This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Jumaat, Ogos 31, 2007

SPIDERMAN IV




Pernah jumpa labah-labah ini?

Khamis, Ogos 30, 2007

UFSB Nilai





Ani dan Nora. Serupa tapi tak sama


Nadim

Mamat



Ganu@ Khairi dan Jamal

Awek aku

akan update......... ada gambar bagilah



TERKENANG SEMASA DULU





Gambar ni masa kita orang muda muda dulu. Cuba lihat rambut kami, tak botak atau beruban. Masa ni memang tengah hensem habis. Ramai awek2 yang tergila2kan kami masa tu.


























(akan update: gambar kami dengan awek2- tunggu)

Rabu, Ogos 29, 2007

UFSB Cawangan Kuantan




Pejabat UFSB cawangan Kuantan terletak di Jalan Wong Ah Jang

Tak banyak yang boleh diceritakan semasa berada diKuantan. Hanya sempat mengabadikan wajah2 girang kawan2 kita kat Kuantan ni.

Puan Rohani Hamzah, orang lama di UFSB Kuantan





Mohd Amin bin Mahmood
Ceria selalu







Roy @ Mathan Kumar bersama dengan Amin. Macam adik beradik. Sedara kau ke min?

Selasa, Ogos 28, 2007

Bourgenville






Bunga Kertas

PENGARAH URUSAN UFSB







En SM Jamaludin Pengarah Urusan United Fumigation Sdn Bhd

Isnin, Ogos 27, 2007

Burung Hantu








Inilah burung hantu yang berjaya ditangkap didalam Kompleks Bunga Raya, KLIA.

BARN OWL CLASSIFICATION

Class: Aves
Order: Strigiformes
Family: Tytonidae
Genus: Tyto



Kelihatan Kocik @ Rozi bin Abu Bakar dengan burung hantunya.
Spesis ni kami namakan Tyto Kocik mengambil sempena nama simamat Rozi ni.

BAKAWALI










Bunga Bakawali (sejenis kaktus) kembang tepat pukul 1200 t/malam. Menghasilkan bau aroma yang sangat kuat. Tapi akan layu sewaktu pagi. Cantik sekejap saja. Dirakam dirumah saya. Klik pada gambar untuk melihat tangkai spora dengan lebih jelas.

Spesis apa ni, siapa boleh bagitau....








Aku jumpa menatang ni kat pasu pokok seroja (waterlily) kat rumah. Malas nak kacau, ialah dia pun nak enjoy. Tapi aku tak tau sangat pasal amphibia ini. Ada sapa tau?

Fumigation manual - Video klip








Laa.... nak tengok video klip ni lambat sikit, biarkan dia buffering dulu, lepas tu replay, baru clear.
Kalau nak yang ori kenalah minta, tapi belanja dulu
..................................................nasi kandar
Better Broadband For The Rakyat! - RedesignMalaysia.com
(updated: Kini sudah tukar video yang lebih terang dan jelas. Harap anda puashati))

Contoh soalan objektif peperiksaan lesen pewasapan (updated)






Ini adalah contoh-contoh soalan terdahulu. Jika anda ada apa-apa maklumat terbaru harap dapat sampaikan pada saya supaya dapat kita kongsi bersama. Saya tak jamin soalan begini akan keluar lagi tapi boleh juga dijadikan rujukan.

SOALAN PEPERIKSAAN LESEN FUMIGATOR
1. Racun Makhluk Perosak di bahagikan kepada beberapa kelas mengikut kebiasaanya. Metil Bromide adalah dikelaskan kepada :
a) Ia b) Ib c) II d) III e) IV

2. Gas Hidrogen Sianida berbau seperti
a) Bawang putih b) Karbid c) Ethane d) Biji Almond

3. Gas amaran yang dicampurkan dalam metil bromide ialah :-
a) Ammonia b) Chloropicrin (tear gas) c) Karbon dioksida

4. Pada kepekatan tinggi metil bromide mempunyai
a) Bau seperti Kloroform b) Bau hapak atau manis c) Bau bawang putih

5. Kenyataan tertentu yang terdapat pada label boleh membantu Pegawai Perubatan member rawatan yang tepat kepada mangsa sesuatu keracunan. Sila kemukakan tajuk kenyataan berkaitan yang memberi maklumat tersebut pada label keluaran racun makhluk perosak:
a) Tanda terkena racun b) Rawatan kecemasan c) Rawatan perubatan
d) Kenyataan amaran e) Aturan menggunakannya

6. Alat pengesan elektronik ‘Riken’ digunakan untuk mengesan gas:-
a) Metil bromide b) Phosphine c) Hidrogen sianida d) Semua gas diatas

7. Semua air minuman yang terdedah pada hydrogen sianida semasa pewasapan hendaklah dibuang.
a) Ya b) Tidak

8. Pengendali pewasapan hendaklah mengelakkan dari maemakai sarung tangan semasa
menggunakan:
a) Metil bromide b) Hidrogen sianida c) Phosphine

9. Lampu pengesan ‘halide’ berupaya mengesan metil bromide pada kadar kepekatan kurang dari 20 ppm.
a) Ya b) Tidak

10. Semasa menjalankan fumigasi dengan metal bromide bolehkah kertas biasa atau surat khabar digunakan untuk menampal atau menutup ruang/lubang
a) Ya b) Tidak

11. Adakah cukup sekiranya diberikan 1 jam pengudaraan kepada komoditi atau ruang yang tertutup (termasuk bangunan-bangunan) yang telah dirawat bagi tujuan mengeluarkan semua das dari komoditi atau ruang. a) Ya b) Tidak

12. Pengeluaran gas pewasapan dari sebuah kapal yang telah diasapkan boleh di percepatkan dengan
a) Membenarkan kapal itu belayar
b) Menggunakan system penghawa dingin kapal
c) Menggunakan alat peniup dam kipas penyedut

13. Untuk mengesan sisa bahan fumigasi (kepekatan rendah), alat yang paling sesuai digunakan ialah:-
a) Lampu pengesan kebocoran halide
b) Thermal Conductivity Unit (fumiscope)
c) Tiub detector
d) Alat pengesan gas elektronik (Riken)

14. Pewasapan ialah pelepasan kimia-kimia toksik dalam bentuk
a) Gas b) Asap c) Kabus atau Kabut

15. Kenyataan amaran adalah dicetak pada pita arna yang ada pada bekas racun makhluk
perosak. Sila nyatakan kenyataan amaran bagi keluaran racun makhluk perosak kelas Ia.
a) Beracun b) Merbahaya c) Beracun – amat bisa
d) Beracun – bisa e) Awas racun

16. Tablet atau pellet phosphine tidak boleh dilonggokan dengan banyak di satu tempat kerana haba yang dihasilkan boleh menyebabkan kebakaran
a) Salah b) Betul c) Mungkin

17. Pengimportan racun makhluk perosak adalah di bawah bidang kuasa:-
a) Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan
b) Bahagian Perkidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
c) Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
d) Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Alam Sekitar
e) Lembaga Racun Makhluk Perosak

18. Sebagai seorang operator pewasapan bagaimana anda boleh memperkuatkan sesuatu
fumigant boleh digunakan di Malaysia.
a) Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953
b) Peraturan Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953
c) Akta Racun Makhluk Perosak 1974
d) No. Pendaftaran (LRMP. No.)

19. Selain dari Hidrogen sianida, apakah fumigant yang paling sesuai bagi pewasapan kapal yang
menghadapi masalah tikus dan lipas
a) Metil Bromide (100%) b) Phosphine c) Karbon dioksida

20. Apakah yang menentukan kadar resapan dan pemendapan gas
a) Haba pendam dari pemeluapan b) Berat c) Suhu

21. Dos ialah amaun sebenar
a) Kehadiran gas diudara b) Bahan fumigasi yang dilepaskan c) Tempoh pendedahan

22. Threshold Limit Value (TLV) bagi phoshine ialah
a) 15 ppm b) 10 ppm c) 0.3 ppm

23. Threshold Limit Value (TLV) bagi metil bromide ialah
a) 5 ppm b) 15 ppm c) 20 ppm

24. Kepekatan ialah
a) Amaun sebenar bahan fumigasi yang dilepaskan
b) Masa pendedahan sebenar
c) Amaun sebenar bahan fumigasi yang terdapat diudara

25. Hidrogen sianida samada dalam bentuk cecair atau gas boleh meresap kedalam badan
melalui kulit a) Benar b) Tidak benar

26. Peredaran udara (Menggunakan kipas, alat peniup dsb) adalah perlu semasa pewasapan kerana ia
a) Menyimpan komoditi sejuk
b) Peredaran udara akan memaksa serangga-serangga dewasa terbang ke tempat lain
c) Mengekal pencampuran udara dan gas yang sempurna

27. ‘Canister’ atau penapis gas mempunyai keupayaan menapis gas selama
a) 25 – 30 minit didalam pendedahan gas yang berterusan
b) 1 jam didalam pendedahan gas yang berterusan
c) 6 bulan didalam pendedahan gas yang berterusan

28. ‘Hidrogen impregnated discs’ yang telah digunakan hendaklah dilupuskan dengan
a) Membuang kedalam laut b) Menanam dalam tanah
c) Membakar dalam incinerator d) Mencampakkan kedalam longkang yang berhampiran

29. Penggunaan (pelepasan) gas metal bromide boleh dilakukan dengan selamat semasa berada didalam bilik atau ruang yang hendak diwasapkan
a) Ya b) Tidak

30. Penggunaan ‘Self-Contain Breathing Apparatus’ (SCBA) mempunyai banyak kebaikkan dari canister kerana tubuh kita kita tidak terdedah kepada bahan fumigasi
a) Benar b) Tidak

31. Terkumpulan Keracunan Metil Bromide dalam badan adalah berkait dengan:
a) Umur pengguna b) Keadaan tubuh seseorang e.g. mengandung
c) Pengguna itu terdedah

32. Bijirin-bijirin (seperti beras) untuk keperluan makanan tidak boleh dibuat pewasapan lebih daripada 3 kali dengan phosphine kerana dikhuatiri bahaya sisa-sisa residu
a) Benar b) Tidak

33. Semasa menggunakan amaun yang banyak seperti gas hydrogen sianida adalah disyorkan supaya pengendali pewasapan mengambil
a) Rehat 24 jam berselang seli b) Rehat 15 minit berselang seli c) Rehat yang secukup

34. Orang yang bertanggungjawab untuk memeriksa keadaan keselamatan peralatan pewasapan (seperti topeng gas) sebelum digunakan ialah:
a) Pembekal b) Pengguna/Operator
c) Bomba d) Inspektor Kesihatan
35. Orang yang paling layak menentukan kapal atau gudang selamat dimasuki selepas rawatan pewasapan fumigasi dijalankan ialah:
a) Operator b) Penyelia Kuarantin Tumbuhan
c) Kapten Kapal d) Inspektor Kesihatan

36. Semakin rendah kelembapan, semakin lambat gas phosphine di hasilkan dari tablet atau pellet dan semakin lama tempoh pendedahan yang diperlukan.
a) Benar b) Salah c) Tidak pasti

37. Permukaan lantai konkrit tapak pewasapan didapati banyak retak-retak dan tidak sesuai untuk menjalankan pewasapan. Untuk membuat permukaan yang sesuai bagi menjalankan
peasapan “stack” elok kita:-
a) Melicinkan permukaan lantai b) Basahkan permukaan lantai dengan air
c) Bentangkan tarpaulin sebelum menyusun

38. Tujuan memberhentikan sementara kerja pewasapan semasa menggunakan gas hydrogen sianida ialah untuk membenarkan:
a) Gas tersebar dengan sendiri
b) Gas menembusi ke dalam komoditi
c) Penyingkiran gas hydrogen sianida yang mungkin meresap ke dalam badan

39. Tujuan mengawasi gas didalam ruang tertutup adalah untuk
a) Memastikan keadaan gas
b) Memastikan serangga perosak mati
c) Mengawal kepekatan gas supaya berada diparas toksik

40. Gejala-gejala keracunan disebabkan oleh ________________ mungkin timbul selepas
beberapa jam, hari atau minggu selepas pendedahan
a) Hydrogen sianida b) Metil bromide c) Phosphine

41. Semasa menjalankan kerja pewasapan kapal atau bangunan bersama rakan, seseorang itu hendaklah mengekalkan setiap masa:
a) Perhubungan kelihatan b) Perhubungan telefon
c) Bersentuhan badan d) Jarak jeritan

42. Apabila seseorang itu menunjukkan gejala-gejala keracunan semasa berada didalam kawasan pewasapan, perkara yang patut dilakukan ialah
a) Memberi rawatan kecemasan serta merta
b) Memberikan segelas minuman sejuk
c) Mengeluarkan dari kawasan tersebut dan rehatkan terbuka
d) Memberi rokok

43. Apabila pita lak (seal) pada alat penapis gas yang baru ditanggalkan (koyak), tempoh bagi ketahanan alat penapis gas itu ialah
a) 3 bulan b) 6 bulan c) 2 tahun

44. Semua kontena kapal kargo adalah kalis gas dan sesuai digunakan sebagai tempat
pewasapan ruang tertutup tanpa apa-apa penampalan
a) Benar b) Tidak
45. Menghisap rokok didalam atau disekitar kawasan pewasapan tidak dibenarkan kerana
a) Asap boleh menghalang penghisap rokok dari mengesan adanya gas
b) Ianya melanggar peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
c) Api rokok/pemetik api boleh menyebabkan kebakaran keatas gas yg mudah terbakar.

46. Ketumpatan bandingan bagi metal bromide ialah
a) 1.2 b) 3.0 c) 6.0

47. Kebanyakkan serangga (storage insects) didapati kebal ‘resistant’ kepada phosphine. Ini boleh berlaku kerana:-
a) Tablet phosphine yang dibekalkan buat masa sekarang oleh sesetengah pengeluar
didapati tidak begitu berkesan seperti bekalan lama
b) Semasa pewasapan, serangga-serangga tidak begitu terdedah untuk beberapa generasi
kepada dos-dos yang boleh membunuh
c) Pengawasan gas didalam ruang tertutup tidak dikendalikan
d) Sesetengah serangga memang tidak boleh dibunuh dengan phosphine

48. Serangga ujian adalah perlu kerana ianya boleh menandakan
a) Bahawa rawatan adalah berkesan
b) Ada kekebalan kepada fumigant yang digunakan
c) Kepekatan digunakan adalah betul
d) Semua diatas adalah betul

49. Memakai baju hujan semasa pewasapn adalah sangat sesuai bagi menahan anggota badan dari pada terdedah kepada gas beracun
a) Benar b) Salah c) Boleh jadi

50. Kehadiran tikus didalam premis boleh dikesan melalui:-
a) Najis dan air kencing b) Kesan laluan dan baru c) Trek atau kesan tapak kaki
d) Kesan gigitan e) Semua di atas betul.

51. Phosphine boleh menyebabkan hakisan pada
a) Besi b) Aluminium c) Tembaga, suasa, perak dan emas

52. Phosphine adalah:
a) Gas yang tidak mudah terbakar
b) Gas yang mudah terbakar
c) Gas yang digunakan dalam alat pemadam api

53. Ketumpatan bandingan bagi hydrogen sianida ialah
a) 0.9 b) 1.2 c) 2.2

54. Metil bromide tidak akan meruap keudara sekiranya suhu dibawah:
a) 4 °C b) 40 °C c) 60 °C

55. Semakin berat timbangan badan anda, semakin kurang toksik gas pewasapan
a) Ya b) Tidak c) Boleh jadi

56. Semasa menggunakan gas metal bromide dengan dos yang banyak, cara yang baik untuk melepaskan gas ialah:
a) Kesemua gas bagi satu masa dan periksa kebocoran
b) 50% gas dan periksa kebocoran
c) 10% gas dan periksa kebocoran

57. Bahan fumigasi seperti metal bromide dan phosphine boleh meresap dn tersebar luas kedalam komoditi seperti simpanan bijirin secara pukal jika digunakan atu dilepaskan
a) Dari paling atas atau paling bawah b) Apabila suhu komoditi itu panas
c) Menggunakan kipas/alat peniup untuk peredaran gas

58. Sebelum melepaskan HCN daripada tin, adalah disyorkan tekanan udara di dalam tin
dilepaskan dengan menebuk lubang kecil
a)Betul b)Salah c)Tak pasti

59. Semasa melepaskan gas MB kedalam ruang tertutup, suis kipas hendaklah di:
a) Buka b) Tutup c) Buka/tutup (berselang)

60. Alat “volatilizer” diperlukan semasa melepaskan metal bromide kerana
a) Mencegah gs dari memasuki semula kedalam tangki gas
b) Membekalkn gas sejuk bersama haba
c) Menyediakan ruang untuk gas sejuk mengembang

61. Bilangan minima untuk talian pengawasan (monitoring) bagi sebarang ruang yang tertutup ialah
a) 3 b) 5 c) 7

62. Gas yang mana lebih susah diudarakan
a) Metil bromide b) Hydrogen sianida c) Phosphine

63. Adalah mustahak untuk menyusun barang-barang sebelum melepaskan fumigant kerana ia:-
a) Memberi peredaran udara yang baik
b) Memberi ukuran isipadu dengan senang dan tepat
c) Menggalakkan gas meresap kedalam komoditi dengan baik
d) Semua diatas betul

64. Diantara fumigant yang berikut, yang manakah harus digunakan dengan berhati-hati
a) Metil bromide b) Hydrogen sianida
c) Phosphine d) Ketiga-tiganya toksik dan hendaklah dikendalikan dengan baik

65. Lampu halide tidak boleh digunakan
a) Berdekatan dengan ruang yang tinggi kepekatan karbon dioksida
b) Di sebarang kawasan dimana kemungkinan boleh berlaku kebakaran
c) Disebarkan kawasan dimana terdapat punca cahaya

66. Tiub pengesan berupaya untuk mengesan
a) Apa-apa gas toksik diudara b) Hanya gas toksik yang tertentu
c) Sebarang jenis gas
67. Bagi melindungi diri dari kemalangan terhidu gas beracun semasa pewasapan, seseorang perlu:
a) Menutup hidung dan mulut dengan sapu tangan yang basah
b) Memakai topeng habuk
c) Memakai topeng gas dengan penapis gas yang sesuai atau SCBA/CABA

68. Apabila menggunakan metil bromide, kipas akan dihidupkan semula sekiranya
a) Kebocoran gas dikesan b) Suhu komoditi meningkat
c) Semasa pengawasan (monitoring) gas tidak sama rata

69. Bagi merawat keratan bunga, buah2an dan tumbuhan, gas yang paling sesuai adalah :
a) Metil bromide 100% b) Metil bromide + 2% chloropicrin
c) Hidrogen sianida d) Phosphine

70. Laluan masuk utama sesuatu fumigant kedalam badan manusia ialah melalui:-
a) Resepan melalui mata, telinga dan mulut
b) Pernafasan (hidung dan mulut) dan resapan kulit
c) Pernafasan (hidung dan mulut) sahaja

71. Bagi mendapatkan isipadu timbunan ‘stack’ dengan tepat, seseorang perlu menentukan
isipadunya dengan
a) Mengunakkan jumlah berat timbang
b) Mengukur panjang, lebar dan tinggi untuk mendapatkan isipadu
c) Membuat anggaran jarak dengan cara ukur langkah

72. Talian ujian (sampling lines) adalah mustahak untuk menentukan
a) Kehadiran gas didalam ruangan b) Pengedaran gas kedalam ruangan
c) Keupayaan resapan gas kedalam komoditi

73. ‘Vacuum fumigation’ adalah lebih baik dari pewasapan biasa kerana ianya mempunyai
a) Pengedaran gas yang baik didalam ‘Chamber’
b) Keupayaan pengudaraan dengan sempurna
c) Penyerapan yang baik oleh fumigant kedalam bahan yang dirawat

74. Diantara fumigant yang digunakan, yang manakah yang menyebabkan penipisan lapisan ozon
a) Metil bromide b) Hydrogen sianida c) Phosphine

75. Semasa pewasapan tumbuhan pokok, keratan bunga atau keratan pokok, kelembapan relative didalam ruangan hendaklah
a) Dibawah 50% b) Lebih kurang 70 – 80% c) 100% (basah)
76. Untuk mempercepatkan ‘volatization’ gas phosphine, adalah disyorkan tablet dan pellet
phosphine direndamkan kedalam air
a) Ya b) Tidak c) Tidak tahu

77. Pengudaraan fumigant dari timbunan boleh dilakukan dengan:
a) Membuka tarpaulin sepenuhnya
b) Membuka system pendingin udara bangunan
c) Menggunakan alat peniup dan kipas penyedut
78. Threshold Limit Value (TLV) bagi hydrogen sianida ialah
10 ppm 15 ppm 25 ppm

79. Hidrogen sianida______________ larut di dalam air.
a) Tidak b) Sederhana c) Sangat larut

80. Canister yang telah luput tempoh penggunaan boleh digunakan semula setelah
mendedahkannya dibawah cahaya matahari atau didalam oven selama 24 jam dan
menghembuskan udara melalui peniup selama 15 minit.
a) Bersetuju b) Tidak bersetuju c) Tak pasti

81. Kawasan pewasapan dibawah Peraturan Hidrogen Sianida 1953 adalah:-
a) Sebuah bangunan, kenderaan, kapal layar, kapal terbang atau ruang tertutup yang
dijalankan pewasapan
b) Sebuah premis atau sebahagiannya yang dijalankan pewasapan
c) Pewasapan sebuah premis atau sebahagiannya dengan HCN

82. Lipas German (Blatella germanica) yang dijumpai di kapal-kapal tentera dan kargo adalah:-
a) Bertelur dalam ooteka
b) Banyak dijumpai ditempat-tempat dimana makanan disimpan (dapur) atau dimana
terdapat makanan
c) Sangat aktif pada waktu malam
d) Semua diatas betul

83. Sebelum melepaskan gas Hidrogen sianida
a) Semua api dalam kawasan pewasapan hendaklah dipadamkan
b) Semua bekalan minyak, gas dan elektrik hendaklah ditutup
c) Semua makanan dan minuman yang boleh menyerap hydrogen sianida hendaklah
dilindungi ditempat yang selamat
d) Semua punca bekalan air ditutup dan tangki air dikeringkan
e) Semua betul

84. Poster amaran hendaklah diletakkan ditempat-tempat yang kritikal dan sesuai dikawasan pewasapan
a) Hanya apabila terdapat gas bocor b) Selepas gas dilepaskan ke dalam ruang tertutup
c) Sebelum gas dilepaskan d) Sebelum pengudaraan

85. “Vaporizers”, paip-paip dan lain-lain alat yang berkaitan dengan pewasapan hendaklah
diudarakan secukupnya (seperti meniup dengan udara mampat) kerana ia akan
mengeluarkan:
a) Apa-apa habuk yang terperangkap didalam system
b) Gas yang terperangkap di dalam system
c) Lembapan didalam system

86. Dalam kerja pewasapan timbunan yang besar dibawah tarpaulin, pengudaraan hendaklah dibuat dengan
a) Tarpaulin sepenuhnya
b) Sedikit demi sedikit atau diangkatkan kesebelahan atau kepingan tarpaulin
c) Alihkan komoditi yang dirawat dengan menggunakan topeng muka

87. Perlindungan pernafasan hendaklah diambil semasa
a) Melepaskan gas b) Mengesan kebocoran
c) Mengawas (monitoring) kepekatan gas d) Pengudaraan
e) Semua diatas betul

88. Dalam keadaan suhu rendah
a) ‘Adsorption’ Fumigan (seperti metil bromide) oleh bahan yang dirawat akan meningkat
b) Fumigant yang digunakan adalah lebih dari suhu tinggi
c) Peresapan gas adalah lambat
d) Semua diatas betul

89. Faktor yang paling penting mempengaruhi pewasapan ialah
a) Kelembapan relative b) Dos yang digunakan c) Komoditi
d) Suhu e) Oganisma sasaran

90. Pakaian yang terkena percikan cecair metil bromide hendaklah
a) Dibiarkan kering semasa memakainya
b) Ditanggalkan, diudarakan dan dibasuh
c) Basuh dengan air semasa menanggalkannya

91. Seseorang yang penat atau letih tidak digalakkan menjalankan kerja-kerja pewasapan kerana
a) Badannya lebih sensitive kepada fumigant
b) Ia menjadi malas untuk menjalankan kerjanya
c) Risiko kemalangan bertambah tinggi

92. Apabila mengira isipadu bagi “shiphold” seseorang perlu menggunakan:-
a) Grain cube b) Bale cube c) Rubik cube

93. Gejala keracunan fumigant metal bromide dengan fumigant lain adalah
a) Berlainan b) Lebih kurang sama c) Sama sekali berlainan dan sukar dikesan

94. Apakah jangka masa yang diberi oleh pihak berkuasa bagi tujuan pewasapan
a) 12 jam b) 24 jam c) 8 jam d) 48 jam

95. Penarikan molekul metal bromide oleh bahan-bahan yang dirawat adalah lebih tinggi semasa suhu yang:-
a) Sangat tinggi b) Biasa c) Sangat rendah
96. Menurut Peraturan Hidrogen Sianida 1953, Borang D digunakan untuk
a) Permohonan lesen
b) Permohonan memperbaharui lesen
c) Notis bagi tujuan pewasapan
d) Penyataan keselamatan untuk pewasapan berikutnya

97. Kenyataan yang manakah betul:
a) Seseorang yang terkena gas Hidrogen Sianida hendaklah diberikan pernafasan artificial
dengan serta merta
b) Melecur disebabkan oleh metal bromide hendaklah dibersihkan dengan antiseptic dan
ditutup dengan kain yang bercampur ubat
c) Bagi mata yang terkena metal bromide, masuh dengan air yang mengalir perlahan
d) Gunakan ubat mata bagi mata yang terkena dengan metal bromide

98. Kenyataan manakah dibawah ini adalah salah:-
a) Tiada ubat “antidote” bagi keracunan metal bromide dan phosphine
b) Cara bagi metal bromide meresap adalah melalui pernafasan mulut atau kulit
c) Peti pertolongan cemas hendaklah disimpan dalam keadaan yang tidak berkunci semasa
pewasapan
d) Pesakit yang terkena keracunan phosphine boleh diberi lemak, minyak, keju dan susu
e) Setiap pasukan pewasapan hendaklah ada peti pertolongan cemas.

99. Semua gas (dalam keadaan tulen) yang digunakan sebagai fumigant adalah tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa
a) Ya b) Tidak

100. Perlupusan sisa phosphine (debu) boleh dilakukan dengan meletakkan sisa debu kedalam bekas dan dicampur dengan air sabun
a) Ya b) Tidak

Yang baru, yang lama, yang masih cam tu jugak






Baru baru ni telah genap ulangtahun ke30 United Fumigation Sdn Bhd. Pengurusan UFSB pun telah bertukar tangan selepas bergabung dengan Rentokil Initial Sdn Bhd.

Diharap selepas dua gergasi dimalaysia ini bergabung bolehlah mereka berkongsi pengalaman dan menjadi satu gergasi yang kuat dimalaysia dalam bidang Pest Control dan Fumigation

En Wahid Udin Hj Ali telah dilantik oleh pengurusan UFSB sebagai Pengurus Besar. Tahniah lah tu semoga dapat menerajui pengurusan syarikat dengan cemerlang.



Sehubungan dengan tu inginlah saya mengucapkan selamat bersara kepada bekas pengarah dan pengurus besar UFSB Tuan Hj Rahimansa. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga UFSB menjadi kukuh hari ini. Cik Aisha Abd Hamid Pengurus Akaun dan juga pengarah syarikat juga akan bersara selepas 31 Ogos ini. Merdeka lah. Hilang lagi seorang workaholic di UFSB.

Tapi itu cerita di Ibu Pejabat UFSB, Ini cerita dicawangan tempat aku bekerja. Kawan-kawan yang cari makan tetap macam biasa. Puan Nora juga telah dilantik untuk memegang portfolio pemasaran dicawangan Nilai. Tahniahlah Puan, mungkin tak lama lagi dapat kereta baru kot, dengar2 company nak bagi Toyota Vios. Semua kami yang lain macam hari-hari biasa buat keje.



BAHAYA- GAS BERACUN, Nak masuk call aku dulu weiii

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn