This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Isnin, November 02, 2009

Dr Asri, JAIS, YADIM dan Rasul Melayu Haji Kahar



www.syedazahar.com

Mutakhir ini kita lihat betapa hebatnya JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor buat kerja. Yang hari ni punya cerita mereka dah kantoi Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya mengajar tanpa tauliah. Malam2 mereka pergi buat serbuan, bawa 35 anggota siap ngan polis nya sekali. Bangang betullah mereka ni kalau baru mendapat berita tapi tak tahu mana sahihnya dah buat keputusan nak tangkap orang, pastu suruh orang tu hadhir mahkamah, akhirnya tak ada apa2 tuduhan. Tak ke bangang tu namanya. Habis duit rakyat kamu salahgunakan hanya kerana perkara ini. Dah tu perbuatan itu jelas telah menimbulkan fithnah. Woi Pak Pak Aji sekelian, korang pi serbu disko atau kelab dangdut pun boleh tangkap ramai orang buat maksiat atau paling kurang korang pi sembahyang tahajud tengah2 malam, banyak pahalanya (tak kan korang tak tahu – mengaji tinggi). Ini korang pi kacau majlis ilmu. Korang tahu tak hukumnya? Mestilah tahu pasal korang mengaji tinggi. Ada pulak dengar cerita ada dalang balik tabir, tak tahulah sapa tu tapi Dr Asri ada minta Ketua Juruaudit Negara periksa YADIM diketuai oleh Al Ustaz Nakhaiee. Ada yang tak kena ke kat situ? Dan lagi tersebut juga cerita hal Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) hantar memorandum pada Agong. Semua cerita dah keluar. PPSM ni pulak bila nak juangkan hukum hudud? Ni asyik jadi loyar nikah kahwin cerai tuntut harta (dapatlah kat korang sikit buat menimbunkan khazanah dunia dalam pelukan), sampai bila kot? Kalau boleh biarlah presidennya satu hari jadi mufti mana2 negeri kat malaysia ni, maklumlah mengaji tinggi.
Lagi satu hal si JAIS ni, berkenaan RASUL MELAYU HAJI KAHAR. Haji Kahar kat Kemensah,Hulu Kelang semua orang kampung dah tahu sapa dia. Dia nak merapu ke nak mengarut ke tak ada sapa ikut dia kecuali yg berfikiran tahap lebih rendah dari Hj Kahar. Dia pergi sembahyang Jumaat atau dia ponteng pun ada orang intai. Yang intai pun tak gi semayang jumaat, tak kelakar ke tu, kuali nak kata bontot belanga hitam? Tak sudah2 dengan Hj Kahar sampailah dia dihukum. Yang nak dipertikaikan ialah hukuman yang dikenakan pada Hj Kahar. Kena 10 tahun penjara dan denda RM 16,000 atau tambah lagi jumlah penjara kalau tak mampu bayar denda. Lepas tu enam bulan sebelum dibebaskan mahkamah perintah kursus pemulihan akidah. Tak masuk akal. Umur Hj Kahar dah 59 tahun. Kena 10 tahun dah umur dekat 70 tahun baru lepas. Kalau tak mampu jelaskan denda RM 16,000 tu tambah beberapa tahun lagi, umur 70’an baru boleh keluar… oopppp pergi kursus pemulihan akidah dulu.
Katalah Hj Kahar ni pendek umur takdirnya mati dalam penjara, sempat tak akidahnya dipulihkan? Kalau tak sempat sapa yang salah? Hj Kahar dah tobat, dah minta ampun dah kat Agong dan orang awam, juga seru supaya pengikutnya (kunun) bertaubat dan dia dijatuhi hukuman dunia. Ada sapa2 nak tolong jawabkan untuk Hj Kahar ni kat Padang Mahsyar kalau tak sempat taubat sebab dikurung ditirai besi? Bagaimana pula dengan pengikutnya? Dah berapa ramai yang dikenal pasti? Tak tangkap ke dia orang ni suruh betulkan akidah? Tak kan Hj Kahar saja? Kerja apa JAIS buat? Saya sebagai rakyat yang rendah ilmu tak mengaji timur tengah pun dah boleh mencium kerja lepas batuk ditangga oleh JAIS. Tak malukah ada rakyat tak berapa bijak macam saya ni memperlekehkan JAIS? Asyik nak makan gaji buta, buat kerja selalu prejudis pada sebelah pihak. Mana dia ulamak ulamak tak ada ke nak tegur2 sikit? Jangan nanti rakyat yang tak mengaji tinggi macam saya ni panggil kamu semua sebagai SYAITAN BISU!


Sam Kai Cheong

Nik Aziz, keturunan Syed Syed dan jugak suratkhabar macam yahudi



www.syedazahar.com


Syed Harun Al Idrus


Dua tiga hari lepas sebuklah suratkhabar membawa tajuk Tuan Guru Nik Aziz menghina keturunan SYED. Ini semua gara-gara perang mulut ngan sedara jauh saya Syed Ali Al-Habsyi (tak kenai pun) orang kuat UMNO . Mula-mula rasa nak marah jugak ngan orang tua tu, tapi mujurlah teringat akan kerja-kerja orang suratkhabar yang kebiasaannya mencari berita-berita sensasi dan kemudian diputarbelit bagi memuaskan hati tuan-tuan mereka. Kemudian barulah dapat berita alternatif dan tahulah kita kedudukan sebenar.
Sebenarnya keturunan Syed ni macam manusia biasa jugak, tak der lebih kurang ngan orang lain. Dalam Quran bagitahu orang yang mulia disisi tuhan ialah mereka yang beriman dan bertakwa, takde sebut pun pasal syed. Syed ni pun hanyalah keturunan dari Saidina Ali r.a. sepupu Nabi Muhamad SAW, dan berkahwin ngan anak perempuan nabi Fatimah r.a. Pakcik nabi Abu Talib yang banyak menolong dan membantu nabi dikala susah, kuat menyokong perjuangan Islam, tapi beliau tidak beriman ... apa jadi? Mati bukan dalam Islam. Nabi boleh tolong tak bagi syafaat nanti? Ada jugak Pakcik2 nabi yang lain macam Abu Lahab, siap ada cerita nya dalam Quran, apa jadi? Sedara dekat nabi, pak cik lagi tu,tapi neraka jugak.... sebab tak ikut Islam. Syed Syed ni kalau tak ikut ajaran Islam takut2 kena humban dalam neraka jahanam. Eh bukan takut2 tapi gerenti dihumban kesana.
Jadi tak terkecualilah golongan syed ni. Kalau dah tahu awak tu golongan syed tolonglah berjuang tegakan syiar rasul SAW, bukan duduk dalam golongan sekular, bukan menentang jemaah Islam yang nak bawa syiar ugama. Buat malu jadi syed saja kalau ajaran tok nenek sendiri pun tak mahu ikut. Bukan ajaran sesat macam Ayah Pin. Saidina Ali dia ikut Rasullullah SAW, anak cucu dia pulak yang buat hal. Ada yang terus memalukan golongan syed ni dengan fe’el dan tingkahlaku tak senonoh mcm minum arak, zina, judi, rasuah dan segala kemungkaran dan yang pompuan pula ada yang terlebih mendedahkan urat. Tunjuk pusat terjelir pun ada. Takpelah cantik seksi dan stim. Esok rasalah stim api neraka dalam kubur. Ada jugak syed syed yang terlampau assabiyah dan kepuakan. Kalau nak kahwinkan anak mestilah dari golongan syed dan syarifah, tak kira lah al atas ke albawah ke, janji dari satu golongan. Itu hak kamulah tetapi lebih afdal lah kalau kita alirkan darah syed ni kesemua bangsa. Kebanyakan syed syed buat gitu (Cuma sekumpulan kecil yang assabiyah). Tu pasallah syed ni ada yg melayu, ada yang india, ada afrika ada cina (e.g Ma Cheng Ho) ada macam2 lagi. Dia punya salasilah pun macam2 al ada alattas, alsagoff, alhabshi dll. Kat malaysia ni al buaya pun ada
Tu nak katalah kat sedara sedara saya yang syed syed tu dan juga kata kat diri saya sendiri. Tapi yang lebih penting kita nak kata ni ialah kat golongan yang suka mengadu domba, yang ingin memecah belahkan manusia. Orang macam ni tempatnya kat neraka jahanam, tak caya tanyalah kat mana mana ustaz pun tapi jangan tanya kat Ayah Pin sebab Ayah Pin ni kalau mati tak sempat taubat, dalam nerakalah dia, hum fiha khalidun.
Yahudi ada banyak perangai busuk antaranya ialah suka mengadu domba, bawa berita palsu. Tak layak pun bagi nama negara tu Israel patut bagi nama Yahudi State atau Jew Country. Sebab orang Israel ada yang beriman dan ramai nabi2 dari bangsa Israel. Yang jahat ialah yahudi. ORANG SURAT KHABAR pun samalah perangai macam yahudi ni, suka sangat mengadu domba. Ingat tak ayat akhir Surah AlFatihah, selalu baca dalam sembahyang kan?, minta kat Allah supaya tak jadi macam golongan tu, tapi macam golongan itulah jugak yang dia jadi. So apa nak jadi? Nak duduk berenang dalam neraka jahanam? Oi mamat orang suratkhabar, lama mana kau nak hidup? Berapa puluh tahun rasanya kau boleh mengadu domba ni? Tuan Tuan kamu tu tak kekal sebab bukan tuhan. Kuasanya pun tak kekal. Kalau dah tak ada kuasa lagi korang nak buat apa? Nak jadi polong atau setan tak bertuan? Jadi kalau nak hidup cari rezeki, carilah yang halal. Banyak lagi berita sahih yang oleh disiarkan. Orang ramai pun tak sakit hati, contohnya saya mestilah lenting sikit2 kalau baca berita yang tak kena gaya. Mangkuk hayun punya paper! Pasal itulah paper korang jualan nya merudum dan kalau ada berita pun hanya jadi bahan ketawa rakyat seantero malaysia bukan sebab bahan berita jenaka tapi sebab ramai rakyat tahu paper bodoh, pengarang dah jadi macam anjing terkial2 takutkan tuan, khuatirkan hilang sesuap nasi kat dunia ni. Itulah kalau tak mau beriman ngan Allah, rezeki pun harapkan kat makhluk.


Sam Kai Cheong

Isnin, September 14, 2009

Mencontohi solat Rasullullah SAW

http://www.syedazahar.com



Mencontohi solat Rasulullah S.A.W.












Sam Kai Cheong

Isnin, September 07, 2009

Bab 04 Bah 1 - Perdana Menteri mencuri kasut Umar Umaiyah


http://www.syedazahar.com/


Alkisah duduklah Umar Umaiyah dengan sukaria nya menjadi kadhi didalam negeri Yaman dan tiada khali ia dari masuk mengadap Raja Abrahah. Raja Abrahah pun menaruh kasih akan dia, hingga bebaslah ia tiada siapa yang berani menahan dari masuk keluar istana baginda itu. Bahawa adalah adat Umar Umaiyah ini setiap pagi ia berjalan bersiar siar dihalaman istana melihat hal sekeliling kawasan halaman istana. Apabila berjumpa dengan pengawal istana dia akan bertanya sesuatu yang tiada betul dihatinya. Maka berkata katalah mereka itu sesama sendiri “Wah datuk kadhi ini tiada lain pekerjaan nya melainkan hanya datang untuk memeriksa kerja kerja kita. Jika ada apa apa kerja yang khilaf kita buat akan dimaklumkan kepada raja, kerana itu terlebih baiklah kita menjaga diri kita masing masing. Ada pun datuk kadhi ini harapan raja kita. Akan perkataan mereka itu terdengar kepada Umar Umaiyah tetapi berpura pura ia berbuat seperti tidak terdengar olehnya.

Pada satu pagi tatkala bersiar siar seperti kebiasaannya dihalaman istana itu maka Umar Umaiyah pergi ketempat perhimpunan kuda Raja Abrahah. Dilihatnya ramai gembala sedang bekerja menggosok dan mengurut urut kuda. Setelah ia melihat gembala gembala kuda itu menggosok dan mengurut kuda itu, maka Umar Umaiyah pun membongkok dan mengambil seketul tahi kuda, lalu pura pura dicium dan pura pura diletakan pada mulutnya. Sesudah itu dihulurkannya tangan yang memegang tahi kuda itu sambil jarinya diacu acukan tiga kali berturut turut pada dahi kuda itu, maka ketika itu kuda itu pun mengangguk anggukan kepalanya. Kemudian sambil mengurut misainya maka dimasukan tahi kuda itu didalam bokcanya, lalu ia pun pulanglah kerumah.

Setelah Umar Umaiyah balik itu maka berkata katalah segala gembala kuda itu sesama sendiri. “Wahai kali ini matilah kita dibunuh raja, kerana rahsia kita mencuri kacang kuda itu telah diketahui oleh datuk kadhi. Betapa kita hendak melepaskan diri kita ini?”. Maka kata setengah dari mereka itu “Sebelum kita kena hukum, terlebih baiklah kita pergi berjumpa tok kadhi itu, kita berkhabar perkara yang sebenar kepadanya, mudah-mudahan ia menaruh belas kasihan dan memaafkan kesalahan kita”.

Setelah sudah putus muafakat segala gembala kuda itu, lalu pergilah mereka mengadap Umar Umaiyah. Demi dilihat oleh Umar Umaiyah, maka diketahuinyalah bahawa segala gembala kuda itu telah terkena jeratnya. Setelah mereka berhimpun dihadapannya maka berkatalah Umar Umaiyah dengan marahnya “Hei kamu sekelian, engkau semua ini dari orang derhaka, adakah patut engkau semua membuat pekerjaan derhaka kebawah duli Syah Alam. Baginda berharap dan percaya kepada kamu, tetapi tiba-tiba kamu putuskan harapan baginda itu. Baiklah, esok hari aku akan mengadap baginda untuk mempersembahkan hal perbuatan kamu semua, tak dapat tiada nescaya dibunuh baginda akan kamu sekelian ini”. Maka berkatalah seorang gembala kuda yang tertua daripada yang lain dengan suara menggeletar “ Ya Tuk Kadhi, daripada hari ini tiadalah hamba sekelian ini mencuri lagi kacang kuda baginda itu, Tuk Kadhi sajalah yang dapat melepaskan kami semua dari murka baginda itu”. Maka ujar Umar Umaiyah sambil menghentak-hentakan kakinya serta menggoncang gocangkan kepala dan mengurut misai katanya “Sekiranya sesaat jua kamu sekelian tidak datang berkhabar dengan sebenarnya kepada aku, nescaya matilah kamu sekelian dibunuh oleh baginda. Sekarang ini, hendaklah kamu bawa seperti yang kamu sekelian maklum dan beri kepadaku, supaya aku lenyapkan rahsia kamu ini”.

Maka sekelian gembala kuda itu pun berlari-larilah pulang kerumah masing masing mengambil dinar, dan yang tidak mempunyai dinar menggadai barang anak isteri mereka. Demikianlah halnya mereka itu semua membawa dinar beri kepada Umar Umaiyah. Maka diterima oleh Umar Umaiyah, seraya berkata kepada segala gembala kuda itu, “Baiklah, aku maafkan kamu sekelian, tetapi hendaklah kamu ceritakan kepada siapa kamu menjual kacang kuda itu? Khabarkan kepadaku supaya supaya aku tahu siapa yang membelinya. Hal itu sekadar aku hendak tahu sahaja”. Maka diceritakan oleh segala gembala kuda itu kepada Umar Umaiyah saudagar yang membeli itu, dan diketahuilah oleh Umar Umaiyah akan tempat kedai saudagar itu. Setelah itu Umar Umaiyah berkata kepada semua gembala kuda “ Baik baiklah kamu semua membela kuda baginda itu, dan janganlah kamu mencuri lagi”. Kemudian semua gembala itu pun baliklah dengan sukacita dan tidak menaruh bimbang lagi. Umar Umaiyah pun duduklah mencari akal apa yang hendak dibuatnya nanti.

Tiga hari kemudian Umar Umaiyah pun pergi kesebuah kedai, diambilnya sejemput kacang kuda dari kedai itu, digenggamnya lalu dibawa pergi kegedung saudagar yang membeli kacang kuda dari gembala gembala kuda Raja Abrahah. Setelah masuk kedalam gedung itu ia pun pergilah kekarung yang berisi kacang kuda. Maka ia pun membanding bandingkanya kacang yang dipegangnya dengan kacang yang ada dalam karung saudagar itu. Kemudian dipandang kacang yang ada dalam karung itu dan menggeleng gelengkan kepalanya sambil berkata seorang diri “ Wahai, lamalah sudah kau mengghaibkan diri dari tuanmu, sekarang ini barulah kau menunjukan dirimu. Pada esok hari kelaklah kau akan beroleh kesakitan dari tuanmu. Duduklah engkau pada tempat ini, jangan engkau bergerak. Sebentar lagi datanglah tuanmu itu”. Setelah ia berkata kata demikian keluarlah ia dari gedung saudagar itu.

Segala perkataan Umar Umaiyah itu didengar oleh saudagar itu dan berdebar debarlah hatinya seraya berkata “ Wahai, sudah diketahuilah oleh kadhi itu akan halku bermuafakat dengan gembala kuda raja membeli kacang kuda ini. Sebab kadhi ini sudah tahulah maka ia datang memeriksa, dibanding bandingkannya kacang digudangku dengan kacang baginda. Jika diketahui baginda nescaya dirampas segala hartaku dan dibunuhnya aku. Jika demikian terlebih baiklah pada malam ini aku pergi mengadap datuk kadhi itu, aku maklumkan padanya akan halku, supaya terlepas aku dari bala yang datang keatasku”

Setelah malam hari saudagar itu mengambil pundi-pundi berisi dinar dan dibawa pergi sertanya kerumah Umar Umaiyah. Apabila saudagar itu sampai Umar Umaiyah pun mempersilakan masuk kerumahnya. Saudagar itu pun duduklah dihadapan Umar Umaiyah dengan hormat takzimnya dan pundi-pundi berisi dinar diletakan disisinya. Setelah itu ditanya akan Umar Umaiyah “Ya Datuk saudagar, apakah khabar yang syak maka datuk saudagar datang kerumah pada malam hari ini?”. Maka sahut saudagar itu “Ya Datuk Kadhi, akan hamba ini memperoleh sedikit kesusahan, sebab itulah hamba datang kemari hendak minta datuk kadhi maafkan akan hamba ini”. Umar Umaiyah pun bertanya “Apa kesusahan tuan?” sambil memandang pada pundi-pundi berisi dinar itu. Kata saudagar itu “Adapun kesusahan hamba ini salah membeli kacang kuda Raja Abrahah daripada gembala kuda baginda. Akan rahsia ini tiada siapa yang tahu kecuali tuan hamba juga yang tahu. Sekarang ini hamba memohon pada khadam tuanhamba, kiranya dapat melepaskan hamba dari bala ini”. Maka Umar Umaiyah pun memandang pada saudagar itu sambil berkata “Ya datuk saudagar, janganlah menaruh dukacita, pasal melepaskan datuk dari bala itu tertanggunglah atas hamba. Pulanglah datuk kerumah, duduk berdiam diri dengan sukacita”. Maka saudagar itu pun menghulurkan pundi-pundi dinar pada Umar Umaiyah sambil berkata “Ini adalah nazar hamba, silalah datuk kadhi ambil akan pundi-pundi ini”. Maka diambillah Umar Umaiyah pundi-pundi itu. Maka saudagar itu pun baliklah kerumahnya lalu bersumpahlah ia tidak mahu membuat pekerjaan yang demikian itu lagi. Maka Umar Umaiyah pun duduklah seorang diri mengira ngira dinar yang dikeluarkan dari pundi-pundi itu.

Syahadan, pada satu malam bulan terang Umar Umaiyah pun keluar berjalan-jalan keluar kota lalu bertemu dengan dua orang pencuri duduk dibawah sepohon kayu. Keduanya sedang berbantah antara satu sama lain. Lalu diketahuilah Umar Umaiyah hal keduanya berbantah fasal pembahagian harta yang dicuri, lalu Umar Umaiyah berdehem sambil berkata “Telah ku ketahuilah akan hal pekerjaan kamu berdua ini, terlebih baiklah kalau kamu mengikut nasihatku ini”. Demi didengar oleh kedua pencuri itu lalu mereka berpandangan sesama sendiri, memikirkan siapa yang datang pada tengah malam itu. Bisik seorang dari pencuri itu “Ini jin agaknya, mari kita lari”. Maka kata seorang lagi “Ah, bukannya jin, dia itu manusia, datang bermain-main bulan terang”. Dalam masa kedua duanya berkata-kata Umar Umaiyah pun hampirlah ketempat keduanya lalu berkata “Wahai sahabatku, lamalah sudah aku mencari kamu berdua ini, rindu sangat ingin bertemu, sudah bertahun tahun ku cari, pada malam inilah baru berjumpa dengan kamu. Tidakkah kamu kenal akan aku ini? Bukankah aku ini sahabatmu yang muqarrabin? Kerana aku ini sudah menjadi miskin tiada engkau perdulikan aku. Sebab kamu berdua memperoleh banyak dinarkah pada malam ini maka engkau lupa akan aku ini?. Tuhanlah yang memberi rahmat akan kamu berdua ini”.

Demi didengar kedua pencuri itu hairan tercengang-cengang tiada terkata-kata lagi. Keduanya merenung Umar Umaiyah, diamat-amati tiada juga dikenal, hendak ditanya tiada terhemat hati keduanya bertanya melainkan memandang muka Umar Umaiyah sahaja. Maka kata Umar Umaiyah “Hai sahabat berdua, janganlah menaruh walang didalam hati, jika tiada kenal akan aku yang miskin ini tidak mengapalah!. Pada esok harilah hamba pergi kerumah tuanhamba untuk berjumpa. Pada ketika itu bolehlah tuan hamba kenal akan hamba, tapi pada malam ini hamba hendak juga membuat kebajikan pada tuanhamba supaya kenang akan hamba. Ada pun hamba ini pandai ilmu hisab, sekiranya tuan hamba redha, boleh hamba hisabkan dinar yang ada diberi sama banyak supaya tidak ada seorang pun teraniaya”. Maka kata kedua pencuri itu “Kami pun memerlukan ahlil hisab, sekarang tuanhamba datang kemari, tersangatlah baik”.


Sam Kai Cheong

Sabtu, September 05, 2009

Money, Power, Respect ;- Dont forget the poor

Salam Ramadhan
http://www.syedazahar.com/













Dont forget the poor

Sam Kai Cheong

Khamis, Ogos 20, 2009

Marhaban, Ya Ramadhan


http://www.syedazahar.com/






Saya mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa Ramadhan kepada pengunjung web ini dan semua yang mengenali saya samaada secara zahir atau maya (cyber), semoga kita berjaya melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Sam Kai Cheong

Rabu, Ogos 19, 2009

TermGuard Termites protection. 50 years warranty?


TermGuard adalah satu kaedah pencegahan anai-anai jangkapanjang yang menggunakan sistem penyaluran paip bawah tanah yang akan mengalirkan bahankimia bagi membuat halangan kimia supaya tidak ditembusi anai-anai. Termguard telah digunakan semenjak lebih dua dekad lalu dan didapati berkesan untuk mencegah anai-anai. Keunikan sistem ini ialah bahankimia anai-anai dapat disalurkan terus kedalam tanah tanpa perlu menggerudi lantai dan menyuntik bahankimia. Semburan tanah ketapak pembinaan juga kadang-kadang tidak berkesan dimana pekerja tapak binaan mungkin dengan tidak sengaja telah merosakan halangan kimia yang dibuat.

Untuk memasang sistem ini pelan bangunan diperlukan, kemudian lakaran akan dibuat untuk menentukan dimana paip ini akan dipasang dan tempat dimana injection point disediakan siap sekali dengan child proof. Setelah siap bahankimia pilihan akan disuntik setiap 3 atau 5 tahun sekali. Dibawah ini ada gambar barangan yang diperlukan dan kerjanya pun simple saja macam kerja buat plumbing.





Antara bahan yang diperlukan ialah sistem paip berukuran Ø 25mm dan Ø40mm dan lain lain fitting. Ini termasuk penyalut paip itu seakan kain dipanggil "Permecover- geofabric non woven mat". Ianya untuk menghalang kotoran tanah dari memasuki sistem ini. Paip PVC yang kat kedai hardware pun boleh pakai jugak, tapi tak taulah boleh gerenti sampai 50 tahun, sebab paip PVC untuk air bukan bahan kimia. Lagi satu yang perlu kita tahu pasal paip ini ialah seperti gambar dibawah:

Ianya ada lubang kecil sepanjang paip itu dan perlu disarung dengan Permecover.
Macam mana nak buat? Marilah kita melawat ketapak pembinaan sebuah villa mewah kepunyaan seorang saudagar kaya.






Semua paip dan fitting disambung kemudian digunakan perekat dan dawai untuk melekatkan pada dinding atau gantung pada sisi tembok rangka konkrit.





Setelah siap beginilah bentuknya. Paip besar yang menghala keatas ialah injection pint nya. Bahagian paip yang kita nampak bakal ditimbus dengan tanah kemudian. Kalau nak penerangan lanjut bolehlah lawat laman web Termguard. ngai Buluh. Nak tanya lebih lanjut hubungi syedazahar@yahoo.com

Sam Kai Cheong

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn