This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Selasa, Oktober 23, 2007

Kaki Lipan



Kaki lipan atau mata lipan atau ntah apa nama lagi agak serupa juga bentuknya macam mata gergaji (gambar bawah) tapi tang membezakan nya ialah kelopak daun yang lebih tebal serta juntaian daun nya yg boleh berjuntai sepanjang 20 kaki jika digantung tinggi.
Mata gergaji pula bersaiz agak kecil sedikit dan juntaian nya pun tak panjang sangat. Ending juntaian adalah macam benang kasar lebihkurang tiga empat lima helai.

Isnin, Oktober 22, 2007

Pest Management




Mr Ervin V Jordan ialah kawan lama saya dan kami biasa bekerja bersama. Kini beliau menjalankan perniagaan renovation rumah dan lanskap. Beliau mengasaskan Pest Management 17 tahun dahulu dan menjalankan kerja kawalan perosak. Beliau boleh dihubungi ditalian 0192211834 (siang saja, jangan call malam2)



Daun Pandan Serani

Ini ialah daun pandan wangi, yang biasa digunakan untuk wangikan nasi lemak atau pengat yang dimasak. Selain tu boleh juga dibuat bunga rampai untuk majlis kawin dsb, manakala gambar
ini ialah Daun Pandan Serani. Pokok ini biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan luar rumah dan boleh juga dijadikan hiasan dalaman macam gambar ni. Tapi daun pandan ini tidaklah berbau wangi. Boleh kata tak ada bau. Daun pandan serani boleh juga digunakan dalam masakan. Jika kita membuat sekaya (makan ngan pulut) daun ini akan ditumbuk dan diambil patinya yang hijau pekat kemudian disebatikan dengan adunan sekaya tersebut sebelum dimasak. Jika kita menggunakan pati daun pandan wangi tidak sesuai kerana daun pandan wangi berasa pahit sedangkan daun pandan serani memang manis dan boleh dimakan begitu saja. Kalau tak percaya kunyahlah daun tu apa rasa?

Jumaat, Oktober 19, 2007

Merpati (pigeon)



Bahagian tingkat atas apartment 'mewah' di Negeri Sembilan. Sekumpulan merpati yang bersarang ditingkat atas bangunan ni telah menyebabkan ia tercemar dengan najis, bangkai burung, telor tembelang, kelonsong telur tidak termasuk segala kuman dan bakteria. Selain itu ia membekalkan halwa hidung untuk penghuni sekitar tempat tu. Dia tak kena lagi bird flu itu pasal tak takut.


Khamis, Oktober 18, 2007

Kellie's Castle



Sejarah - klik untuk besarkan
Kellie's Castle berada antara perjalanan dari Gopeng ke Sri Iskandar. Untuk melihat gambar yang lain sila ke box dibawah ini.

Merak kayangan



Burung Merak burung tercantik didunia.
Lokasi: Gopeng

Mengkuang



Pokok mengkuang dan buahnya.
Lokasi: Kemaman

Pokok mengkuang boleh dianyam menjadi barangan kraftangan seperti tikar, tudung saji, bakul dan macam2 lagi. Buah mengkuang pula boleh dimakan tapi manusia tak makan.

Selasa, Oktober 16, 2007

Bonsai



Lokasi:- Sepang
Lokasi:- Bt Pahat
Lokasi:- Sg Buloh

Antara koleksi gambar bonsai. Gambar yang paling atas tu ialah bonsai saya punya.

Bidara



Inilah pohon bidara yang lebat dengan buahnya. Buah bidara ni sedap jugak kalau makan, ada rasa macam epal pulak. Kalau nak makan cari yang dah kuning sikit, jangan yang hijau tak sedap, tapi awas, kadang2 ada ulat. Sebenarnya ulat tu memang kita boleh makan, kalau tak percaya makanlah ulat tu. (Klik gambar untuk besarkan)

Lokasi: Alor Star, Kedah

Raya Mood - Bunga Api



Walaupun mercun dan bunga api bukan adat budaya orang melayu, tapi bila musimraya bunga api ini akan wujud. Seingat saya bunga api das macam dalam gambar nidah ada sejak lebih 40 tahun dulu. Tapi sekarang dah ada macam2 jenis, yang macamkat klcc dan dataran merdeka pun dah boleh main kat rumah sekarang ni. Rasanya, walaupun mercun dan bunga api ni diharamkan, ataupun sekejap boleh sekejap takboleh, ia tetap akan wujud juga dan kita merelakan ia sebagai sebahagian budaya kita.

Isnin, Oktober 15, 2007

Bomba Antik



Sebuah kereta bomba antik kepunyaan Keretapi Tanah Melayu. Saya harap benda ni dibaik pulih dan dikekalkan keadaan asalnya. Jabatan KJJ itu ialah Jab Kejuruteraan Jurutera Jentera (agaknya).

KECUBONG



Pokok dan close up buah kecubong. Kemungkinan buah kecubong ni beracun dan ada yang kata boleh buat ubat. Tapi ubat apa tak tau lah. Ada orang tua yang bercerita, pada zaman komunis dulu buah kecubong ni dimasak buat lauk dan diberi makan kepada anggota komunis. Komunis ni kemudian mabuk dan tertidur, selepas tu barulah komunis tersebut dapat ditangkap. Ni cerita orang, mungkin kes terpencil. Bagaimana pun idea ni elok sangat. Kalau ada yang kaki stim bolehlah pekena buah kecubong ni bagi gantikan dadah atau arak. Selain boleh dimasak buat lauk, boleh juga dibuat minuman juice. Polis pun tak boleh tangkap, ada berani mau test?

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Lokasi: Paritt Kemang

UPDATED:- Link keracunan kecubong


Cincin Batu Kecubong

Selain dari nama pokok, nama batu yang berwarna ungu ini juga dipanggil kecubong. Kata orang kalau orang lelaki memakai cincin batu kecubong, orang perempuan akan sayang. Pasal tu lah aku pun pakai satu. Hasil nya... aku aje yang tau.

Marhaban Ya Ba ra an




Keunikan beraya dikampung ialah kunjungan beramai2 pemuda kampung kesetiap rumah dimukim tersebut. Mereka akan 'marhaban' (jawa kata ba ra an). Selepas mereka selesai satu ucapan ringkas akan diberi oleh wakil mereka memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan lalu, dan tuan rumah pula akan menjawab ucapan tersebut, kemudian bersalam2an dan mereka akan menuju kerumah yang lain pula. Kita yang tinggal dibandar besar ada ke bende macam ni? ntahlah! Peristiwa dirakam di Kg Parit Kaseh, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Tahniah orang Johor khasnya pemuda yang meneruskan kesinambungan orang dulu2.

Jumaat, Oktober 12, 2007

Salam Aidil Fithri 1428 Hijrah



Dihari yang penuh barakah dan kemenangan ini saya sekeluarga mengucapkan selamat
Hari Raya Aidil Fithri 1428 H, pohon maaf zahir dan batin


Khamis, Oktober 11, 2007

Wajah Baru menyambut Syawal



Webfetti.com

Kini blog saya telah berwajah baru setelah diubah dari dua kolum menjadi tiga sekarang, itupun sempena menyambut kedatangan bulan Syawal. Kalau ada sapa2 nak ubah blog boleh dapatkan tip dia kat "box" (lain2 informasi) saya kat bawah ni atau download kat sini. Selamat mencuba.

Rabu, Oktober 10, 2007

Takziah - Puan Nora



Pn Nora

-Al Fatehah -
Ibu kepada Puan Nora (UF Nilai) telah kembali keRahmatullah pagi tadi. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yang diredhai Allah. Semoga keluarga ini dapat bersabar atas kehilangan orang tersayang menjelang syawal ini.

Selasa, Oktober 09, 2007

Burung cap apa?





Nama burung ni saya tak tahu. Badan lebih kurang saiz gagak dan berekor panjang.
Burung ni bukan jenis pest sebab tak pernah jumpa burung ni ganggu urusan orang.

lokasi: Hulu Kelang
UPDATED : From Wikipedia:- The Asian Koel is a brood parasite that lays its eggs in the nests of crows and other hosts, where the young are raised by the foster parents. They are unusual among the cuckoos in being largely frugivorous as adults.

Warehouse - UFSB Port Klang



Warehouse UF di Port Klang. Kawasan berbumbung dan tertutup

Luas. Dilengkapi kemudahan haulier, side loader dan forklift.
Boleh menempatkan 30 kontena pada satu satu masa.

En Syed Basir - Operation Manager (Fumigation) Port Klang

En Salim Abd Hamid - Penghulu kat warehouse ni. Nak apa2 tanya dia dulu.

Member2 technician kat warehouse. Sedang tunggu kontena sampai.

Isnin, Oktober 08, 2007

BANTAHAN TERHADAP PINDAAN DALAM AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI & AKTA KESATUAN SEKERJA Petition

Pengguguran Janin





















































E mail yang di foward pada saya:-

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata... Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Karam Singh Walia (?) Melaporkan Untuk Buletin Utama, TV3 !!

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn