http://www.syedazahar.com/
Tidak berapa lama kemudian saudagar dan gembala unta itu pun berjalan pergi mencari kuda itu. Dipertengahan jalan bertemulah keduanya dengan seorang yang mencari kuda hitam juga. Maka ketiga tiganya pun duduklah bersama. Ditanya saudagar akan gembala unta itu “ Betapa rupanya kudamu itu?”. Jawab gembala unta “Adalah kudaku itu hitam dan dahinya putih”. Bertanya lagi saudagar “Apa nama jenis kudamu itu?” dan gembala unta menyahut “jenis kuda baghal”. Kemudian ditanya oleh saudagar akan orang yang seorang lagi “Betapa pula rupa kudamu itu?”. Orang itu menjawab “Adapun kudaku itu hitam dan dahinya putih, dan jenisnya himar”. Setelah ketiganya tanya bertanya, berkatalah gembala unta itu “Marilah kita pergi berjumpa datuk nujum, melihat dalam nujumnya kemana perginya kuda kita itu”. Saudagar itu pula bertanya “Dimana ada ahli nujum?”. Sahut gembala unta “Ada seorang sheikh duduk menjaga jirat, dan pandai dalam ilmu nujum, marilah kita pergi kepadanya. Maka pergilah ketiga tiganya ketempat tinggal Umar Umaiyah.
Sebelum mereka itu hampir pada makam tempat tinggalnya itu, Umar Umaiyah pun kenallah akan ketiga tiganya dan berkata dalam hatinya “Mereka ini datang hendak menangkap aku kerana memperdayakan mereka, lebih baik aku merupakan diriku sebagai pendita supaya tidak dikenal”. Setelah itu dia pun masuk kebilik dan memakai pakaian cara pendita sambil memegang dan membilang biji tasbih. Setelah sampai ketiganya mereka pun menberi salam pada Umar Umaiyah dan disambut akan salam mereka itu dan disuruh ketiganya duduk dihadapan nya. Umar Umaiyah bertanya kepada mereka “Tuan tuan ini datang kemari ada apa apa hajat?”. Lalu saudagar itu berkata “Ya Sheikh, ada pun kami ini kehilangan kuda dan hendakkan Tuan Sheikh menilik didalam nujum kemana perginya, kuda kami itu siapa yang mengambilnya tolonglah lihat baik baik dalam nujum tuan hamba. Manakala juga, nanti kami beri tuan hamba dinar ‘penebus ibarat’ tuan hamba itu.
Setelah Umar Umaiyah mendengar kata saudagar itu, dia pun berkata “ Demi tuhan lata wa manat, dapat aku menilik pencuri yang mengambil kuda kamu itu” lalu digarisnya dua tanda garisan, satu hitam dan satu merah. Kemudian disuruh saudagar itu meletakan tapak tangan kanan pada tanda garisan itu. “Niatkanlah dalam hati kamu baik baik kemudian peganglah salah satu tanda garisan itu”. Saudagar itu pun meletakan tangannya pada tanda garisan hitam. Kemudian disuruh pula gembala unta itu meletakan tangannya dan gembala unta itu meletakan tangannya pada garisan merah. Kemudian disuruh pula pada orang yang seorang lagi maka orang itu pun meletakan tangannya pada garisan hitam.
Apabila selesai ketiga tiganya meletakan tangan Umar Umaiyah pun menggeleng geleng kepalanya serta menbeliakan biji matanya sambil memandang kelangit dan mengurut ngurut janggutnya. Setelah itu ia pun menunjuk dengan jari telunjuk pada saudagar itu seraya berkata “Ya Tuan, kuda hitammu itu ghaib dan baghal ada dirumahmu, adakah pada masa ini baghal merah ada dirumahmu?”. Jawab saudagar itu “Benar, ada”. Ditanya pula Umar Umaiyah akan gembala unta pula “ Yakah kedua dua baghal dan kudamu sudah ghaib?” Jawab gembala unta itu “ Ya, Benar”. Lalu ditanya pula pada orang yang seorang lagi “ Kuda hitammu ghaib tetapi baghal ada dirumahmu, benarkah?. Maka jawab orang itu “benar ya sheikh”.
Kemudian Umar Umaiyah bertanya kepada gembala unta itu “Apa ada tanda pada baghalmu itu?”. Sahut gembala unta itu, “Ada satu tanda hitam diperutnya”. Ditanya Umar Umaiyah lagi “Betapa engkau mengetahui tanda itu?”. Lalu jawab gembala unta itu “Ditunjuk akan daku oleh tuannya tatkala dia menjual baghal itu kepadaku”. Maka kata Umar Umaiyah “Jika sungguh seperti katamu itu, pergilah kau lihat betapa rupanya baghal yang ada dirumah saudagar itu”. Maka gembala unta pergilah melihat baghal yang tertambat dibangsal saudagar itu, dan dilihatnya ada tanda hitam pada perut baghal itu, lalu pergilah dia mendapatkan Umar Umaiyah seraya berkata “ Ya Sheikh, ada tanda hitam diperutnya dan lagi hamba cam baik baik itulah baghal hamba”. Maka kata Umar Umaiyah “Jika demikian ketiga tiga kamu ini adalah pencuri, mencuri harta seseorang oleh seseorang, selepas itu hendak memperlindung diri masing masing pula, datang kemari menyuruh aku melihat didalam nujum. Tidak akan kulepaskan kamu bertiga ini, hendak kuhantar pergi mengadap raja negeri ini. Raja Abrahah itulah yang dapat menghukumkan kamu, dan aku sendiri hendak mempersembahkan hal ini. Sekarang ini katakanlah kepada aku hal kamu sekelian dengan sebenarnya supaya aku ketahui.
Maka kata saudagar itu “Ya Sheikh, aku berkata dusta, dengarlah aku riwayatkan akan perihal aku ini” Maka kata Umar Umaiyah “Katalah olehmu dengan sebenarnya”. Saudagar itu pun berkata “Adalah hamba ini saudagar yang duduk berniaga dalam negeri ini. Satu hari datang seorang miskin minta pekerjaan menjaga kuda hamba dan hamba menerima dia bekerja menjaga kuda.Tiada berapa hari kemudian ghaiblah kuda hamba, tiba tiba datang gembala unta ini mencari kudanya, konon hilang. Kemudian hamba bersamanya pun keluarlah mencari kuda itu lalu bertemu dengan rakan ini, kudanya pun hilang juga. Kemudian kami bertiga pun datang kemari mengadap Tuan Sheikh minta lihat dalam nujum kemana hilangnya kuda kami itu. Demikianlah perihal hamba ini”.
Setelah itu Umar Umaiyah pun menyuruh gembala unta menceritakan halnya. Kata gembala unta itu “Ya Sheikh, Hamba ini gembala unta dan menaruh banyak unta hamba dalam dusun Anu. Satu hari datang seorang musafir menjual baghal kepada hamba. Katanya dalam sedikit hari lagi baghal ini akan bertukar menjadi bapak kuda hitam berdahi putih. Maka hamba jagalah baghal itu baik baik. Dalam pada beberapa hari seperti pesan musafir itu, baghal itu pun sudah bertukar rupa menjadi kuda hitam, berdahi putih. Hamba pun sukacitalah dan sentiasa memelihara kuda itu. Tiada berapa lama kemudian setelah memperoleh kuda itu, hamba pun pergilah kedusun bapa hamba, dua tiga hari kemudian baliklah hamba kerumah, maka hamba lihat bapak kuda hitam itu telah ghaib, hilanglah ia pada mata hamba.. Sesudah itu hamba pun keluar pergi mencari hingga sampai kerumah saudagar in. Dia pun mengadu hal kehilangan bapak kuda hitamnya, lalu kami berdua bersama-sama keluar mencari lalu berjumpa dengan rakan yang seorang ini. Dia pun mengadu akan kehilangan kudanya. Setelah itu hamba bertiga pun datanglah mengadap tuan hamba pinta lihat dalam nujum kemana perginya kuda itu”.
Setelah selesai gembala unta itu menceritakan halnya Umar Umaiyah pun menyuruh orang yang seorang lagi menceritakan halnya. Orang itu berkata “Ya Tuan Sheikh yang beriman, ada pun hamba ini tukang dobi Raja Abrahah. Lama sudah hamba bekerja tidak terdaya lagi hendak berjalan kerana sangat daif tubuh badan hamba. Pada satu hari seorang musafir datang menjual kuda hitam berdahi putih lalu hamba pun membelinya., kasad hamba ingin mengenderai akan ia. Tidak berapa lama kemudian kuda itu pun ghaiblah dari tempat yang hamba tambatkan. Pada tempat kuda itu hamba lihat ada seekor himar tertambat. Ketika itu pada sangka hati hamba kerana kuda itu takut akan himar lalu larilah ia pada tempatnya. Maka hamba pun keluarlah mencari kuda itu dan bertemu dengan kedua rakan ini lalu diajak hamba kemari hendak pinta tuan hamba tengok didalam nujum. Inilah hal hamba”.
Ketika itu Umar Umaiyah berkata dalam hatinya “Jika aku putuskan hukumnya nescaya ketiga tiga nya tidak mahu menurut hukumku, maka terlebih baik aku meminta mereka bertemu kadhi, maka kadhilah yang dapat menghukumnya”. Setelah itu dia berkata “Marilah kita pergi bertemu kadhi kerana kadhi jugalah yang memegang hukum negeri”. Lalu mereka bertiga dan Umar Umaiyah pun pergi mengadap kadhi lalu dimaklumkan Umar Umaiyah akan hal ehwal mereka itu. Lalu kadhi pun tunduk berfikir kemudian berkata kepada Umar Umaiyah “Hai Ra’is al muwali, bagaimana aku hendak memutuskan hukum atas mereka kerana mereka tidak ada saksi yang sah yang mengatakan kehilangan kudanya, dan lagi kuda itu ghaib. Sekiranya kuda itu ada pada sesiapa antara ketiganya, dapatlah aku menghukum akan orang yang menaruh kuda itu. Pergilah kamu sekelian mengadap Raja Abrahah, bagindalah yang berkuasa menghukum perkara yang sedemikian itu.
Setelah itu Umar Umaiyah dan ketiga tiga orang itu pergi mengadap Raja Abrahah. Titah baginda pada Umar Umaiyah “Hai Ra’is al muwali, khabarkan kepadaku akan hal mereka bertiga itu”. Sembah Umar Umaiyah “ Ya Shah Alam, adalah hamba ini ialah hamba kepada khadam duli Shah Alam. Sekian lamanya sudah hamba duduk dalam peliharaan Shah Alam, tidak pernah hamba mendengar barang suatu perkara ajaib seperti perkara orang bertiga ini”. Maka titah Raja Abrahah “Hai Ra’is al muwali, khabarkanlah kepadaku perihal ketiga mereka itu”. Maka Umar Umaiyah pun mempersembahkan kepada Raja Abrahah akan hal ehwal mereka itu.
Setelah mendengar sembah Umar Umaiyah, Raja Abrahah pun tunduk berfikir. Sejurus kemudian baginda pun bertitah suruh panggil kadhi. Maka kadhi pun sampailah lalu baginda menyuruh kadhi memutus hukum akan perkara itu. Sembah kadhi “Daulat Tuanku, Duli Shah Alam tiadalah dapat hamba putus hukum akan mereka itu kerana tiada saksi yang mengatakan kuda mereka itu hilang”. Titah baginda “Jika tiada saksi tidakkah dapat diputuskan hukum atas perkara ini?”. Kemudian baginda memandang kepada Umar Umaiyah sambil bertitah “ Hai Ra’is al muwali, apa katamu kerana tiadalah dapat kami putuskan hukum atas mereka ini”. Sembah Umar Umaiyah “ Daulat Tuanku Shah Alam, ajaiblah hamba mendengar sembah datuk kadhi itu, bahawa seperti yang hamba maklum, adapun kadhi itu pekerjaannya menghukumkan orang dengan hukuman yang menurut keadilan. Siapakah lagi yang dapat menghukumkan perkara yang demikian itu melainkan kadhi jugalah. Jika kadhi tidak dapat menghukumkan, haruslah dibuang kadhi itu dari jawatannya”. Maka titah baginda “Benar seperti katamu itu, patut dibuang sekarang ini juga”.

0 komen sini:
Catat Ulasan