Kawalan burung seperti gagak boleh dilakukan dengan berbagai kaedah. Jika kaedah dapat disepadukan hasilnya mungkin lebih baik lagi. Disebabkan kami tak ada senapang maka kaedah
umpan racun digunakan. Roti dicampur dengan zinc phosphide kemudian diisi dalam pembungkus polystyrene kemudian diisi dalam beg plastik merah.
Hasil tinjauan kami dapati gagak suka kepada bekas begini kerana menyangka ada sisa makanan. Umpan yang diletakan kemudian menjadi tarikan gagak. Bekas polystyrenebeserta umpan tu habis dipelahab gagak durjana tu dan hasilnya selepas beberapa jam (dan hari) kami dapati tak ada seekor pun yg mati. Ni tak boleh jadi! Gagak buat sarang tinggi yg ia jangka selamat dari musuh. Keunikan sarang gagak yang kami
temui ialah ia di bina dari dawai dan dibelit pada ranting pokok, ada juga dawai yg telah terbenam kedalam ranting apabila dahan tu membesar, dan plyer mesti digunakan untuk
memotong dawai tersebut sebelum sarang dibawa turun. Gagak yg dipantau mungkin bertelur setahun sekali. Setiap sarang mempunyai dua biji telur,dan kadang2 ada yg tiga biji. Selalunya semua menetas.Bandingan telur gagak dengan kotak rokok dan jam.
Dengan memusnahkan sarang, telur, dan anak gagak, populasi tika itu mungkin dapat dikawal. Kaedah lain bagi menghapus gagak dewasa seperti menembak perlu dilakukan jika serius mahu mengawal gagak. Kelihatan anak gagak yang baru menetas, dan sebagai fumigator kami boleh saja buboh gagak tersebut dalam plastik dan lepaskan MB, tapi kami tak buat macam tu, kebetulan ada satu orang kepingin nak makan sup gagak, dan kami beri gagak2 tu pada dia. Esok nya kami tanya apa rasa gagak tu, katanya sedap dan manis! Dia ada resepi.
0 komen sini:
Catat Ulasan