This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Khamis, Februari 28, 2008

PRU 12 - India Tmn Melawati sokong PAS



PAS mengadakan ceramah kelompok di Taman Melawati. Seperti biasa berkempen dan apa yang paling menarik ialah kehadiran pemuda India. Mereka terus datang dan bersalam dengan bakal wakil rakyat saya Sdr Shaari Sungip. Selain dari itu mereka juga mengibarkan bendera PAS dan PKR. Kami melaungkan reformasi dan disambut oleh pemuda tersebut. Semasa kami kata takbir mereka terkedu. Macamana pun ini adalah petanda BN makin tak disukai. Saya meramalkan BN lenyap secara total dalam jangkamasa 15 tahun

Coolie Version

Rabu, Februari 27, 2008

PRU 12 - Ceramah kelompok di Kg Fajar





Ceramah kelompok PRU 12 yang diadakan di Hulu Kelang selepas penamaan calon 24 -2-08. Turut hadir ialah Sdr Azmin Ali, Sdr Saari Sungip dan En Gopalakrishnan. Pada majlis tersebut masyarakat India telah menyerahkan 30 borang keahlian dari bekas ahli MIC. Maka bungkuslah MIC di Kg Fajar. Sebelum tu 3 cawangan UMNO di Kg Fajar telah kena bungkus.

Isnin, Februari 25, 2008

PRU 12 - Slide show penamaan calon Parlimen Gombak


PRU 12 - Hallo Harakahdaily! Jurugambar mana?

Kepada jurufoto harakah ni pasal apa dia ambil gambar aku dari belakang. Kalau dia ambil gambar aku dari depan mungkin aku tak paparkan disini.
Penyapu yang saya bawa tu anugerah dari sapa ntah, tau2 dapat penyapu. Penyapu ni memang simbolik untuk Kerajaan Negeri Selangor.
Kata orang tua-tua Hantu Toyol memang suka penyapu. Toyol akan sapu apa saja dan kemudian penyapu tu akan diberi pada orang lain, konon2 nya dia tak sapu

Ahad, Februari 24, 2008

PRU 12 - Cawangan keADILan yang pertama di Malaysia



Pada era reformasi dulu, setelah penyingkiran DSAI dari kabinet dan UMNO sebahagian pro DSAI telah keluar parti setelah dijampi oleh DSAI dengan laungan Reformasi. Dengan sokongan rakyat yang tak pro UMNO dan bekas UMNO yang keluar beramai-ramai maka tertubuhlah parti keadilan. Kampung Fajar yang terletak di DUN Hulu Kelang dipercayai menjadi cawangan yang pertama ditubuhkan dalam Parlimen Gombak (Bahagian yg pertama ditubuhkan di Malaysia). Pada pilihanraya 1999 kawasan Hulu Kelang dapat ditawan pembangkang. Sdr Azmin jadi wakil rakyat. Tulah dalam sejarah, penduduk dapat rasa daging korban bila raya haji!

Pada 2004 BN rampas balik Hulu Kelang, Azmin tak boleh bertanding sebab ada court case. Datuk Ahmad Bujang jadi ADUN. Kenalah tipu sekali lagi! Habis tanah peneroka bandar (Kerajaan BN panggil 'setinggan') dirobohkan, antaranya Kg Berembang, Tepi sungai kat Jalan AU, Kg Kemensah, Kg Bt 8, Kg Fajar. Dengan subsidi kerajaan (bukan duit dia) mereka mengeksploit penduduk suruh beli rumah flet yang kroni dia tak laku jual. Kepada yg percaya sangat ngan pemimpin UMNO ni pun pi ikut kehendak dan idea jahat pemimpin mereka. Selama menunggu rumah yang bakal siap(sampai sekarang tak siap2) mereka dibekalkan sewa rumah RM400/- sebulan untuk 2 tahun. Lepas 2 tahun tak taulah. Kalau BN kalah korang tak dapat lah duit sewa tu. Tanah tu pulak mereka adjust bagi kat keparat manatah suruh majukan.

Kaum wanita turut menyumbang bakti tengah malam buta.
Yelah... abang2 gi tampal poster dan pasang bendera dia
orang berkumpul kat sini

Kampung Fajar terdiri dari dua kelompok masyarakat, Melayu dan India. Dulu kampung ni didominasi oleh UMNO dan MIC. Selepas 1999 UMNO hanya tinggal 1 cawangan saja itupun tak cukup korum (dulu ada 3 cawangan - 2 dah terbungkus) dan satu cawangan MIC dan PKRlah bukan paklah. Semasa meroboh 'setinggan' Kg Fajar habislah kebanyakan ahli2 UMNO ni berpindah. Rumah batu wei! Ahli2 UMNO yang tak pindah lama2 kena psycho ngan orang kampung, jadi pembangkang. Yang masyarakat India ni bengap sikit, lambat faham, taat sangat ngan BN, tapi setelah sebahagian penduduk kat situ dirobohkan rumah mereka, barulah ada sedikit kesedaran.


Hari berganti bulan bersilih, tau tau mengamuklah si HINDRAF ni, tentulah mereka ni ambil kesempatan menyokong hindraf dan pembangkang. Barulah polis dan kerajaan tau sapa yang lebih ganas bila buat demo? Orang Melayu yang membangkang atau bekas2 BN yang tak puas hati? Macamana pun ini sangatlah menguntungkan. Hari ini dalam sejarah masyarakat India kat sini buat pertama kalinya bila pilihanraya tak buat bilik gerakan. Sekarang mereka buat bilik gerakan tapi untuk parti keADILan.

Orang India dah beralih angin! Bye bye samy vellu! Patah Arang

PRU 12 - Video clip penamaan calon di Gombak





Perarakan Barisan Alternatif ke pusat penamaan calon
Boleh juga kalau nak tengok kat youtube - klik sini


Nyanyian beramai-ramai
Takda maruah, takda maruah, takda maruah takda maruahhh,
bikin malu, bikin malu, bikin malu bikin maluuuu,
bini orang, bini orang, bini orang bini orang!!!!!!!!!!!!!!!!
Amacam? Puas tak tadi?

Sabtu, Februari 23, 2008

PRU 12 - Kempen jahat dah bermula



Gambar kat sini membawa erti tentang tingkahlaku BN semasa berkempen. Banner ceramah DAP ditampal dengan poster BN supaya orangramai tidak boleh baca. Busuknya hati!


Selain dari itu papan tanda projek JBA dan banner kutipan cukai pintu pun habis kena tampal. Agensi kerajaan pun dia rasa macam sendiri punya, dah lama dah buat macam sendiri punya! Semoga BN kalah teruk dan tak dapat perkudakan dan memperanjingkan lagi agensi agensi kerajaan.


Selain dari itu papan tanda Taman Teratai dan Taman cempaka habis tercemar dengan poster mereka. Pasang sajalah bendera kat situ, tak sapa kacau, otak mana buboh?


Selain tu tanda had laju kat sekolah pun habis ditampal dengan pemimpin idola mereka, cis! pengampu! Tandas awam tempat orang nak SHiT dah tentu tak akan mereka lupakan, supaya sapa2 yang nak pergi SHiT kat situ boleh berangan angan untuk mengundi orang yang diampu, semoga !


Tak cukup dengan tu kain rentang yang mengiklan pasaran syarikat pun kena tampal, tak tau lah kalau-kalau tokey syarikat tu yang tampal atau suruh mereka tampal. Mana tau dia orang sokong BN kot.


Selain tu papan tanda PAS cawangan pun habis ditampal, punyalah kurang ajar pasal tu aku kata perangai macam monyet seangkatan dengan kera dan beruk. TG Nik Aziz pun mengumpamakan mereka macam orang utan, seangkatanlah tu, susah nak diajar, dah kena tipu berkurun kurun pun masih nak mengampu dengan menggunakan kaedah macam monyet. (Klik pada gambar untuk lihat ngan jelas lagi)

PRU 12 - Sukarelawan N18 Hulu Kelang





Sukarelawan pembangkang di Hulu Kelang berkumpul menjalankan kerja pemasangan bendera dan menyiapkan bilik gerakan di Batu 8 Hulu Kelang. Semoga mereka dapat bertolak ansur, bekerjasama, bertukar pendapat, tidak mementingkan diri sendiri, tidak songlap apa-apa duit dan lain peruntukan seperti T-shirt, badge, topi dsb (jika ada). Air mineral jangan ambik sekotak bawak balik rumah. Lagi satu jangan amalkan etika yang tidak baik ketika kerja kempen, seperti tidak mengganggu petugas BN yang pasang poster atau bendera dan juga tidak mengganggu poster dan bendera BN. Jangan jadi macam petugas BN yang memang suka menyakat, perangai macam monyet (ada yang macam orang utan-tak caya tanya TG Nik Aziz). Tunggu post selanjutnya.

Selasa, Februari 19, 2008

PRU 12 - Ceramah pembangkang kat AU2 Keramat



Dato Seri Anuar Ibrahim ialah peceramah terakhir malam tu selepas Dr Hatta Ramli dan Sdr Azmin Ali. Sempat juga rakam gambar beliau.
Pemuda sukarelawan (tak bayar apa2) bergambar beramai-ramai dipadang AU2. Kedatangan pengunjung pada malam tadi senang2 boleh cecah 10,000 orang anggaran saya.

Isnin, Februari 18, 2008

Lagi orkid liar



Ini ada satu lagi spesis oirkid liar. Saya dah korek balik beberapa pokok dan tanam kat halaman rumah. Sampai hari ni elok saja, rajin pulak berbunga.

Koleksi gambar semasa diJakarta



Menjual kuda permainan anak2. Macam basikal lah tu. Buboh atas beca dan pamerkan

Orang ini kakinya bukan dalam longkang, tapi dah kudung. Beliau meminta sedekah sambil menadah tangan nya. Yang anehnya dia minta sedekah dikawasan yang tak ramai orang lalu lalang

Asal boleh mendatangkan duit semua pekerjaan dilakukan. Kita kat sini terlalu memil;ih pekerjaan
Sini ada jual ketoprak. Apakah itu ketoprak? Anda tahu? Tak tahu? Saya pun tak tahu! Tak sempat nak singgah dan beli.
Lagi gambar orang berjalan sambil menjual hasil lukisan.
Pasar
Kat sini masa tu baru habis pilihanraya. Bendera masih bersepah2 dan belum diturunkan. Kita boleh juga contohi perkara macam ni

Ahad, Februari 17, 2008

PRU 12 - Pembangkang di Hulu Kelang



Sukarelawan di DUN Hulu Kelang bergotong royong untuk memasang bendera disekitar kawasan Jalan Hulu Kelang dan Taman Melawati. Dapat saja bendera tak cakap banyak terus pasang. Makan minum, duit rokok, minyak kenderaan tanggung sendiri, tak sapa bagi. Mereka buat kerja ikhlas dengan harapan supaya pembangkang menang.

Khamis, Februari 14, 2008

Lanca Penang



Lanca atau beca masih lagi wujud tapi tak taulah samaada boleh pupus atau akan hidup semula pasal minyak akan habis satu hari nanti. Di Penang, ( ingat Melaka saja ada ka? ) ada yg masih menggunakan lanca ni sebagai pengangkutan dan ada juga untuk tujuan pelancongan. Budak kecik yang naik lanca kat Padang Kota Lama ni tambangnya aku yang bayaq,


Birds, gambar2 berkenaan yang nak tengok



Burung kelicap

Ada permintaan untuk mendapatkan gambar berkenaan burung melalui email. Agak sukar juga kerana saya tak tahu gambar yang macam mana yang diperlukan. Jadi disini saya sediakan link, cuma perlu download sahaja yang mana berkenan. Gambar yang ada disini masih ori lagi dan belum kena edit dan masih boleh download dalam keadaan ori, pixel tak kurang.


Ringtone Linggam percuma



Dapatkan ringtone Linggam correct correct correct. Boleh didapati kat sebelah sini dalam "Lain2 informasi" di-box dot net ataupun klik kat sini untuk download ataupun nak dengar saja



Safety Harness, pics from Michael Moi



Gambar kiriman Michael Moi, penggunaan peralatan keselamatan ditempat tinggi. Bird job di Menara Maybank Kuala Lumpur, kalau tak salah ditingkat 60, angin kuat. Gambar bawah sekali ialah kumpulan Rntokil Singapore semasa buat lawatan kat CIQ Tg Kupang

Ahad, Februari 10, 2008

Lanca Melaka



Lanca atau beca roda tiga diMelaka. Tukang beca ni sedang menunggu pelanggan yang teringin nak rasa naik beca berhampiran Hotel Equatorial Melaka. Siap sekali dengan poster Sharlinie anak kecil yang diculik tempohari. Berapa lama lagi industri ni boleh tahan? Kita tunggulah sampai minyak dah habis kat dunia ni, barulah meriah beca ni!

Sabtu, Februari 09, 2008

Aku ahli UMNO, dulu saja bukan kini dan selamanya



Ni gambar yg tersiar dalam Semakan keahlian UMNO mengatakan saya masih ahli UMNO sehingga 30 Jun 2007. Saya tak pernah bayar yuran pun? Ada yang tolong bayarkan? Baik nya hati.... Dulu zaman reformasi saya dah jadi ahli keADILan dan keluar dari parti tersebut pada hari pembebasan DSAI. Dan kini saya tak menganggotai mana parti pun. Pada saya siapa yang benar tetap benar, siapa yang salah tetap salah tak kira dari kelompok parti mana pun. Saya masih percaya RAKYAT HAKIM NEGARA dan saya percaya hakim negara pun boleh di jual beli sebagaimana kita menjual beli segala hakim hakim sekarang ni. Kalau tak percaya boleh tanya kat Linggam. Malaysia Boleh!

funny

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn