Under construction. opps .... renovation
Rabu, Mac 26, 2008
Bab 02 Bah 3 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA
at Rabu, Mac 26, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Selasa, Mac 25, 2008
Bab 02 Bah 2 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA
at Selasa, Mac 25, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Isnin, Mac 24, 2008
Bab 02 Bah 1 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN, RAJA ABRAHAH DIPERDAYAKAN NYA
at Isnin, Mac 24, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Bab 01 Bah 3 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH
at Isnin, Mac 24, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Ahad, Mac 23, 2008
Bab 01 Bah 2 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH
Perempuan tua itu pun belas kasihan diberinya makan. Umar Umaiyah pun makan sekenyang2 perutnya. Selepas makan dia pura2 hendak tidur seketika kemudian dia pun bangunlah. Perempuan tua itu pun datang dan bertanya “ Ya Mualim Damri, bolehkah engkau mengajar anakku ilmu Quraisy Mekah itu?. “ Jika kamu reda, boleh aku ajat akan dia” kata Umar. Budak perempuan itupun diserah pada Umar, dan Umar pun tinggallah dirumah itu untuk mengajar. Dalam sedikit masa mahsyurlah kepada seisi dusun itu nama Mualim Damri pandai mengajar Ilmu Quraisy. Maka masing2 membawa anak diserahkan pada Umar disuruh ajar mengaji ilmu Quraisy. Maka menjadi guru dan ulama yang besar didalam dusun itu. Sesiapa yang hendak bertanya hukum atau cara adat zaman dahulu hendaklah pergi kepada Umar dan bermaharajalela lah dia didalam dusun itu. Satu hari penghulu dusun datang bertanya hukum quraisy kepada Umar “ Ya Mualim, adakah lulus pada hukum merampas dijalan akan hak harta kafilah itu?” Maka Umar pun menyuruh penghulu dusun itu membayar 10 dinar emas sebagai memenuhi nasihat gurunya. Penghulu dusun pun memberinya dinar tersebut. Setelah itu Umar Umaiyah berkata” Adalah hukum adat quraisy itu, apakala orang negeri asing membawa dagangan hendak berniaga didalam negeri, ambillah kamu sebahagian kecil hartanya, jika ia tiada mau beri, rampas olehmu akan nisab hartanya, jika tiada juga ia mau beri, bunuh akan dia dan rampas semua hartanya. Akan harta rampasan itu dibahagi empat bahagian, sebahagian disedekahkan pada fakir miskin dan perempuan tua, dan tiga bahagian pulang kepada raja negeri. Jika negeri tiada beraja, pulang pada penghulu dusun”. Akan penghulu dusun itupun maulah ia ikut ajaran Umar Umaiyah itu. Kemudian datanglah pula seorang penyamun kepada Umar Umaiyah bertanya hukum “Bolehkah menyamun atau mencuri harta orang yang tinggal sama sedusun?” Umar bertanya “ Siapa engkau ini?” Maka dijawab “hamba ni ketua penyamun yang tinggal didusun ini. Sudah lama hamba menyamun diluar dusun, sekarang hamba dah tiada kuasa lagi nak berbuat demikian. Hamba bercadang hendak menyamun harta isi dusun ini”. Maka kata Umar Umaiyah “ Adalah hukum itu bolehlah menyamun dan mencuri tetapi ada sedikit musykilnya. Jika engkau dapat menanggung sabar atas musykil itu halal lah harta sedusun itu kepada kamu”. Ditanya penyamun itu “Apa musykilnya ya Mualim?” Maka ditanya Umar : Dapatkah engkau sabar jika hartamu dicuri?” Jawab penyamun “ Hamba dapat bersabar”. Maka kata Umar “ Jika engkau dapat sabar, kerjakanlah olehmu”. Penyamun itu pun sukalah hatinya, kerana mendapat petua yang baik dari Mualim Damri serta memuji2 ia akan mualim itu. Tiada disangkanya mualim itu terlebih pandai mencuri daripadanya. Tidak lama kemudian ketua penyamun pun pergilah menyamun kedusun yang dekat dengan rumahnya. Khabar itu pun sampai kepada Umar Umayah yang penyamun itu tiada dirumahnya. Maka Umar pun menyamar dirinya sebagai penduduk dusun pergi kerumah ketua penyamun, ditepuk pintu rumah sambil berseru2 “ Ya Ahlul Bait, bukalah pintu ini supaya aku dapat sampaikan pesan dari sahabatku kepadamu”. Maka isteri penyamun itu pun segeralah buka pintu dan Umar Umaiyah pun masuklah kerumah dan mengkhabarkan pada isteri penyamun itu “ Suamimu ada menanti di dusun Indan, disuruh aku mengambil semua harta dalam peti kerana Raja Yaman hendak menangkap dia, dan engkau disuruh undur kerumah bapamu di dusun indan itu”. Apakala didengar olehnya, percayalah dia dan memberi semua hartanya pada Umar Umaiyah, kemudian dia pun mengunci pintu rumahnya dan membawa anak perempuannya kerumah bapanya pada malam itu juga. Maka Umar Umaiyah pun membawa harta itu pada suatu tempat ditanamnya, kemudian pulanglah ia kerumah mendiamkan diri. Tidak berapa lama kemudian penyamun itu pun pulanglah dan bininya pun bercerita apa yang berlaku. Penyamun itu pun hairanlah tercengang2. Kemudian pergilah dia kepada mentuanya, begitulah juga dikhabarkan. Dia pun tunduk memikir seorang diri kemudian mengajak bininya balik kerumah duduk dengan kemasyghulan yang amat sangat. Beberapa hari kemudian terdengarlah pada Umar Umaiyah penyamun itu sudah balik kerumahnya. Pada pagi2 lagi pergilah Umar kejalan arah rumah penyamun itu dan bertemu penyamun itu sedang duduk berlengung2 disebuah kedai. Maka ditanya Umar Umaiyah akan penyamun itu “ Bagaimana hal kau ya ketua kaum?” Kata penyamun itu “ Benarlah katamu Mualim” maka kata Umar “ Jika benar ceritakanlah padaku supaya kuketahui akannya” Penyamun itupun bercerita dari mula hingga akhir, kemudian Umar Umaiyah pun berkata “ Ya ketua kaum, sudah ku katakan padamu jikalau kau boleh bersabar kerjakanlah perbuatan mencuri itu, sekarang telah datang percubaan dari tuhan yang memberi petunjuk, dan engkau tak dapat menahan sabar dirimu, maka sekarang ini akan aku ajar kepadamu satu nikmat yang yang teramat baik sekali, cubalah kau amalkan nya”. Kata penyamun “apakah nasihat itu Mualim? “ Maka kata Umar Umaiyah “ Kita ini lelaki, kuasa kita berjalan mencari nafkah, Sekiranya satu benda hilang 10 kali ganda dapat kita cari. Benda yang haram pulang ke haram benda yang halal pulang ke halal. Benda2 kamu yang hilang itu adakah kamu beli akan nya? Dengan pandai kamu juga kamu memperolehinya. Sekarang cubalah kau cari jalan yang lain, pergilah bertandang pada desa negeri orang, pada ketika yang baik kau boleh mendapat berlipat kali ganda dari perolehanmu dahulu. Apa guna duduk dengan kemasyghulan , membuang masa sia2 terlebih baiklah kau mencari nafkah yang halal itu. Demi didengar oleh penyamun itu maka naiklah berani hatinya dan berkata “ Benar ya Sheikh, baik sekali ajaran itu”. Penyamun itu pun pulanglah kerumahnya memakai segala senjatanya dan berpesan pada bininya “ Aku dapat satu pelajaran dari Mualim Damri, malam ni aku nak pergi menyamun dalam negeri Yaman. Baik2lah jaga anak kita ini. Siapapun yang datang janganlah kau tinggalkan rumah kita ini, bila aku balik nanti banyaklah harta yang akan aku bawa”. Selepas berpesan pada bininya maka berjalanlah ia menuju Yaman. 3 hari kemudian khabar ini terdengar pada Umar Umaiyah penyamun sudah keluar pergi mencuri. Umar pun memakai pakaian cara pencuri. Pada tengahmalam ketika orang semua lena tidur, pergilah ia ke dusun rumah penyamun itu, dinyalakan api dibakarnya rumah penyamun. Sesudah membakar ia pun baliklah kerumah berdiam diri. Gemparlah orang mengatakan rumah penyamun terbakar dan tergesa2lah orang datang menolong, tapi belum sempat dipadamkan sudah terbakar hangus, barang satu pun isi rumah tiada terlepas semuanya hangus. Hanya yang terlepas bini dan anak penyamun itu sahaja, maka menangislah keduanya dan pergilah duduk dirumah bapanya. .................. SEBELUMBERSAMBUNG.......... |
at Ahad, Mac 23, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Bab 01 Bah 1 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH MEMPERDAYAKAN RAJA ABRAHAH
at Ahad, Mac 23, 2008 0 komen sini
Labels: Hikayat Umar Umaiyah
Rabu, Mac 19, 2008
Regimen PAS Angkatan Tentera Malaysia
Phytosanitari - Benih Padi
Fumigasi dilakukan terlebih dahulu menggunakan metil beromida 100% pada kadar 32gm/m3 pada jangkamasa tempoh dedahan selama 2 jam sahaja. Penggunaan metil beromida 98% dan campuran 2% klorofikrin tidak dibenarkan memandangkan klorofikrin adalah phyto toxic dan boleh membunuh tumbuhan dan bijibenih. Tujuan fumigasi ialah membunuh serangga yang mungkin ada. 2 ekor tribolium berjaya dikesan. (Gambat tiada)
Kemudian padi tersebut akan direndam kedalam air panas pada kepanasan 55° Celsius selama 15 minit. Suhu hendaklah dikawal supaya tetap tidak melebehi kepanasan atau terlalu rendah. Proses ini dilakukan untuk memastikan tiada penyakit bawaan bijibenih. Kaedah ini di panggil Hot Water Treatment. Ingat suhu mau maintain jangan kasi naik atau turun. Kalau turun mungkin rawatan tak berkesan tapi kalau panas sangat mungkin jadi bubur, sapa nak makan? Sapa yang masaklah makan.
Setelah direndam kedalam air panas benih padi ini dikeringkan dengan menghampar didalam petak yang telah ditanda dengan kod setiap bungkusan bersebelahan. (Jgn hilangkan atau tertukar tanda dan tag)
Setelah dikeringkan semalaman biji benih padi ini perlu ditimbang untuk mendapatkan beratnya kemudian dicampur dengan racun kulat benomyl pada kadar 0.3%. Pastikan biji benih benar-benar kering sebelum dicampurkan dengan racun kulat (fungicide)
Campuran benomyl dan padi ini kemudian dimasukan kedalam plastik besar dan digoncang perlahan-lahan sehingga semua campuran padi dan racun kulat sebati. Penggunaan bekas plastik dikhuatiri akan mematahkan hujung biji benih jika terhantuk agak kuat dalam balang atau bekas plastik.
at Rabu, Mac 19, 2008 0 komen sini
Labels: fumigation, phytosanitary
Isnin, Mac 17, 2008
Berita Baik - Rakyat Selangor dapat 20 meter padu air percuma mulai April
KUALA LUMPUR 16 Mac – Rakyat Selangor akan menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula April ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menilai semula perjanjian antara kerajaan negeri sebelum ini, dengan Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
‘‘Perkara-perkara yang terkandung dalam perjanjian ini akan digunakan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma.
‘‘Kita menjangkakan pembekalan air percuma itu akan dilaksanakan dua minggu selepas Exco kerajaan negeri dilantik dan kita perlu bincang dalam mesyuarat Exco,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran meraikan kemenangannya di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Syabas ketika dihubungi berkata, 20 meter padu penggunaan air pada peringkat kegunaan rumah tangga atau domestik menyamai nilai RM11.40.
Di Selangor terdapat hampir 1 juta pengguna domestik. Ia menjadikan nilai bulanan bagi 20 meter padu yang dikecualikan itu mencecah nilai keseluruhan berjumlah hampir RM11.4 juta.
Menurut Khalid, pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor akan dibuat pada Sabtu depan.
Beliau berkata, mengikut perancangan, perkara berhubung pembekalan air percuma itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco sebelum ia diluluskan.
Bekalan air percuma untuk 20 meter padu yang pertama merupakan sebahagian daripada janji manifesto pilihan raya yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Kerajaan negeri Selangor kini merupakan kerajaan campuran yang diterajui oleh PKR setelah parti itu memenangi kerusi terbanyak di negeri berkenaan bersama DAP dan Pas.
Sumber: Utusan
PS Baguslah tak bebankan sangat. Dah 50 tahun merdeka tak pernah rasa air free gomen kecuali ada orang belanja minum. Tapi sebelum ni ada jugak orang kat Selangor dapat air free, dia bukan curi dia ambik jer. So lepas ni tak payah risau lagi duit air dah kurang bayar cuma yang membosankan ialah kualiti air yang dibekalkan mungkin tak berapa bersih. Kalau pengurusan air ni tak dapat dibaiki mutunya eloklah ditukarkan ajer top management orang air ni.
Sabtu, Mac 15, 2008
Siapa kenal macam siapa?
at Sabtu, Mac 15, 2008 0 komen sini
Labels: politics.
Selasa, Mac 11, 2008
PRU 12 - Gombak kira undi
Isnin, Mac 10, 2008
Jumaat, Mac 07, 2008
PRU 12 - Orang BN menggelupor kat Taman Melawati, kesihan mereka
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
Bilik Gerakan PKR Taman Melawati, Jalan menuju Bulatan Melawati dan Bulatan Melawati menjadi tempat orang?orang(ke?) BN melepaskan geram pada poster, bendera dan bunting PKR dan PAS.
Dibilik gerakan PKR Taman Melawati beberapa bunting PAS dan PKR telah ditoreh sementara bendera direntap dan dikoyakan. Meja didapati terbalik mungkin kena tendang sebab geram sangat kot. Sebelum itu kain rentang BN dipasang didepan bilik gerakan. Tapi tidak diendahkan.
Jalan menuju kebulatan hampir semua poster PAS dan PKR yang digantung di putuskan tali. dan poster besar PAS Saari Sungip ditoreh sehingga rosak teruk. Barulah puas hati. Ha, corrrect!
Dibulatan bendera PKR ditoreh. Ada juga yang dibakar. Poster-poster dijatuhkan. Bunting PAS ditoreh, seronok dia rasa, tak percaya cuba tanya kat dia. Hanya BN ajer yang boleh bubuh kat situ parti lain tak boleh ha, correct. Dulu bulatan ni dia tak kacau. masa tu tengah pongeh, tapi lepas anak toyol lalu ajer kawasan Hulu Kelang, kejadian ni berlaku. Seram sekali ha, correct.
Petugas PAS dah buat laporan polis. Polis pun ada datang survey2. PKR tak tau lagi, repot polis kot?
Tapi bersyukurlah, nasib baik tak bertembung kalau tidak mungkin jadi macam2. Pada mak bapak nasihatkan anak2 kalau cari makan jangan kacau orang, buat kerja halal dapat duit lepas tu balik. Kalau buat kerja halal sambil tu ambil upah buat kerja khianat dah tak berapa baik duit tu. Tapi takpalah belasah jer duit tu. Ha, correct. Malaysia boleh. Tapi kalaulah terjumpa ngan mamat2 pembangkang kat Hulu Kelang tu agaknya apa budak budak tu dapat? Kesian diaorang lambat matang. Mereka ini dah kena psycho ngan pengampu2 yang lebih tua dan dibagi duit. Jadi bebudak ni pun ikut saja arahan dari orang yang memang pun tak matang dari segi berfikir dan bertindak. Umur jer lebih tapi kau dok suruh budak2 muda buat perangai tak elok, bukan nya nak nasihat mereka tentang perkara yang betul. Ha, correct.
Kepada orang PAS dan PKR rilek jer jangan marah2 atau tension. Kalau kita marah dan tension kita akan buat perangai macam tu atau lebih dahsyat lagi. Ingat! Bisikan syaitan, jangan terpengaruh dan mengikut jejak langkah syaitan. Kalau boleh biarkan tak payah nak repair kerosakan tu. Biar orang kat Taman Melawati ni tengok. Orang kat sini kebanyakan educated, mereka boleh menilai, tapi ada jugak yang bangang, ha, correct.
Kesian orang BN, kalah menang belum tentu lagi tapi dah tension. Dahla tension, takkan jadi bongok sampai menggelupur lepas geram. Rilek la. Cuba orang BN bawa bersabar, latih-latih diri supaya jadi penyabar, senang , kalau kalah nanti tak lah menggelupor sangat, ha correct!
Arkib blog
-
▼
2008
(56)
-
▼
Mac
(16)
- Bab 02 Bah 3 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN,...
- Bab 02 Bah 2 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN,...
- Bab 02 Bah 1 - UMAR UMAIYAH PERGI KE NEGERI YAMAN...
- Bab 01 Bah 3 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH ...
- Bab 01 Bah 2 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH ...
- Bab 01 Bah 1 - UMAR UMAIYAH KE NEGERI WADI DAMRAH ...
- Regimen PAS Angkatan Tentera Malaysia
- Phytosanitari - Benih Padi
- Berita Baik - Rakyat Selangor dapat 20 meter padu ...
- Siapa kenal macam siapa?
- PRU 12 - Gombak kira undi
- Pecah kepala - Dikir Pok Leh
- PRU 12 - Suasana hari mengundi DUN N18 Hulu Kelang
- PRU 12 - Bt 8 Hulu Kelang, kempen saat akhir
- PRU 12 - Orang BN menggelupor kat Taman Melawati, ...
- PRU 12- Rempit berlesen
-
▼
Mac
(16)
Label
- amphibian (2)
- birds (9)
- festival (7)
- flowers (18)
- fumigation (13)
- Heat treatment (1)
- Hikayat Umar Umaiyah (13)
- insects (5)
- Islamic Images (1)
- Koleksi Peribadi (6)
- Malaysia (45)
- phytosanitary (2)
- politics (28)
- politics. (7)
- reptiles (1)
- Ridpest (1)
- Saad Al Ghamidi. (1)
- Sam Kai Cheong (24)
- Spider (1)
- Takziah (2)
- Termites (2)
- x (3)
|
|