This Page is best viewed with FIREFOX
PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
سيد ازاهار العدروس

Buat muka ketat, tipu sikit-sikit (Make tight face, little little bullshit)



Under construction. opps .... renovation

Sabtu, Mei 30, 2009

Phytosanitari - Rawatan nyah sisa tanah pada Korean Ginseng


Beberapa kotak korean ginseng yang dibawa masuk kenegara ini didapati mengandungi sisa tanah dan perlu menjalani rawatan phytosanitari bagi memenuhi kehendak kuarantin tumbuhan disini.
Sisa tanah yang melekat pada ubi ginseng ini mesti dirawat dengan 5% Sodium Hypochlorite. Kerja nya mudah tapi memakan sedikit masa.
Dua tangki kapasiti 400 liter setiap satu disediakan dan di isi dengan 150 liter air bersih setiap satu. Tangki yang pertama digunakan untuk menyahkan sisa tanah tersebut. Ia perlu dilakukan berhati hati agar akar akar ginseng tersebut tidak putus atau rosak
Setelah dibersihkan ginseng tersebut akan dibilas sekali lagi didalam tangki kedua

Ginseng ini kemudiannya dikeluarkan dan dikeringkan diatas hamparan plastik.
Air yang digunakan didalam kedua dua tangki tersebut kemudiannya dicampur didalam satu tangki. Walaupun pada asalnya ginseng itu kelihatan putih dan bersih, setelah dibasuh kita mendapati airnya keruh hasil sisa tanah.
Air ini kemudiannya di campur dengan 5% larutan Sodium Hypochlorite dan dibiarkan antara 10 hingga 15 minit sebelum ianya dilupuskan

Tau tak apa dia Sodium Hypochlorite tu? Ianya macam clorox kat rumah yang kalau rendam seluar jeans boleh reput. Jadi jangan basuh ginseng tu ngan clorox, basuh dengan air bersih. Rawatan hanya pada sisa tanah, bukan pada ubi ginseng. Selamat makan ginseng, line clear, semua dah ok.


Sam Kai Cheong

Selasa, Mei 26, 2009

Eksplorasi Kemensah, Hulu Kelang




Semasa mengembara (kunun nya lah) dapatlah saya rakamkan sedikit gambar dan saya upload kat sini. Rasanya tepi2 sungai macam ni, tanah nya dah pun dimiliki oleh pemaju hartanah atau mungkin oleh pembesar-pembesar (besar mana?) atau yang banyak duit. Sekarang area ni dah penuh dengan chalet dan dah ada macam2. Datanglah beramai2. Enjoy



Ada lagi satu, kalau tanya anak2 saya, siapa kah ini, maka mereka akan beritahu inilah kawan ayahanda



Sam Kai Cheong

 
 
Photobucket
Google

Flower Horn