This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Selasa, Ogos 11, 2009

Bab 03 Bah 4 - UMAR UMAIYAH MENJADI KADHI NEGERI YAMAN


http://www.syedazahar.com/



Kemudian Raja Abrahah bertitah “Hai Ra’is al muwali, cubalah putuskan hukum kepada mereka”. Sembah Umar Umaiyah “Daulat Tuanku Duli Shah Alam, jika sekiranya Duli Yang Maha Mulia membenarkan hamba memutuskan hukum keatas mereka ini, dapat patik kerjakan dengan mudah jua”. Maka titah baginda “Hai Ra’is al muwali, cuba engkau putuskan hukum atas perkara ini, aku pun suka hendak mendengar hukuman itu”. Umar umaiyah pun datang menyembah sambil berkata “Daulat Tuanku Shah Alam, bahawa adalah kuda itu asalnya saudagar ini yang empunya, kemudian datang pencuri disambarnya kuda itu dan dijual kepada gembala unta. Sudah itu disambar pula pencuri itu seekor baghal, dibawa dan ditambatkan pada bangsal kuda saudagar. Kemudian kuda itu disambar oleh sipencuri itu dari bangsal gembala unta dibawanya pergi terus ghaib. Inilah halnya akan ketiga mereka ini. Adapun hukum pada saudagar ini, hendaklah ia membayar denda sebanyak antara harga kuda dengan baghal itu, dan berikan pada gembala unta kerana baghal itu ada padanya. Adapun hukum keatas tukang dobi itu pula hendaklah ia membayar seperlapan daripada harga himarnya itukepada gembala unta. Inilah hukum yang sah”.
Setelah Raja Abrahah mendengar hukuman dan huraian Umar Umaiyah, terlalu amat sukacita hati baginda dan dipujinya akan kebijaksanaan Umar Umaiyah. Titah Raja Abrahah “ Hai kadhi, tiada patut engkau ini menjadi kadhi, sedangkan perkara yang sikit ini tidak dapat engkau putuskan. Aku buang akan dikau akan pekerjaanmu”. Maka kadhi itu pun tiadalah terkata kata lagi, lalu pulang kerumahnya, dan orang bertiga itu pun pulang kerumah masing masing duduk dalam kemasyghulan. Maka akan pekerjaan kadhi itu diserahkan pada Umar Umaiyah. Umar Umaiyah pun menjadi kadhi Raja Abrahah, serta menggelarkan dirinya ‘Kadhi al Hijamah’ yakni kadhi yang bijak menghukum keatas rakyat sekelian. Dalam sedikit masa sahaja gah dan masyhurlah namanya pada segala ceruk rantau dalam negeri Yaman, dan Raja Abrahah pun menaruh belas kasihan kepadanya. Maka dia pun bermaharajalelalah, barang siapa memberi suap kepadanya, dipermenangkan akan mereka itu. Demikianlah halnya Umar Umaiyah memegang pekerjaan kadhi itu.
Dalam negeri Yaman ada seorang saudagar yang amat kaya dan mempunyai seorang anak laki-laki. Pada tatkala dia hendak mati, maka dia berwasiat kepada guru anaknya itu, demikianlah bunyinya wasiat itu; “Aku wasiatkan, akan hak hartaku ini diberikan pada anakku, ikut suka hati guru anakku itu”. Setelah berwasiat dia pun matilah. Tidak berapa lama kemudian dituntutlah oleh anak saudagar itu kepada gurunya supaya memberikan harta bapanya itu kepada nya. Maka guru itu tidak mahu member harta itu, katanya “Bapamu berwasiat kepada aku, disuruh beri ikut suka hati aku. Jika aku suka aku beri kepadamu, jika aku tidak suka tiadalah aku mahu beri kepada kamu. Sekarang aku tidak suka hendak memberi kepada kamu’”. Setelah didengar oleh anak saudagar itu, maka pulanglah ia kerumahnya duduk dalam kemasyghulan.
Beberapa hari kemudian anak saudagar itu pergi mendapatkan sahabatnya, dan dikhabarkan halnya pada sahabatnya itu.Maka kata sahabatnya “Marilah kita pergi mendapatkan Kadhi al Hijamah, barangkali tok kadhi dapat memecahkan wasiat bapamu itu”. Maka keduanya pun pergilah kerumah Umar Umaiyah memaklumkan hal ehwal yang telah terjadi itu. Kata Umar Umaiyah “mudah mudahan dapat aku putuskan hukum atas perkara itu, tetapi seperlapan dari harta itu hendaklah kau beri kepadaku”. Maka sahut anak saudagar itu “Jika dapat boleh hamba tunaikan seperti kehendak Tuan kadhi itu”. Kata Umar Umaiyah “Baiklah, sekarang ini pulanglah kerumahmu dan selepas lima hari datanglah berjumpa aku”. Maka pulanglah anak saudagar itu kerumahnya.
Keesokan harinya Umar Umaiyah pun pulanglah ketanah jirat lalu bertanya pada orang yang menjaga jirat “Ya akhi, dimanakah kubur saudagar kaya yang baru mati itu?” Maka ditunjukkanlah oleh penjaga kubur itu kepadanya, lalu dicamkan nya baik baik akan kubur itu, kemudian dia pun balik kerumahnya.Kemudian ditulisnya satu surat demikian bunyinya; “Hai guru anakku, hartaku yang aku wasiatkan kepadamu itu serahkan pada anakku serta dengan labanya”. Setelah sudah ditulis surat itu, dia pun pergi ketanah jirat itu ditanamkannya surat itu pada sama tengah kubur saudagar itu.
Selepas lima hari datanglah anak saudagar itu kepada Umar Umaiyah. Kata Umar Umaiyah “Hai orang muda, pada tiap2 hari hendaklah engkau menziarahi kubur bapamu dan hendaklah kamu mengadu akan halmu kepadanya, dan hal gurumu tidak mahu memberikan hak hartamu itu. Engkau perbuat demikian hingga sampai empat puluh hari. Kemudian datanglah kamu kepadaku”. Maka dikerjakanlah anak saudagar itu seperti nasihat Umar Umaiyah. Setelah genap empat puluh hari datanglah anak saudagar itu berjumpa Umar Umaiyah. Umar Umaiyah pun menyuruh panggil akan guru anak saudagar itu. Setelah guru itu datang berkatalah Umar Umaiyah “Hai mualim,mengapa tiada engkau mahu memberikan harta anak saudagar itu?”. Maka jawab mualim “Ya Tuan kadhi, tiada reda oleh bapanya itu lalu menyebut ‘ikut suka hati hamba’ “. Kata Umar Umaiyah “Bapamu kah saudagar itu atau sahabatmu?”. Sahut mualim “sahabat hamba”. Maka ujar Umar Umaiyah “Jika sekadar sahabatmu, bukanlah harta itu harta hakmu”. Jawab mualim itu “benarlah”. Maka kata Umar Umaiyah “Berilah akan anak simati akan harta dalam milikmu itu. Jawab mualim itu “Jika demikian batalkah wasiat muwassi itu?”. Maka kata Umar Umaiyah “Wasiat itu tidak batal, sungguh pun tiada batal, tetapi haram menaruh harta yang diamanahkan itu”. Kata mualim “Sekali kali tiada aku mahu beri kepadanya” lalu mualim itu pun turun terus balik kerumahnya.
Setelah demikian berkatalah Umar Umaiyah kepada anak saudagar itu “Pada malam ini pergilah engkau kekubur bapamu dan serukan demikian: hai bapaku, beri apalah kiranya kepadaku harta yang engkau serahkan kepada guruku itu’. Seruan itu engkau serukan barang sepuluh kali, kemudian engkau balik kerumahmu. Keesokan hari datanglah mendapatkan aku ”. Setelah itu anak saudagar itu pun baliklah kerumahnya. Maka hari pun malamlah. Dalam gelap malam Umar Umaiyah pun pergilah duduk disebalik kubur saudagar itu. Seketika kemudian datanglah anak saudagar itu bersama sahabatnya, berdiri disisi nisan bapanya lalu berseru seru seperti yang diajarkan oleh Umar Umaiyah itu. Demi diserunya maka disahut oleh Umar Umaiyah dari sebalik kubur itu dengan suara yang amat perlahan “hai anakku, ada satu warkah didadaku, ambil olehmu, bawa pergi sembahkan pada Raja Abrahah, dialah yang dapat memutuskan hukum itu”.
Demi didengar oleh anak saudagar itu sukacitalah hatinya, lalu dia pun baliklah kerumahnya. Keesokan paginya pergilah dia mendapatkan Umar Umaiyah lalu berkata “Ya Datuk kadhi, malam tadi hamba telah pergi ziarah kubur bapa hamba dan terdengar suara dari dalam kubur menyuruh hamba gali dan mengambil satu warkah dari dadanya”. Maka kata Umar Umaiyah “Sungguhkah katamu itu? Jika sungguh seperti katamu, pergilah kau maklumkan pada Raja Abrahah pinta izin kepada baginda sembahkan padanya engkau ingin menggali kubur bapamu itu”. Anak saudagar itu pun pergilah mengadap Raja Abrahah disembahkan kepada baginda akan hal ehwal nya itu. Maka titah baginda “Panggilkan kadhi”. Maka kadhi pun dating mengadapRaja Abrahah lalu baginda mengkhabarkan kepada Umar Umaiyah segala hal ehwal itu. Sembah Umar Umaiyah “Daulat Tuanku Shah Alam, jika sekiranya duli shah alam menyuruh mualim itu pergi bersama sama adalah terlebih baik”. Maka Raja Abrahah pun menyuruh panggil akan mualim itu. Mualim itu pun dating mengadap baginda, kemudian Raja Abrahah bertitah “pergilah engkau bersama sama anak saudagar itu kekubur bapanya. Umar Umaiyah, anak saudagar dan mualim itu pun pergilah kekubur saudagar itu. Umar Umaiyah pun menyuruh anak saudagar itu menggali kubur bapanya lalu dikerjakanlah seperti yang disuruh Umar Umaiyah.
Setelah digali didapati ada sekeping warkah terletak dalam kubur bapanya lalu diambil dan ditunjukan pada Umar Umaiyah dan mualim itu. Maka kata Umar Umaiyah “Jangan sekali kali kau tunjukan kepada kami, tidak mahu kami melihatnya, pergilah kau tunjukan pada Raja Abrahah, bagindalah yang sepatut membacanya. Ketiga tiganya pun pergilah mengadap Raja Abrahah dan anak saudagar itu pun menyembahkan surat itu dihadapan Raja Abrahah. Titah baginda kepada Umar Umaiyah “bacakan olehmu akan surat ini”. Lalu disambut oleh Umar Umaiyah dan dibacakan dengan suara yang nyaring. Setelah dibaca dan didengar baik baik oleh Raja Abrahah, baginda pun bertitah kepada mualim “Ada pun wasiat yang ditinggalkan oleh simati kepadamu, maka pada hari ini batallah ia, bahawa pada wasiat inilah yang sah. Pulangkanlah hak harta saudagar itu serta dengan labanya kepada anaknya ini. Maka sembah mualim ‘Harta itu dapat hamba serahkan tetapi labanya tiadalah dapat hamba serahkan, kerana tiada pada hamba, betapalah hamba hendak memberinya. Titah baginda “engkau pohonlah ampun pada anak simati ini, jika ia redha dapat dimaafkan akan laba itu. Dalam tiga hari ini hendaklah engkau serahkan kepadanya, jika engkau engkar akan hukum aku ini akan kurampas hartamu”. Maka mualim itu pun memulangkan harta saudagar itu kepada anak saudagar beserta dengan labanya. Setelah itu Umar Umaiyah pun menuntut akan habuannya, maka diberilah anak saudagar itu seperti mana yang telah diwaadkan.
Sam Kai Cheong

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn