This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Jumaat, September 05, 2008

Bangsa Malaysia - Rakyat berbilang kaum



Saya kutip gambar ni kat http://malaysianunplug.blogspot.com/. Cuba lihat kata-kata orang politik: Anak Melayu anak KITA, Anak Cina anak KITA, Anak India anak KITA, mengapa harus kita bezakan? - Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Itu pendapat dia, pendapat saya ialah Anak melayu tetap anak melayu, anak cina tetap anak cina, anak india tak boleh jadi anak melayu atau anak cina, jadi anak angkat bolehlah, Allah menjadikan manusia itu berbagai bangsa supaya dapat kita mengenali antara satu sama lain.
Kalau DSAI tidak mahu bezakan bangsa dan memperjuangkan persamaan hak, bolehlah teruskan, siapa yang suka bolehlah ikut ideologi dia, sapa tak suka bolehlah bangkang dia asalkan semuanya dibuat secara sehat.
Lepas tu ada pulak gambar Chong Wei berpelukan dengan Misbun Sidek. Rasanya motif nya tentulah berkenaan dengan sukan. Ini adalah satu keterangan yang mengeksploitasi gambar tersebut. Mereka boleh kata Anak Bangsa Malaysia itu tidak salah tapi yang salah ialah mereka kata bukan bangsa melayu atau cina. Kau orang ni sekolah kat mana? belajar ngan saper? Sapa che'gu kau?
Anak bangsa Malaysia terdiri dari berbagai keturunan melayu, india cina, serani macam macam ada belum nak sebut yang ada kat Sabah dan Sarawak. belum lagi nak sebut yang langsung tidak tahu nak berbahasa melayu tapi masih nak mengaku warganegara Malaysia.
Misbun berbangsa Melayu manakala Chong Wei berbangsa Cina, tetapi kedua-dua mereka adalah rakyat Malaysia, itu pendapat saya dan saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kg Baru KL, Chegu saya bernama Che'gu Halim, sampai darjah 6 saja sebab saya tak masuk U.
Apapun yang ingin anda perjuangkan, bolehlah anda teruskan tetapi biarlah ianya mengandungi fakta yang betul.
APA PUN BOLEH SAYA TERIMA, YANG SAYA TIDAK BOLEH TERIMA IALAH BILA ANDA PREJUDIS TERHADAP ISLAM - ANDA AKAN SAYA KUTUK DAN LAKNAT

Coolie Version

0 komen sini:

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn