fakir itu “ya sheikh, esok kami akan pergi kerumahnya memberi tahu kepadanya”.

Keesokan pagi fakir pun pergilah kerumah anak saudagar itu meminta sedekah maka diberi kepadanya. Maka kata fakir “hamba ada ada hajat hendak dimaklumkan, itupun jika sudi mendengarnya”. Kata anak saudagar itu “hai fakir katakanlah hajatmu biar aku dengar”. Kata fakir itu “ada seorang sheikh yang sangat pandai mengajar ilmu tarikat quraisy, jika ingin belajar bolehlah hamba bawa ia kemari mengadap”. Kata anak saudagar itu “aku pun berhajat hendak keMekah belajar ilmu tarikat quraisy kerana mereka yang duduk di Mekah banyak ilmunya.Sekarang engkau berkata ada seorang sheikh yang pandai, bawalah ia kerumahku pada esok malam, aku hendak cuba bertanya padanya”. Setelah itu fakir itu pun balik memberitahu Umar Umaiyah maka ia pun sukacitalah dihatinya kerana beroleh tuah.

Setelah fakir itu balik, anak saudagar itu pun menyiap dan menghias rumahnya, disuruh khadam memasak makanan yang lazat2 kerana hendak menjamu tuan sheikh itu. Keesokan paginya fakir itu pergi berjumpa anak saudagar dan bertanya “sudahkah siap kerana malam ini hamba akan bawa tuan sheikh itu” Kata anak saudagar “aku telah siap, bawalah tuan sheikh itu kemari malam ini” Kemudian fakir itu balik memberitahu Umar Umaiyah. Bersiaplah Umar Umaiyah dengan memakai pakaian cara quraisy, diwarnakan janggutnya dengan warna hitam, putih dan dikenakan pada kepalanya ketopong hitam serta dipantis keningnya dengan dakwat hitam legam. Kemudian dihias fakir miskin itu dengan cara quraisy serta berpesan “ sesiapa yang bertanya kamu katakan kamu ini anak murid dan aku ini gurumu”

Setelah berpesan hari pun hampir petang. Umar Umaiyah dan segala fakir miskin pun berjalan menuju jalan raya. Sambil berjalan Umar Umaiyah tiada putus2 membilang biji tasbih dan sesiapa yang melihatnya berasa gerun kerana menyangka tuan sheikh itu dari orang yang saleh dan ramai anak muridnya. Segala yang melihat tertanya2 sesama sendiri “Dimana diamnya tuan sheikh ini tidak kita ketahui”. Segala perkataan terdengar kepada Umar Umaiyah dan semakinlah bergaya2 lagi lakunya membilang tasbih sambil berjalan.

Tiak berapa lama berjalan sampailah mereka kerumah anak saudagar itu dan dipersilakan masuk dengan pengikutnya dan duduk diatas hamparan yang indah2 dan mulia2. Air mawar pun disembur dan hidangan pun diangkat orang kehadapannya. Umar Umaiyah melihat pinggan mangkuk itu dari emas dan perak kemudian berkatalah ia didalam hatinya “ Sebelum aku ambil sebiji dua pinggan mangkuk ini tiadalah lena aku tidur” Kemudian ia memandang kekiri kanan sambil berkata “siapa yang memanggil aku hendak belajar ilmu quraisy marilah kehadapan supaya boleh aku ajar ia”. Maka sahut anak saudagar dari sebalik tirai “ya tuan sheikh, santaplah dulu makanan itu kemudian barulah tuan hamba ajar hamba ini”.

Umar Umaiyah pu makan sambil memegang mangkuk yang berisi makanan. Setelah selesai diangkat oranglah hidangan dari hadapannya. Dalam masa orang mengangkat bekas hidangan sebiji pinggan emas dan sebiji mangkuk perak telah dimasukan Umar Umaiyah kedalam bokca (uncang). Tanpa disedari siapa pun dengan pantas dikerjakan pekerjaan mencuri itu. Setelah itu ia pergi hampir dengan tirai anak saudagar itu dan berkata “dengarlah hamba ajarkan ilmu tarikat quraisy ini baik2” Kata anak saudagar “sila ajarkan ya sheikh”. Kata Umar Umaiyah “ Ya tuhanku berhala Lata wa Manat, jauhkan hak kami dari diambil oleh pencuri”. Setelah selesai diajarkan iapun berkata “ingatlah baik2 pengajaranku jangan lupa, siang dan malam amalkannya, supaya dipelihara tuhan kita Lata wa Manat itu”

Setelah itu Umar Umaiyah dengan anak murudnya pun baliklah ketempat mereka. Umar Umaiyah pun berpesan “Jangan sesiapa pun keluar dari sini selama 10 hari kerana aku dalam pantang, dan sesiapa yang datang bertanya kamu janganlah berkata2 dengannya takut dimurkai tuhan kita Lata wa Manat sebab aku sudah mengajar ilmuku kepada anak saudagar itu dan seperkara lagi janganlah kamu buka rahsia ini takut ada orang lain juga hendak belajar, sebab anak saudagar itu alim aku suka mengajarnya”. Maka kata fakir2 itu “jika ada orang datang bertanya kami akan diam diri tidak mahu menyahut”. Umar Umaiyah dan fakir2 itu pun duduklah dimakam jirat itu.

Tersebutlah kisah anak saudagar itu, maka pada pagi esok datanglah dayang memberitahu sebiji pinggan emas dan sebutir mangkuk perak telah lenyap dan tidak diketahui siapa yang mengambilnya. Setelah mendengar khabar itu berdebarlah hatinya dan berkata “Pinggan dan mangkuk itu adalah pusaka bundaku yang dikurnia padaku, sekarang sudah lenyap dari mataku, Hai dayang, suruhlah tafahus (selidik sungguh2) cari keserata tempat supaya jumpa hartaku itu”. Maka sembah mak inang , “ya tuan anakanda, jika tidak juga berjumpa pusaka bonda maka telah disambar iblis, pencuri, penyamun yang datang kesini iaitu tuan sheikh yang bijak bistari mengajar anakanda ilmu yang bahari dan harta benda yang dikasih pun habis dicuri. Sesungguhnya hamba syak tuan sheikh itu menyamar diri, kalau benar ia mufti, adakah namanya terkenal keserata negeri? Tiba2 datang sebagai guru menyamar diri, seperti orang berbudi pekerti”.

Sahut anak saudagar itu “ ya mak inang pengasuhku, janganlah dikata demikian kerana tuan sheikh itu daripada orang berilmu tentulah takut berbuat pekerjaan begitu”. Setelah berkata anak saudagar itu pun mennyuruh mak inang mencari keserata tempat dan ceruk tetapi tiada berjumpa ia, dan duduklah ia dalam kemasyghulan. Anak saudagar itu pun tidak menceritakan perihal itu pada sesiapa pun kerana ia anak orang kaya jika satu yang hilang sepuloh ada lagi.

Coolie Version

Selasa, Mac 25, 2008

Bab 02 Bah 2 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA







Setelah sampai kerumah muwali itu pun membaringkan Umar Umaiyah keatas pelantar kemudian disuruh bininya membawa roti dan daging diberi pada Umar Umaiyah kemudian dimakan nya. Kemudian datanglah orang memberitahu muwali itu ada mayat yang hedak ditanam. Muwali itu pun pergilah kejirat dan tinggallah Umar Umaiyah dirumahnya. Setelah selesai pulanglah ia kerumah dan hari pun malamlah, dibuka ikat pinggangnya diberi pada bininya, katanya “ada dinar didalamnya, ambil dan taruhkan dalam peti”, kemudian ia pun pergi mandi. Bininya pun meraba2 tali ikat pinggangnya mencari dinar yang dipesan suaminya tetapi tiada jumpa, hairanlah ia dan duduk melengung. Kemudian datanglah lakinya dan diberitahu tiada dinar pada ikat pinggang itu. Kata muwali “ engkau ini dusta, aku yang menyimpan dinar itu dalamnya, mana perginya?” Bininya pun menunjukan ikat pinggangnya lalu diperiksa tiada dinarnya. Setelah diamati baik2 didapati telah tetas penjahit tempat menyimpan dinar itu. Berkatalah dalam hatinya “ Semasa aku mengangkat musafir itu, telah tetas penjahit itu dan dinar pun gugur pada ditempat itu.

Kemudian dia membawa suar penyuluh disuluh ditempat itu tiada juga ia jumpa dan baliklah ia kerumah dengan kemasyghulan. Ada pun Umar Umaiyah berbaring, menutup matanya pura2 tidur dan terdengar suara laki bini berbantah bantah. Dia berdiam diri tidak berkata sepatah kata pun.

Setelah siang datanglah muwali itu berkata “disebabkan menanggung engkau, aku telah kerugian, hilang duit aku 2 dinar” Jawab Umar Umaiyah “ya akhi, janganlah susah hati, dengan berkat tuhan Lata wa Uzza, mudah2an dikurniakan berlipat kali ganda, dan aku akan mencari ganti untuk engkau”. Muwali itu pun tidak berkata2 lagi dan tunduk senyap. Umar Umayah pun duduklah dirumah muwali itu, tiada keluar berjalan kepasar, takut terjumpa tuan kedai kopi.

Kira2 10 hari lamanya ia duduk disitu, bertanyalah ia pada muwali itu “berapa lamakah engkau menjadi muwali?” jawab muwali itu “sangat lama, aku pun tidak ingat lagi”. Kemudian Umar Umaiyah bertanya lagi “sekian lama ini berapa banyak sedekah yang engkau peroleh?” Jawab muwali itu “apa yang ku peroleh semua habis dibelanja, tiada apa pun yang tinggal, demikianlah hal aku ini” Maka kata Umar Umaiyah “jika kamu ingin banyak dinar dengarlah kataku ini, bawalah aku pergi mengadap Raja Abrahah, aku ingin meminta dari baginda, apa2 yang aku perolehi nanti akan aku beri setengah kepada engkau”. Muwali itu pun sukalah dan berkata “malam esok barulah kita pergi mengadap raja. Maka pada malam itu Umar Umaiyah pun mewarnakan janggut misainya, dipantis keningnya dengan warna hijau, dipakai baju bertampung2 putih, hitam, merah dan kuning. Pada malam itu tiadalah apa2 yang lain dibuatnya melainkan menghias dirinya sahaja.

Pada waktu subuh sebelum naik matahari Umar Umaiyah telah pun bersiap lalu turun dari rumah berdiri dihalaman rumah muwali itu. Pada masa itu isteri muwali itu pun turun hendak keperigi dan terlihat olehnya Umar Umaiyah tetapi tidak dikenalnya disangkanya hantu dan larilah ia tergopoh gapah kedalam biliknya menggerakan lakinya “pada hari ini binasalah kita, penunggu kubur sudah datang kerumah untuk menghalau kita, bangunlah segera melihat penunggu kubur itu” Sebelum muwali itu bangun Umar Umaiyah pun tahulah isteri muwali itu takut padanya kemudian dipakainya kopiah panjang dan ditangannya memegang sebatang tongkat daripada akar kayu yang meliang liuk macam ular kena palu.

Setelah muwali bangun lalu berdiri ditingkap rumahnya, terlihatlah ia pada Umar Umaiyah, tapi tidak dikenalnya lalu bertanya kepada isterinya “itukah penunggu kubur yang kau katakan?” Maka jawab isterinya “ Ini lain rupanya, bukan yang aku lihat tadi”. Maka berbebel2lah keduanya dan segala percakapan didengar oleh Umar Umaiyah lalu ia pura2 berjalan hendak menghampiri rumah muwali itu. Maka tergopoh gapahlah muwali itu menyelak pintu rumahnya dan berkata “ matilah kita diharu oleh jin bedebah ini”. Dan menjeritlah keduanya meminta tolong dari orang lalu lalang dilorong berhampiran situ. Kemudian datanglah beberapa orang yang mendengar jeritan keduanya itu dan apabila dilihat akan rupa Umar Umaiyah maka masing2 pun lari rebah-rimpah, tidak tahu mana perginya. Kemudian muwali itu pun membuka pintu belakang rumahnya dan terjun lari keduanya lintang pukang pergi berselindung dirumah sahabatnya. Maka diceritakan hal penunggu kubur itu pada sahabatnya “sekian lama aku menunggu kubur tidak pernah aku melihat penunggu kubur dengan mata kepalaku, baru sekaranglah aku melihatnya, terlalu hebat, takut aku melihatnya” Sahut sahabatnya “engkau ini sangat dusta, adakah masuk akal? Tidak pernah aku mendengar jirat ada penunggunya”. Kata muwali itu “ hai sahabat, marilah kita pergi bersama2 melihatnya”

Maka keduanya pun berjalanlah.dan apabila sampai dipintu jirat itu keduanya pun memandang kesana kemari tetapi tiada kelihatan apa2 padahal Umar Umaiyah ada berdiri dibelakang keduanya. Dalam keduanya berkata2 Umar Umaiyah pun berdehem dan apabila dilihat muwali itu Umar Umaiyah ada berdiri dibelakangnya maka dengan tiada bertangguh terus lari dan sahabatnya itu bila melihat muwali itu sudah lari ia pun hendak lari juga tapi malangnya kakinya terhalang oleh akar kayu menyebabkan ia rebah kebumi. Umar Umaiyah pun naiklah atas belakangnya serta dipalu pada punggung sahabat muwali itu dengan tongkatnya disuruh cepat2 merangkak, maka menjerit2lah ia dan apabila sudah letih baru dilepaskan nya. Tanpa menoleh2 kebelakang lagi ia pun larilah pulang kerumahnya. Tidak diceritakan pada bininya dan apabila ditanya katanya “diamlah engkau, aku tengah menarik nafas ombak hendak mati, engkau pula datang hendak mengharu aku”. Selepas itu datanglah muwali mendapatkan sahabatnya dan apabila mengetahui hal sahabatnya ia pun terkejut lalu keduanya duduk senyap berdiam diri.

Selepas kejadian itu Umar Umaiyah pun pulang kerumah muwali itu lalu menyalin pakaiannya seperti cara pakainya hari2, iaitu macam seorang ulama. Selepas itu gemparlah orang mengatakan dijirat itu ada jin penunggu kubur sudah diperlihatkan dirinya kepada manusia. Khabar itu akhirnya terdengar pada Raja Abrahah lalu menyuruh menteri pergi menyiasat. Menteri dan pegawainya pun pergilah kejirat itu dan apabila diapati tiada apa pun maka disuruh panggil muwali. Pergilah mereka kerumah muwali tetapi hanya Umar Umaiyah yang ada dan diberitahunya menteri raja hendak berjumpa muwali. Kata Umar Umaiyah “muwali dan isterinya telah pergi kedalam negeri menziarahi kaum keluarganya, disuruh aku menjaga rumahnya”. Orang itu pun menyampai seperti kata Umar Umaiyah kepada menteri dan kata menteri “siapa yang ada dirumah, panggil dia”. Umar Umaiyah pun pergilah mengadap menteri itu. “Siapakah engkau ini?” Sahut Umar Umaiyah “ hamba ini musafir datang dari Mesir kerana menziarahi kubur datuk hamba yang ada dalam jirat ini. 3 hari sudah hamba datang kemari dalam pada itu ada satu hajat hamba hendak persembah pada Raja Abrahah, apabila sudah hamba persembahkan amanah itu barulah hamba balik kenegeri hamba” Maka menteri itu pun mengajak Umar Umaiyah mengikutnya.

Apabila telah sampai kepintu mahligai raja, menteri itu menyuruh Umar Umaiyah tunggu disitu dahulu dan duduklah ia disisi pintu itu. Kemudian datanglah orang menyuruh Umar Umaiyah masuk mengadap lalu ditanya Raja Abrahah “ hai musafir, siapa kamu, apa nama kamu dan apa hajat kamu datang kemari ?” Sembah Umar Umaiyah “Ya Shah Alam, adalah hamba anak cucu Raja Firaun, nama hamba Mualim Sabban dipanggil orang juga akan hamba Dam Dam Firaun, ada pun negeri hamba itu negeri tua”. Titah Raja Abrahah “apakah amanah yang hendak engkau sampaikan itu?”. Sembah Umar Umaiyah “ Ya Shah Alam, adalah datuk hamba Firaun meninggalkan wasiat kepada anak cucunya, barangsiapa yang ada kuasa pergilah kenegeri Yaman menjadi muwali menjaga jirat selama 3 bulan serta menzirahi kubur datuk disitu. Sudah beberapa keturunan tiada sesiapa dapat mengikut wasiat itu sehinggalah datang pada hamba. Sekarang ini hamba ingin menyempurnakan wasiat itu, itu pun sekiranya Duli Syah Alam melimpahkan kurnia memberi izin kepada hamba yang hina ini, bolehlah hamba menyempurnakan wasiat itu”.

Titah Raja Abrahah “ hai Dam Dam, betapa engkau hendak duduk dijirat itu kerana kudengar tersangat keras haru penunggu jirat itu”. Sembah Umar Umaiyah “dengan berkat tinggi daulat Syah Alam, mudah2an dapat jua hamba menghalau penunggu jirat itu” Maka Umar Umaiyah pun mempersembahkan satu syair “raja yang adil, murah hati mengurnia, istimewa dan ikhlas, ditabalkan oleh Lata wa Uzza, lanjut usia, kekal sentosa bersemayam diatas takhtanya”. Apabila Raja Abrahah mendengarnya terlalulah suka hati baginda akan hamba yang menjunjung titah.


Coolie Version

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn